Monday, February 7, 2011

Jem di Pantai Cahaya Bulan Boleh di Atasi

Setiap kali musim cuti, Pantai Cahaya Bulan (dulunya dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi) terlalu jem. Kereta berbaris sehingga lebih 1 kilometer. Saya kasihan tengok bas-bas persiaran yang membawa pelancong terpaksa berada di dalam bas lebih setengah jam. Ini merugikan masa pelancong. Saya hairan kerana badan tempatan di daerah tersebut tidak sensitif langsung dengan keadaan demikian. Saya lihat dipersekitaran banyak kawasan yang boleh dijadikan tempat parking kereta. Saya juga merasakan bahawa kerajaan boleh buat jalan sehala iaitu masuk ikut jalan lain keluar ikut jalan lain.

Saya harap ada orang yang baca artikel ini akan memaklumkan kepada kerajaan Kelantan untuk memperbaiki persekitaran PCB bagi membolehkan flow kenderaan yang lebih selesa.

Wahai kawan-kawan jom ke PCB makan Colek Sea Food.

No comments:

Post a Comment