Friday, July 29, 2011

Buffet Ramadhan : Bagus tapi Yang Di Rai Tidak Sesuai

Setiap kali bulan Ramadhan, hotel-hotel menyediakan pelbagai pakej berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang enak2 dan mewah. Hotel-hotel berbuat demikian kerana ada permintaan. Ramai yang menempah untuk meraikan pelanggan-pelanggan sama ada individu atau syarikat.

Jauh dilubuk hati, saya berpandangan budaya belanja pelanggan-pelanggan di bulan ramadhan di hotel2 besar adalah tidak sesuai dibulan Ramadhan. Ia sesuai di bulan yang lain. Bulan Ramadhan bukanlah untuk makan. Bulan Ramadhan adalah untuk kurangkan makan. Bila terima undangan berbuka di hotel, maka solat tarawih kelam kabut, tadarus boleh burn. Nak balik awal, BUFFET - makanan banyak. Membazir tak makan sebab dah bayar. Tambahan pula kalau kita lihat, siapa yang belanja makan? Siapa yang dibelanja?.

Kepada syarikat-syarikat yang sangat pemurah untuk sponsor pakej berbuka puasa di hotel-hotel terutama hotel 5 bintang, saya syorkan supaya tahun ini tukar Orang Yang Di Raikan. Rai kanlah anak2 yatim atau orang2 miskin untuk makan di hotel 5 bintang tersebut. Alangkah gembiranya saya bila melihat setiap kali bulan Ramadhan, hotel-hotel dipenuhi oleh orang-orang miskin dan anak2 yatim untuk berbuka puasa "Buffet Ramadhan".

Bagi orang-orang dewasa dan pekerja2 yang hidupnya tidaklah miskin, Datanglah beramai-ramai kita berbuka di Masjid dan Surau. Kesihan di Masjid dan surau, Buffetnya kurang menarik perhatian. Syarikat yang pemurah bolehlah sponsor (nilai yang sama dengan kos di hotel) buka puasa di masjid dan surau. itu lebih afdhal.

Monday, July 25, 2011

RAMADHAN : Bermulanya Azam Baru

Bulan Ramadhan banyak kelebihannya. Seseorang yang tidak berilmu pun boleh mengulas kelebihan Ramadhan. Apabila tiba bulan ramadhan, orang yang tidak biasa berniaga pun mula berniaga. Orang yang pandai menjahit tetapi tak sempat menjahit pun apabila tiba bulan ramadhan beliau akan menjahit semula, sanggup menerima tempahan.

Ramadhan juga menyaksikan asap rokok turun secara mendadak (drastik) di siang hari. Ini memberi manfaat besar kepada penduduk setempat. Azam untuk tidak merokok juga timbul di kalangan segelintir perokok. Alhamdulillah ada niat.

Ramadhan juga menyaksikan surau dan masjid full utilize, menampakkan peranan sebenar masjid/surau. Banyak kuliah-kuliah di waktu tengahari.

Ramadhan juga melahirkan kelompok-kelompok tadarus di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Suasana ini menaikkan semangat ahli tadarus untuk mendalami lagi al quran pada masa akan datang. Alhamdulillah ada niat walaupun tidak pasti ditunaikan.

Ramadhan juga dapat menurunkan kadar umpatan dan cacian masyarakat kepada sesama insan.

Ramadhan menjadikan umat Islam pemurah dan penderma. Kalau di luar ramadhan peminta derma merayu-rayu TETAPI dalam bulan ramadhan orang ramai mencari2 orang untuk mereka derma. Alhamdulillah pemurah betul manusia ini.

Banyak lagi.... tak larat nak sebut satu persatu

Lihat Hadis berkaitan ramadhan (ekstrak dari www.spilabuan.bpi.edu.my/joomla/.../194-hadis-berkaitan-ramadhan.pdf)

1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh berbuka.(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)

2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa?ad: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: manusia (ummat Islam) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
 
3. Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R.: Abu Daud dan Al-Hakiem)

4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi)

5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo'a (artinya)telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. (H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)

6. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu ( yang sudah terhidang ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R : Al-Bukhary )

8. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa'i )

9. Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh ). saya berkata : Berapa saat jarak antara keduanya ( antara waktu sahur dan waktu Shubuh )?Ia berkata : Selama orang membaca lima puluh ayat. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

dan banyak lagi...

