Sunday, February 27, 2011

SAMAN OH SAMAN DISKAUN 50% - SIAPA YANG BAYAR PENUH DULU CAMNA?

28 Februari 2011 merupakan tarikh akhir untuk mendapatkan diskaun 50% kadar saman tertunggak. Terima kasih kepada pihak menyaman kerana memberi diskaun. Tetapi bagaimana pula dengan orang-orang yang telah membayar penuh saman (orang jujur sebelum tawaran dikaun diberi). saya sangat berharap supaya dipulangkan 50% kepada orang yang bayar penuh sebelum ini. Harap permintaan saya ini diambil perhatian oleh pihak yang berwajib.

Cadangan saya itu ialah untuk berlaku adil kepada orang yang telah bayar penuh. Sepatutnya orang yang bayar cepat diberi ganjaran, bukan orang yang liat membayar.

Amin

Thursday, February 24, 2011

Apa Ciptaan Orang Islam Yang Boleh Di Banggakan?

Siapakah Yang Mencipta Kereta? Siapakah Yang Mencipta Robot? Siapakah Yang Mencipta Kapalterbang? Siapakah Yang Mencipta Telivisyen? Siapakah Yang Mencipta Radio? Siapakah Yang Mencipta Komputer? Siapakah Yang Mencipta perisian windows? Siapakah Yang Mencipta alat pembancuh simen? Siapakah Yang Mencipta oven? Siapakah Yang Mencipta lampu? Siapakah Yang Mencipta peti ais? Siapakah Yang Mencipta ipad? Siapakah Yang Mencipta Cat? Siapakah Yang Mencipta alat mesin rumput?, Siapakah Yang Mencipta rice cooker? Siapakah Yang Mencipta Steam Rolls, Siapakh Yang Mencipta Vaksin Penyakit?

Saya menyeru kepada Rakyat Malaysia supaya mulai sekarang fikirkan buatlah produk yang orang belum pernah buat dan produk tersebut berguna kepada umat sejagat. Untunglah orang mencipta produk yang mana produknya dimanfaatkan oleh semua seperti pencipta elektrik, pencipta straw, pencipta facebook dsbnya

Wednesday, February 23, 2011

TEKA TEKI RADIO IKIM.FM

Teka Teki amat popular bagi menghiburkan anak-anak dan ia sangat berkesan untuk mendapatkan interaksi dua hala dan juga untuk motivate otak supaya berfikir. Otak yang aktif berfikir akan terus subur. Seseorang yang malas untuk berfikir tidak akan maju kehadapan. Tahniah kepada radio IKIM.fm yang menyediakan ruang untuk pendengar memberi teka teki untuk dijawap oleh pendengar lain. Antara teka tekinya ialah (saya akan tambah dari semasa ke semasa)

BERTOPI BUKAN ASKAR, BERBAJU PUTIH BUKAN DOKTOR, BEREKOR BUKAN HAIWAN. "jwpnya TAUGE"

APA YANG ADA PADA MALAM, TIADA ADA PADA SIANG. "jwpnya HURUF S"

KATAK APA YANG YANG MELOMPAT LEBIH TINGGI DARIPADA MENARA KUALA LUMPUR. "jwpnya SEMUA JENIS KATAK"

Banyak berlaku Kejadian atau Tindakan di Luar Kemanusiaan

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, adalah menghairankan rakyat Malaysia terutama yang bekerja(bergaji tetap)boleh dengan mudah mendapat pinjaman tanpa penjamin. Pinjaman yang di ofer bukan sedikit boleh mencecah RM500,000 beb. Saya berpandangan ada sesuatu yang tidak kena. Patut kita siasat dari mana duit yang banyak itu datang?.

Dan dalam Islam, Hutang merupakan sesuatu yang dibenar tetapi tidak digalakkan sebabnya ia boleh memporakperandakan pemikiran. Mungkin sebab bebanan hutang Manusia akan bertindak LUAR DUGAAN seperti yang berlaku di MALAYSIA hari ini. Mungkin!

Saturday, February 19, 2011

ANUGERAH SERI ANGKASA 2010 - PAKAIAN BEBERAPA ARTIS YANG HADIR TIDAK SESUAI

Kita baharu sahaja menyambut Maulidur Rasul - Tapi Anugerah Seri Angkasa malam semalam dan malam ini tidak menggambarkan apa yang kita sambut. Saya bukanlah tengok acara tersebut tetapi tertengok sebab anak saya main tukar-tukar channel. Saya dapati pakaian seorang dua artis yang hadir tidak begitu sopan sebab pakaiannya mendedahkan bahagian atas dada. Nampak seksi. Kalau nak kira ia adalah Gangguan Seksual bagi insan lelaki. Tetapi secara keseluruhannya penonton berpakaian sopan, hanya seorang dua yang tidak tahu menyesuaikan keadaan.

