Thursday, December 30, 2010

Marilah Kita Pilih Gerai Makanan Yang Nampak Bersih

Makanan yang kita makan sebaik-baiknya adalah makanan yang diproses dan dijual oleh orang Islam yang jelas nampak keislamannya. Ini termasuklah dari segi penyediaan makanan tersebut hinggalah kepada penjualnya. Sekiranya bahan-bahan mentah yang digunakan adalah Halal dan Toibah, kita perlu lihat pula kepada penjualnya. Jika dia seorang perempuan, adakah dia menutup aurat?. Jika salah seorang dari pekerja perempuan tidak memakai tudung sedangkan ia telah cukup dewasa, maka sebaiknya janganlah kita makan digerai tersebut KECUALI terpaksa kerana lapar yang amat sangat.

Mulai sekarang marilah kita cari jalan bagi supaya orang Islam tak masuk ke gerai orang Islam yang tidak menjaga aurat pekerjanya.

SRS - Siti Rohani Surani, Pengacara Popular Masa Kini (Disember 2010)

Setiap pagi dari Isnin hingga Jumaat, ramai yang telah terpikat dengan radio IKIM.fm. Ini berdasarkan response daripada pengengar apabila talian IKIM.fm dibuka untuk mendapatkan pandangan orang awam. Pelbagai kategori awam yang menelefon termasuklah dari negara diluar Malaysia.

Sesiapa yang mendengar radio tersebut pasti mengenali dan merindui suara Siti Rohani Surani atau SRS. SRS memang pandai menyusun kata yang tidak akan menyinggung perasaan pendengar dan kata-kata nasihat yang menusuk di kalbu.

Berdasarkan karektor dan kebolehan yang demikian membuatkan Siti Rohani Surani makin dikenali dan mungkin boleh terpilih sebagai Pengacara Paling Berpotensi. InsyaAllah

Wednesday, December 29, 2010

Peranan Ahli Jawatankuasa Surau/Masjid

AJK Surau atau Masjid perlu menyusun strategi supaya Surau/Masjid menjadi satu destinasi yang ramai orang ingin mengunjunginya. Pergiatkan usaha supaya masyarakat setempat datang berjemaah di surau/masjid semasa mereka ada disekitar. Solat subuh berjemaah amat penting untuk mendidik hati manusia supaya kembali kepada fitrah. Oleh itu AJK Surau/Masjid perlu aktif merangka aktiviti selepas solat subuh seperti Kuliah Subuh setiap hari (bukan hanya pagi sabtu atau ahad sahaja). Bukannya semua orang pergi kerja pada Isnin hingga Jumaat. Dan banyak juga yang pencen dan tak tau apa nak buat. Ajak mereka dengar kuliah subuh. Ada juga yang bersara - bangun pagi untuk main golf boleh, tapi bangun pagi untuk subuh berjemaah tak boleh. Orang2 ni AJK Surau/masjid perlu pertingkatkan usaha untuk menarik mereka ke surau/masjid.

maaf saya merepek sebab itu yang ada dalam minda saya

Tuesday, December 28, 2010

Berjalan kaki mengelilingi Bulatan Besar Putrajaya

Baru-baru ini saya jumpa seorang pensyarah yang ada title Dr. Dia beritau exercise "berjalan kaki" lebih baik dari "berenang" dan berenang lebih baik dari "berbasikal" sekiranya hendak mengawal paras kolestrol. Saya pun teringat Kementerian Kesihatan pernah anjurkan "Seribu Langkah". Maka pada hari semalam (isnin 27 Dis 2010) dan hari ini (selasa 28 Dis 2010) saya cuba berjalan kaki mengelingi bulatan putrajaya di presint 1 sejauh 3.5 km. Masa yang diambil antara 40-45 minit. Saya rasa selesa dan terasa ingin berjalan setiap hari.

Sihatkan badan anda dengan melakukan exercise fizikal secara konsisten.

Saturday, December 25, 2010

Rakyat Malaysia Paling Ramai Berjaga Malam

Berjaga Malam selalu dikaitkan dengan Ibadah Qiamullail atau beribadah/bersolat/berzikir untuk mengagungkan keEsaan Tuhan. Tetapi rakyat Malaysia berjaga malam bukan untuk Qiamullail tetapi untuk tengok bola, bisnes (bazar larut malam), makan-makan, REMPIT, video game, suft internet/facebook, night club, judi dan lain-lain yang bukan dalam kategori mengingati Pencipta Makhluk.

