Wednesday, August 31, 2011

Sebahagian besar kesesakan lalu lintas boleh di atasi

Sepanjang perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu saya dapat membuat kesimpulan seperti berikut:

1. Pada musim perayaan, kawalan lalu lintas di perlukan di semua Persimpangan Jalan-jalan utama dan di kawasan hampir dengan bandar.
2. Tidak perlu buat sekatan jalanraya walaupun untuk menahan motosikal sebab ia boleh menyumbang kepada bottle neck
3. Kereta bantuan kecemasan di jalanraya perlu di tambah dan di tempatkan di beberapa tempat strategik
4. Kereta rosak atau kemalangan, cepat-cepat di alih ke tepi sebab kadang2 eksidennya kecil sahaja tetapi pemandu terlibat salah-menyalah, padahal boleh ketepikan dulu keretanya.

Tempat yang paling saya frust sekali ialah dari pasir putih ke Selising. Pada malam khamis (Rabu malam Khamis) jem dari Pasir Putih ke Selising. Wal hal kerana tiada polis bertugas mengawal di persimpangan betul-betul depan balai polis Selising. Bila tiada pengawal trafik di situ, maka pemandu akan mematuhi lampu isyarat. Oleh kerana kadar bilangan kenderaan yang banyak dari arah Pasir Putih ke Kota Bharu sedang tidak banyak kenderaan dari arah sebaliknya maka limpahan kenderaan berpanjangan dari selising sehingga ke pasir putih. Jika ada pengawal bolehlah dia melepaskan kenderaan biarpun trafik light berwarna merah.

So saya ingan berpesan kepada pihak berkaitan supaya kurang polis membilang kereta di jalanraya. tambahkan pengawal di persimpangan jalan pada masa2 akan datang.

No comments:

Post a Comment