Sekian

Friday, July 22, 2011

Ayat-ayat AlQuran adalah makanan ruji rohani manusia

Makanan Ruji adalah jenis makanan yang menjadi kebiasaan bagi sesuatu penduduk negeri. Di Malaysia, makanan ruji rakyat Malaysia ialah Nasi. Nasi adalah makan ruji bagi tubuh fizikal manusia. Jika tidak makan nasi satu hari badan manusia jadi lemah.

Jika kita hanya menjaga makanan untuk tubuh fizikal sahaja tanpa memberi makan kepada rohaninya maka rohaninya akan terikut-ikut dengan tindakan fizikal.

Untuk makluman, makanan bagi rohani ialah Ayat-ayat suci Al-QUran (dengan izin Allah). Jika kita boleh makan nasi 3 kali, jom kita baca Al_Quran 3 kali atau lebih dalam satu hari.

Jadilah Ahli AlQuran, joinlah group fb Bangun Sebelum Subuh.

Thursday, July 21, 2011

CCTV DI TEMPAT AWAM - TELAH SEKIAN LAMA

CCTV sangat sesuai ditempatkan secara menyeluruh ditempat awam kecuali ditempat privasi. CCTV ini adalah cara pemantauan secara fizikal. Sebenarnya pemantauan manusia telah berlaku sejak manusia wujud. Tidak bergerak sebiji zarrahpun tanpa izin Allah. Oleh itu pergerakan manusia ini juga dengan izin Allah. Maka setiap detik manusia diawasi.

Tuesday, July 19, 2011

Bajet 20XX : Elaun Tahunan Untuk Rakyat Malaysia

Gejala sosial dan sikap abnormal rakyat ada kaitan dengan keadaan hidup mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rakyat Malaysia walau setinggi manapun gaji mereka, mereka tidak lari dari berhutang. Cuba tanya sorang-sorang rakyat yang berusia 21 tahun ke atas "Adakah mereka mempunyai hutang?", saya jamin lebih dari 70% ada hutang. Hutang ini jika tidak dapat diselesaikan pastinya akan bertambah dari setahun ke setahun.

Kebanyakan(rakyat kebanyakan) berhutang tidaklah banyak, sekitar RM500-RM2000 tetapi mereka tidak boleh menyelesaikan sebab tiada lebihan. Ramai juga yang berkata kalaulah mereka dapat duit terpijak yang boleh melangsaikan hutang maka azam mereka tidak mahu berhutang lagi.

Bagi mengatasi hutang rakyat kebanyakan ini, kerajaan boleh bantu dengan memberi Elaun Tahunan Untuk Rakyat Malaysia pada masa akan datang. Bagi tahun 2012, eloklah kerajaan bagi BONUS kepada Rakyat sebanyak RM1000 seorang bagi rakyat berusia 18 tahun ke atas atau 21 tahun ke atas. Selain dapat merancakkan ekonomi tahun 2012, ia juga dapat meraih sokongan rakyat kepada kerajaan.

Rakyat Didahulukan.

Selepas Pembentangan bajet 7.10.11. pandangan saya diambil kira juga oleh Kerajaan cuma diolah secara lebih baik.

"Meringankan Kos Sara Hidup
Tuan Yang di-Pertua,
112. Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:

Pertama:
Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan
bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali
diambil ini membuktikan
keprihatinan Kerajaan terhadap
golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup.
Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah
keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada
bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8
bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang
layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui
bank dan Pejabat Pos;

Kedua:
Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar
sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga
Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini
disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan
sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial,
terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang
berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya,
langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan
persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada
kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta
ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank
Simpanan Nasional; dan

Ketiga:
Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua
pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di
seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada
kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta
ringgit.

Sunday, July 17, 2011

Kepada Perokok : Bagaimana jika tiba2 ada orang suap karipap ke dalam mulut anda?

Subuh tadi saya dengar kuliah subuh. Ustaz menasihatkan supaya orang Islam terutamanya jemaah surau/masjid supaya tidak merokok. Sebab merokok membahayakan nyawa orang lain.
Perokok biasanya memaksa orang lain menyedut asap rokok yang dihisapnya.

