Saturday, January 29, 2011

CUBALAH BANGUN PAGI JAM 4.30 PAGI SETIAP HARI

Ugama Islam menggalakkan supaya umatnya mengamalkan bangun sebelum subuh. Di Malaysia waktu subuh paling awal jam 5.25 pagi dan paling lewat jam 6.15 pagi. Oleh yang demikian eloklah kita bangun jam 4.30 pagi setiap hari. Apabila ia digalakkan sudah pasti ianya mempunyai kelebihan tertentu yang kita tidak tahu. Yang tahu hanyalah Allah yang maha kuasa.

Oleh yang demikian, saya menyeru umat Islam semua supaya berusahalah untuk bangun sebelum subuh sekurang-kurangnya kita sempat mandi, solat sunat tahajud dan membaca dua tiga muka surat ayat suci AlQuran sebelum kita pergi solat subuh berjemaah di surau atau masjid berhampiran.

Di surau atau masjid berhampiran kita dapati bilangan jemaah subuh amat sedikit, jadi sekiranya setiap kita berusaha untuk solat subuh berjemaah di surau/masjid berhampiran maka sudah pasti surau/masjid akan lebih diberkati. So marilah kita berusaha.

Tip untuk bangun awal ialah TIDUR CEPAT. Tidurlah sebelum jam 12 tengahmalam, InsyaAllah, kita boleh bangun jam 4.30 pagi tanpa rasa mengantuk lagi. Sekiranya kita telah mengamalkannya selama setahun, pastinya secara automatik kita akan dibangunkan pada jam tersebut.

Satu lagi, marilah kita cari satu kaedah untuk menggalakkan anak-anak muda solat subuh berjemaah sebab bilangan mereka menyedihkan. Misalnya kita boleh beri galakan kepada kanak-kanak 12 tahun ke bawah dengan menambah duit belanja sekolah lebih seringgit jika mereka turut kita ke surau/masjid waktu subuh.

Saya doakan semoga ramai umat Islam solat subuh berjemaah mulai hari ini, Aameeeen.

Wednesday, January 26, 2011

DENGGI KOMUNITI FACEBOOK

Ada boleh menyalurkan apa-apa maklumat melalui facebook Denggi Komuniti. Maklumat-maklumat yang anda salurkan atau pun apa-apa pandangan anda mengenai denggi akan diambil perhatian atau tindakan oleh pihak berkaitan. Oleh itu, kliklah suka atau like kepada Denggi Komuniti. carilah Denggi Komuniti apabila ada berada dalam aplikasi facebook.

Selamat memberi pandangan

Sunday, January 23, 2011

Setiap Ciptaan Allah Ada Gunanya

Petang Semalam (Sabtu 12.1.2011), saya berlan-jalan di Taman Tasik Titiwangsa. Saya terlihat satu pokok kelapa sawit yang tidsk berbuah tetapi pokoknya masih sedar dengan daun-daun yang banyak.

Walaupun pokok kelapa sawit tersebut tidak berbuah. Dalam kes ini, kita tidak boleh mengatakan pokok sawit tersebut tidak berguna. Mungkin ada sebab2 tertentu.

Ulasan & tambahan

Walaupun sawit tidak berbuah, kita tidak boleh kata pokok itu tidak berguna. Sebenarnya ia berguna untuk memberi makan kepada tumbuhan lain. Sebab banyak tumbuhan lain tumbuh di batang kelapa sawit tersebut. maknanya pokok kelapa sawit tersebut mengorbankan dirinya untuk kemudahan kepada tumbuhan lain.

Wednesday, January 19, 2011

Keinginan Yang Tidak Berani Nak Diluahkan Secara Berdepan

Bagi menyampaikan sesuatu maksud atau keinginan yang memang dikehendaki, membuat kita pening kepala dan tidak keharuan. Maka kita akan mencari satu cara alternatif untuk menyampaikan maksud. Contohnya seorang anak yang ingin mengikut rakan-rakan berjalan tetapi takut untuk memberitahu ibu bapa secara berdepan atau bersekemuka. Maka beliau akan cari cara lain untuk menyampaikan maksud. Untuk memaklumkan kepada ibubapa beberapa cara boleh dilakukan iaitu secara sms, emel atau telefon. Atau boleh juga menulis nota. Contohnya begini.
"Ayah, ibu .... sebenarnya akak nak mintak sesuatu ... akak tak berani nak cakap so akak tulis je la ye .... erm ... sebenarnya next week kawan-kawan akak ajak keluar .. saje nak jumpe kawan-kawan .. lagipun nanti akak gi PLKN, tak dapat r nak jumpe lg ... erm dorg ajak pegi MID VALLEY ari Isnin nanti ... akak harap ibu ayah dapat pertimbangkan permintaan akak ni ... maaf tak cakap berdepan .. he harap dapat fikirkan ... -KAKAK-

Begitulah, indahnya Alam Ciptaan Tuhan. Pelbagai jenis pemikiran yang ada dikepala manusia.