Komen saya..... lain kali berhati2lah memilih fesyen dalam majlis-majlis rasmi terutama yang melibatkan pemimpin masyarakat.

Teguran ini hanya untuk kebaikan semata-mata.

Friday, February 11, 2011

Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah Aku Jadikanlah Aku Seorang yang Beriman.

Kalau kita perhatikan Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11 dan kita cuba muhasabah diri kita sama ada kita boleh termasuk orang beriman atau tidak. Rasanya tak lulus. Oleh itu marilah kita berdoa Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni aku dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang beriman. Semoga Allah menolong kita cenderung ke arah mematuhi kriteria yang diberikan.

Ayuh kita perhatikan sifat orang beriman.

1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki[994]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu[995] Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.


Marilah kita sama-sama berusaha untuk memenuhi semua kriteria di atas. Aameeeen.

Monday, February 7, 2011

50 JAWATAN TERPILIH DALAM KERAJAAN


Buku 50 Jawatan Terpilih Dalam Kerajaan sangat sesuai dibaca oleh semua untuk mengetahui skim gaji dan bidang tugas setiap jawatan yang disingkap oleh penulis buku tersebut Saudara Muhamad Bin Ali.

Berikut ialah kulit bukunya



Boleh didapati di MPH atau kedai2 buku utama.

Jem di Pantai Cahaya Bulan Boleh di Atasi

Setiap kali musim cuti, Pantai Cahaya Bulan (dulunya dikenali dengan nama Pantai Cinta Berahi) terlalu jem. Kereta berbaris sehingga lebih 1 kilometer. Saya kasihan tengok bas-bas persiaran yang membawa pelancong terpaksa berada di dalam bas lebih setengah jam. Ini merugikan masa pelancong. Saya hairan kerana badan tempatan di daerah tersebut tidak sensitif langsung dengan keadaan demikian. Saya lihat dipersekitaran banyak kawasan yang boleh dijadikan tempat parking kereta. Saya juga merasakan bahawa kerajaan boleh buat jalan sehala iaitu masuk ikut jalan lain keluar ikut jalan lain.

Saya harap ada orang yang baca artikel ini akan memaklumkan kepada kerajaan Kelantan untuk memperbaiki persekitaran PCB bagi membolehkan flow kenderaan yang lebih selesa.

Wahai kawan-kawan jom ke PCB makan Colek Sea Food.

Saturday, February 5, 2011

Thursday, February 3, 2011

UBAT YANG DOKTOR BERI TIDAK DIMAKAN

Pada pandangan saya kerajaan perlu memantau bagi memastikan ubat yang diberikan kepada pesakit adalah tidak membazir. Pemantauan ini perlu kerana kerajaan membelanjakan berbillion ringgit untuk beli ubat setahun sedangkan ubat yang diberikan kepada pesakit tidak dimakan semuanya. Kebanyakan ubat tersebut dimasukkan ke dalam tong sampah. Tak percaya tanya setiap individu yang terima ubat, adakah mereka menghabiskannya? Harga ubat adalah mahal tetapi nilai moral penerima ubat adalah rendah. Jadi kita semua kenalah berbuat sesuatu supaya TIADA PEMBAZIRAN UBAT dan wang kerajaan.

Tuesday, February 1, 2011

Satu Demi Satu Negara Islam Hancur

Terbaru Mesir bergolak. Kita telah menyaksikan satu demi satu negara Islam bergolak sesama sendiri dan digelakkan oleh negara barat dan negara bukan Islam. Pertelingkahan dalaman akan menguntungkan musuh sebenar negara Islam. Bilamana negara Islam bergolak, siapakah kuasa besar yang akan membantu?, Ya Amerika Syarikat yang akan membantu. Akhirnya negara tersebut akan akur dengan apa yang dirancang oleh kuasa luar tersebut. Bagi mengelakkan keadaan ini terus berleluasa, negara-negara Islam perlu bersatu di bawah satu pemerintahan iaitu Pemerintahan Islam.

Kurangkan penggantungan bisness dengan kuasa luar terutama di peringkat individu.