Friday, July 29, 2011

Buffet Ramadhan : Bagus tapi Yang Di Rai Tidak Sesuai

Setiap kali bulan Ramadhan, hotel-hotel menyediakan pelbagai pakej berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang enak2 dan mewah. Hotel-hotel berbuat demikian kerana ada permintaan. Ramai yang menempah untuk meraikan pelanggan-pelanggan sama ada individu atau syarikat.

Jauh dilubuk hati, saya berpandangan budaya belanja pelanggan-pelanggan di bulan ramadhan di hotel2 besar adalah tidak sesuai dibulan Ramadhan. Ia sesuai di bulan yang lain. Bulan Ramadhan bukanlah untuk makan. Bulan Ramadhan adalah untuk kurangkan makan. Bila terima undangan berbuka di hotel, maka solat tarawih kelam kabut, tadarus boleh burn. Nak balik awal, BUFFET - makanan banyak. Membazir tak makan sebab dah bayar. Tambahan pula kalau kita lihat, siapa yang belanja makan? Siapa yang dibelanja?.

Kepada syarikat-syarikat yang sangat pemurah untuk sponsor pakej berbuka puasa di hotel-hotel terutama hotel 5 bintang, saya syorkan supaya tahun ini tukar Orang Yang Di Raikan. Rai kanlah anak2 yatim atau orang2 miskin untuk makan di hotel 5 bintang tersebut. Alangkah gembiranya saya bila melihat setiap kali bulan Ramadhan, hotel-hotel dipenuhi oleh orang-orang miskin dan anak2 yatim untuk berbuka puasa "Buffet Ramadhan".

Bagi orang-orang dewasa dan pekerja2 yang hidupnya tidaklah miskin, Datanglah beramai-ramai kita berbuka di Masjid dan Surau. Kesihan di Masjid dan surau, Buffetnya kurang menarik perhatian. Syarikat yang pemurah bolehlah sponsor (nilai yang sama dengan kos di hotel) buka puasa di masjid dan surau. itu lebih afdhal.

No comments:

Post a Comment