Saturday, January 15, 2011

Laungan Azan dari Surau/Masjid

Teguran seorang bukan Islam terhadap laungan Azan mengundang sensitiviti umat Islam sehingga ada yang menganjurkan demostrasi aman.

Setiap yang terjadi ada hikmahnya disebalik teguran yang dilemparkan oleh orang bukan Islam tersebut, sekurang-kurangnya orang-orang Islam mula berbincang mengenai pekara ini dan mula menyemak praktis-praktis di masa lalu.

Dalam minda SuperMind@MindaBistari terdetik pemikiran berikut: "Baguslah, sebab ramai orang Islam marah terhadap teguran seorang bukan Islam terhadap laungan Azan. maknanya mereka masih sayangkan Islam" TETAPI sedarkah kita, berapa ramai orang Islam yang menyahut seruan Azan Solat subuh tersebut?. Ramai yang buat tak dengar dan terus tidur. Buktinya surau dan masjid yang menyeru Azan tersebut hanya ada 2 tiga kerat sahaja.

Adalah lebih baik, demonstrasi tu kita ganti dengan BERAMAi-RAMAI SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI SURAU/MASJID BERHAMPIRAN. JOM SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Ekstrak dari comments pembaca:
Anonymous said... 1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

January 17, 2011 6:20 PM
HjZaman said...
Saya menyokong penuh tulisan komen di atas. Semoga apa yang ditulis menjadi ikhtibar kepada semua pembaca.

January 18, 2011 1:39 PM

Post a Comment

Friday, January 14, 2011

Facebook Komuniti Denggi

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan denggi di kawasan anda, berkongsilah supaya ia dapat disebarkan untuk makluman orang lain. Tujuannya ialh supaya orang ramai mendapat maklumat terkini dari anda. Sertailah facebook kumpulan denggi 2.0. Buat permulaan tandakan 'like' atau 'suka'.

Ada boleh membuat laporan seperti : "Seorang penduduk di Taman ABCDEF di berusia 23 tahun telah disyaki denggi pada 14.1.2011"

Facebook Komuniti Denggi

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan denggi di kawasan anda, berkongsilah supaya ia dapat disebarkan untuk makluman orang lain. Tujuannya ialh supaya orang ramai mendapat maklumat terkini dari anda. Sertailah facebook kumpulan denggi 2.0. Buat permulaan tandakan 'like' atau 'suka'.

Ada boleh membuat laporan seperti : "Seorang penduduk di Taman ABCDEF di berusia 23 tahun telah disyaki denggi pada 14.1.2011"

Demam Denggi

Mengenal pasti demam denggi Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Tanda-tanda

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan

2. Bintik merah pada kulit

3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala

4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut

5. Hilang selera makan

6. Muntah-muntah

7. Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit

1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi

2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes

3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.

4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Tabiat nyamuk aedes

1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada kakinya

2. Aedes biasanya menggigit pada waktu siang

3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung

4. Aedes juga membiak di dalam dan luar rumah seperti di pasu bunga, tempayan, kolam mandi, tayar buruk, perangkap semut, saluran bumbung dan dan bekas simpanan air.

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru

2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk

3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur

4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam

5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir

6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk

7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.

8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Tempat nyamuk aedes membiak:

Dalam Rumah

1. Perangkap semut

2. Pasu Bunga

3. Timba

4. Tempayan

5. Kolam (kolah) mandi

Luar Rumah

1. Tayar buruk

2. Tempurung kelapa

3. Botol atau gelas pecah yang mengandungi air

4. Salur air hujan

5. Tempayan

6. Pokok Pisang

7. Pokok Keladi

8. Longkang yang tersekat

Pengubatan demam denggi secara tradisional dan alternatif.

Tuan puan adalah dinasihatkan supaya mendapat rawatan segera di hospital jika disyaki mengidap demam denggi ini. Rawatan dibawah ini adalah sebagai rawatan susulan dan sampingan kepada ubat doktor.

Kaedah pertama: Ambil beberapa 2 helai daun betik dikisar dengan segelas air. Minum pagi dan petang.

Kaedah Kedua: Minum satu sudu besar minyak kelapa dara. Pagi dan malam.

Kaedah ketiga: Minum air isotonik seperti 100 plus atau Revive ketika menghidapai demam ini.

