Wednesday, January 12, 2011

Mata Lalat dan Mata Lebah

Apabila kita memandang sesuatu maka hendaklah kita memandang seumpama mata lebah. Jangan sesekali memandang sebagai mata lalat.

Kenapa mata lebah? Kenapa mata lalat.

Seseorang berkawan dengan orang yang baik, tidak akan menjadi baik jika beliau memandang kawannya dengan menggunakan MATA LALAT.

Seekor lalat yang terbang di kebun bunga, tidak memandang bunga-bunga yang baik-baik. Ia akan memerhati bunga yang layu dan busuk untuk dihinggapinya. Matanya juga akan melilau mencari apa-apa jenis najis yang ada di kebun bunga tersebut.

Oleh itu, jika seseorang berkawan dengan orang baik tetapi ia memandang sebagai mata lalat maka dia akan mencari-cari kesilapan dan keburukan orang itu. Sampai bila-bila pun dia nampak orang baik itu jahat.

Sebaliknya jika dia memandang seumpama mata lebah, maka dia akan memilih sifat-sifat yang baik sahaja.

No comments:

Post a Comment