Saturday, May 14, 2011

Artis Kita Makin Haprak? Terima Kasih Joyah

Saya berpeluang membaca Panas Seminggu Bersama Joyah dalam sisipan Utusan Malaysia. Di media arus perdana tersebut memaparkan pandangan Joyah bahawa artis kita makin Haprak dengan memaparkan bukti satu gambar yang menampakkan bahagian belakang seorang gadis.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyah di atas pendedahan ini. Tetapi saya tak berapa setuju dia sertakan juga gambar seksi tersebut. Saya juga dapati sisipan Utusan Malaysia banyak lagi menyiarkan gambar seksi. Mintalah kurangkan. Gambar Selebriti dengan tajuk Catatan seni Amanda bermula juga saya kira seksi sebab nampak sebahagian buah dadanya. Harap Pengarang Utusan Malaysia dan Editornya dapat mengeluarkan artikel dan berita dengan lebih berhati2. Saya bimbang, orang akan jadikan Utusan Malaysia sebagai satu media HIBURAN SEMATA-MATA.

Harap mendapat pertimbangan. Jadikan Media Malaysia Menggambarkan Malaysia Negara Islam.

No comments:

Post a Comment