Baik Buruk Rumah Hampir Dengan Pejabat

Dengar kata perkhidmatan bas sekolah tiada di Putrajaya menyebabkan ibu bapa menghantar sendiri anak mereka ke sekolah. Satu kesan yang ketara ialah ramai di kalangan pegawai kerajaan yang keluar awal waktu tengahari dan pulang lewat selepas waktu makan atas alasan mengambil dan menghantar anak ke sekolah.

Implikasinya masa bekerja sudah berkurangan. Jika difikir lebih baik rumah jauh dari tempat kerja.

Wednesday, January 12, 2011

Mata Lalat dan Mata Lebah

Apabila kita memandang sesuatu maka hendaklah kita memandang seumpama mata lebah. Jangan sesekali memandang sebagai mata lalat.

Kenapa mata lebah? Kenapa mata lalat.

Seseorang berkawan dengan orang yang baik, tidak akan menjadi baik jika beliau memandang kawannya dengan menggunakan MATA LALAT.

Seekor lalat yang terbang di kebun bunga, tidak memandang bunga-bunga yang baik-baik. Ia akan memerhati bunga yang layu dan busuk untuk dihinggapinya. Matanya juga akan melilau mencari apa-apa jenis najis yang ada di kebun bunga tersebut.

Oleh itu, jika seseorang berkawan dengan orang baik tetapi ia memandang sebagai mata lalat maka dia akan mencari-cari kesilapan dan keburukan orang itu. Sampai bila-bila pun dia nampak orang baik itu jahat.

Sebaliknya jika dia memandang seumpama mata lebah, maka dia akan memilih sifat-sifat yang baik sahaja.

Friday, January 7, 2011

Untuk Meningkatkan Taraf Kesihatan Rakyat

Saya menyokong penuh usaha Kerajaan terutama kepada YAB untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat. Kesihatan rakyat amat penting bagi pembangunan negara secara sihat. Selain dari usaha-usaha fizikal seperti YAB nyatakan semasa pelancaran klinik bergerak 1Malaysia, dikesempatan ini saya ingin memberi pandangan berikut:

Kerajaan telah menyediakan mekanisme yang lengkap dari segi struktur hingga ke akar umbi. Iaitu di Kampung ada Persatuan penduduk, Ketua Kampung, Tok Empat, Penghulu, Adun, Ahli Parlimen hinggalah kepada Menteri. Sekiranya semua entiti berkenaan memainkan peranan masing-masing, maka kita sudah boleh pastikan semua rakyat sihat dan tiada yang miskin tegar. Persatuan penduduk boleh pantau semua penduduk dikawasan itu, ambil statistik dan profile. bantu yang memerlukan, yang miskin bantu untuk berdikari, yang sakit cari dana untuk sihatkan. ketua kampung perlu pantau persatuan penduduk - mana persatuan tak aktif gerakkan supaya aktif, adun perlu pantau ketua kampung, ahli parlimen perlu pantau adun, menteri perlu pantau ahli parlimen dan seterusnya -dan seterusnya entiti yang lebih tinggi pantau entiti di bawahnya.

InsyaAllah 1Malaysia maju jaya sekiranya setiap entiti memainkan peranan masing-masing.

lawati http://www.1malaysia.com.my

Saya Tanya Peniaga Makanan Islam "Kenapa ambil bahan mentah (daging/ayam) dari pengedar di kalangan orang bukan Islam?"

Pagi tadi kami anak-beranak makan di sebuah gerai makanan. Semasa kami sedang makan, satu van yang agak lusuh telah berhenti. Van tersebut dipandu oleh orang bukan Islam dan seorang pembantu (juga bukan Islam). Mereka mengeluarkan bahan-bahan mentah iaitu ayam dan daging dihantar ke gerai makanan tersebut.

Kami anak-beranak tertanya-tanya sesama kami. "Orang meniaga ni ambil ayam/daging dari orang bukan Islam?". Kembang tekuk kami, tapi nasib baiklah kami dah habis makan. Kalau belum habis pastinya terus tak habis.

Saya betekad nak bertanya tuan punya kedai semasa nak buat bayaran.

Setelah pengedar bukan Islam tadi beredar dan mendapat cek bayaran dari tuan punya gerai makanan, saya pun terus ke kaunter untuk buat bayaran. Selepas bayar, saya tanya tuan punya gerai " Eh, You ambil ayam/daging dari orang bukan Islam?". Jawapannya " Ya. tapi ia terus dari kilang makanan Halal. Kalau beli di pasar borong lagi teruk, kita tak tau dari mana diperolehi" Bagi membuktikan dakwaannya, beliau pun terus tunjuk sijil kilang makan halal tersebut.