Ustaz memberi contoh:

Sekiranya seorang perokok sedang makan di restoran dan sedang menghisap rokok sedangkan dimeja sebelahnya ada seorang wanita sedang makan karipap. Tiba2 wanita itu bangun dan menyuapkan karipap yang dimakannya ke dalam mulut perokok tersebut. Rasa2nya perokok itu marah tak? Kenapa dia mesti marah sedangkan dia hisap rokok kemudian asap rokoknya masuk ke dalam hidung wanita tersebut? Begitulah gambarannya.

Wahai orang Islam yang merokok, saya nasihat supaya BERHENTILAH.

Saturday, July 9, 2011

SURAU AL-FALAH TAMAN DANAU KOTA - JADUAL PENGAJIAN BULAN JULAI 2011



DATANG LAH KE SURAU AL-FALAH TAMAN DANAU KOTA MENJELANG WAKTU SUBUH. SURAU TERSEBUT TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN CRYSTAL VILLE & HOSPITAL COLUMBIA. TEPI TASIK KL FESTIVAL CITY.

JANGAN BIMBANG TIADA SEKATAN JALANRAYA UNTUK KE SURAU AL-FALAH.

Berikut adalah Jadual Pengajian Bulan Julai 2011.
2 Julai 2011 (Sabtu), 5.00 petang YBG Ustaz Zul, YBhg Ustaz Mohd Rani (Fekah).
4 Julai 2011 (Isnin), Kuliah Maghrib, YBHg Tn Sheikh Shamsul (Tauhid)
6 Julai 2011 (Rabu), Kuliah Maghrib, YBhg Uztaz Fadhil (Tafsir)
7 Julai 2011 (Khamis), Kuliah Maghrib, YBhg Uztaz Sabri Rani (Israq Mikhraj)
9 Julai 2011 (Sabtu), YBhg Ustazah Sofiah (5.30 petang)
11 Julai 2011(Isnin), Kuliah Maghrib, YBhg Tn sheikh Shamsul (Tauhid)
14 Julai 2011 (Khamis), YBhg Ustaz Dr Badrul Amin Bahrom
15 Julai 2011 (Jumaat), YBhg Ustaz Abd rani (Sirah)
16 Julai 2011 (Sabtu), 5.30 ptg, Ustazah Sofiah (Muslimah), YBhg Ustaz Mohd Rani (Fekah)
20 Julai 2011 (Rabu), YBhg Ustaz Fadhil (Tafsir)
22 Julai 2011 (Jumaat), YBhg Ustaz Abd Rani (Sirah)
23 Julai 2011 (Sabtu), YBhg Ustaz Zul (5 ptg)
25 Julai 2011 (Isnin), YBhg Ustaz Lukeman Azli
Sumbangan untuk pengajian boleh disalurkan melalui:-
1. Pengerusi sURAU: tN HAJI rAHIM sAID - 019-2375113
2. bENDAHARI: tN hAJI lODZ sHAHIDAN - 013-3420678
3. uNIT dAKWAH DAN pENGAJIAN : eN. aLIAS aLI - 012-6443507

nO. aKAUN sURAU aL-fALAH (bimb) 12113010021501

Monday, July 4, 2011

Allah menyukai orang-orang yang BERSIH

"Janganlah engkau melaksanakan shalat dalam masjid itu selama-lamanya. Sungguh, masjid yang didirikan atas dasar takwa, sejak hari pertama adalah lebih pantas engkau melaksanakan shalat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin memBERSIHkan diri. Allah menyukai orang-orang yang BERSIH." (At-Taubah:108)



Saturday, July 2, 2011

MATAHARI BERBENTUK IMEJ LOVE (LOVE SUN IMAGE)


Allah Maha Pencipta dan Dia lah menjadikan segala-galanya. Satu rakaman gambar telah menunjukkan Matahari yang biasanya bulat, kadang-kadang boleh dicapture seperti berbentuk Love. Perkara ini terjadi apabila seorang jurukamera tidak bertauliah telah merakam image matahari berbentuk LOVE. Berikut imejnya. Jika ada yang berminat untuk membelinya boleh menghubungi beliau melalui emel muzik92@gmail.com