Saya pun, mohon maaf padanya sebab bertanya. Dia kata takpa dah ramai yang bertanya. Saya pun beredar.

Pandangan saya berdasarkan insiden ini

1. Walaupun kita tahu kilang yang membekalkan ayam/daging itu mendapat sijil halal, tetapi pengedar tersebut adakah ia disahkan 'halal' atau 'jujur' ambil dari kilang tersebut?. Oleh itu adalah lebih baik ambil dari pengedar Islam yang mengambil ayam/daging dari kilang halal tersebut. Sekurang-kurangnya kita tiada keraguan sebab orang Islam sendiri yang ambil dari kilang.

2. Apabila pengedar bukan Islam menghantar ayam/daging halal ke gerai kita, ada kemungkinan juga bekas yang sama dan vam yang sama juga membekalkan produk tak halal ke gerai lain. Percampuran itu mungin berlaku. Jadi mana lebih baik? Ambil dari pengedar Islam atau Pengedar bukan Islam?

3. Saya nasihatkan peniaga-peniaga makanan orang Islam supaya lebih perihatin terdapat bahan mentah yang anda gunakan untuk memberi makan orang lain.

Cadangan saya kepada KERAJAAN.

1. Selain daripada memberi sijil halal kepada kilang yang memproses makanan halal, saya juga ingin mencadangkan supaya kilang tersebut juga disyaratkan supaya melantik hanya pengedar halal iaitu di kalangan orang Islam sahaja. Ini untuk menjaga integriti makanan tersebut. Dari Halal kepada Halal.

Penunjuk Arah Majlis Perkahwinan Yang diTampal di Tiang Lampu

Setiap hujung minggu kita akan melihat tanda penunjuk arah ditampal di tiang lampu secara tidak terurus dan tidak sama dari segi saiznya. Kemudian terdetik dihati saya "alangkah baiknya jika tiang lampu tersebut direka bentuk dengan menyediakan slot khas untuk orang awam meletakkan poster tunjuk arah tersebut. Maknanya orang boleh keluarkan poster yang dah luput tarikh dan memasukan poster yang baru. Sediakan slot tersebut sebanyak 2 atau 3 slot. Tujuannya ialah supaya tampal menampal ini dikurangkan sebab ia mencemarkan pemandangan. Kadang-kadang poster yang ditampal tersebut ditinggalkan berbulan2 lamanya.

Sunday, January 2, 2011

Hari Pertama Semua Anak Berada di Asrama

Bagi sepasang suami isteri, menimang cahaya mata pertama, merupakan hari paling bahagia selepas kemanisan ketika selamat diijab kabulkan. Hari terus berlalu, tahun berganti tahun. Anak dari satu jadi dua, dari dua jadi tiga dan begitulah seterusnya jika dapat ramai. Riuh rendah dengan anak-anak merupakan satu hiburan bagi sepasang suami isteri. Hingga sampai disatu ketika, anak-anak pergi meninggalkan ibu/bapa untuk tinggal di asrama sama ada di dalam negeri maupun di luar negara.

Ya... sampai masanya suami/isteri hanya tinggal berdua sahaja. Rupa-rupanya tidak sama perasaan bila semua anak-anak tinggal di asrama berbanding jika anak-anak tidur di rumah sedara atau pergi rombongan. Sebab jika pergi rumah sedara atau pergi rombongan dua tiga hari baliklah mereka. Sekiranya tinggal di asrama, 2 minggu sekali (jika dekat) atau sebulan sekali atau setahun sekali (kalau di oversea) baru balik ke rumah. Kalau balikpun banyak tidur dari berjaga. Ya... ibu/ayah akan kesunyian jika tiada anak2 di rumah.

Bila difikirkan semula, jika anak tinggal di asrama, mereka akan balik mengikut jadual boleh balik sekolah. Tetapi bayangkan jika suami/isteri (Ibu/bapa) yang mempunyai semua anak-anak yang sudah berkahwin. Anak-anak mereka tinggal berjauhan dan tinggallah ibu/bapa berdua dirumah. Kepulangan anak/menantu/cucu ini tiada jadual tetap. Mereka (ibu/bapa) akan menanti dari sehari ke sehari, menanti kepulangan anak menantu dan cucu-cucunya. Mereka akan hampa di setiap hujung minggu sekiranya tiada seorang pun anak/menantunya balik menjenguknya.

Oleh itu wahai anak/menantu berpakatlah adik beradik supaya balik ke kampung menemui ayah/bonda bergilir-gilir, kalau boleh setiap minggu ada anak/menantu yang dapat bersama ibu/bapa masing-masing.

Hidup di dunia tidak lama. Ingatlah orang tersayang. Sayangilah ibu/bapa sepanjang masa.