Petikan dari http://lisarahadi.multiply.com/journal/item/61/Tradisi_Berjaga_Malam_Hanya_Dilaksanakan_Oleh_Kaum_Muslimin
Dalam agama Islam ada istilah Qiyamul Lail yang berarti 'berdiri atau berjaga malam'. Maksudnya, orang yang bangun waktu malam untuk melaksanakan shalat (sambil berdiri, duduk dan sujud) menyembah Allah Yang Mahakuasa sambil menanti waktu subuh untuk melaksanakan shalat subuh berjama'ah di masjid. "Berjaga malam" berarti menghidupkan waktu malam dengan mengisi amalan zikir, shalat dan do'a kepada Allah.

Orang Islam sudah dianggap bangun/berjaga shalat malam apabila melaksanakan shalat Isya' dan Subuh secara berjama'ah. Dalam hal ini nabi Muhammad saw. bersabda dalam hadist riwayat Malik dan Muslim, "Barang siapa shalat Isya' berjamaah, maka seolah-olah dia telah berjaga-jaga separuh malam; dan barang siapa yang shalat Isya dan Fajar/Subuh berjama'ah, maka seolah-olah dia telah berjaga-jaga sepanjang malam". Terhadap masalah ini Allah telah menetapkan dalam Al Qur'an surah al Muzzammil ayat 20, "Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwa engkau berdiri (shalat) kurang dari dua tertiga malam, atau seperdua, atau sepertiganya dan demikian pula segolongan dari orang-orang yang bersamamu. Allah menetapkan ukuran malam dan siang".

Nabi Muhammad saw. menetapkan bahwa sepertiga malam yang terakhir adalah waktu yang paling diberkati, seperti yang disebutkan dalam sabdanya,

"Pada setiap sepertiga malam yang terakhir tiba, Tuhan kita akan turun kelangit yang terdekat dan ia berfirman,'Barang siapa bertanya kepada-Ku, maka akan Ku jawab; barangsiapa berdo'a, maka akan Ku kabulkan; barangsiapa yang memohon ampun, maka akan Ku ampuni!'" (HR. BUKHARI)

Allah melukiskan orang-orang yang berjaga malam dalam firman-Nya:
"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdo'a dengan penuh cemas dan harap, dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki mereka yang kami berikan. tak seorangpun mengetahui apa yang disembunyikan bagi balasan terhadap apa yang mereka kerjakan". (as-Sajdah : 16 - 17)


Pandangan saya
.

Sekiranya sesuatu aktiviti itu menyumbang lebih kepada keburukan (menyumbang kepada gejala sosial yang teruk) berbanding kebaikan (menjadikan insan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab)lebih baik kita batalkan aktiviti tersebut. Contohnya "Bazar Larut Malam di Danau Kota Setapak sekarang ni saya rasa lebih banyak keburukan berbanding kebaikannya." Itu pandangan saya aje.

Aku Mangsa Wanita Melayu Berseluar Pendek di tempat awam

Luahan hati seorang sahabat.

"Aku berusia dalam lingkungan empat puluhan. Aku seorang lelaki. Sebagai seorang lelaki memanglah suka kepada wanita. Memandang wanita yang bukan muhrim bagi seorang lelaki adalah biasa bagi kali pertama tetapi haram mengulangi pandangan berikutnya sekiranya wanita tersebut mendedahkan auratnya. Malangnya dalam suasana sekarang ramai wanita yang mendedahkan aurat terutama berseluar pendek. Orang bukan Islam berseluar pendek tak apalah, sebab mereka bukan Islam dan belum mendapat hidayah. InsyaAllah bila mereka dapat hidayah mungkin mereka tidak dedah aurat lagi.

TETAPI yang menghairankan saya ialah kenapa sejak kebelakangan ini RAMAI WANITA MELAYU (ISLAM) YANG BERSELUAR PENDEK hingga menampakkan paha yang putih gebu. Saya seorang lelaki yang lemah iman ini akan menjadi lebih lemah lagi bila melihat gadis Melayu berseluar pendek. Dalam hati marah sebab benci kepada wanita melayu yang sanggup berseluar pendek ditempat awam. Manakala mata pulak kejap-kejap tengok, kejap-kejap tengok, berkali-kali sebab imam belum teguh.

Kesan daripada paha yang terdedah ni bukan hanya ketika itu sahaja, ia akan tergambar di waktu lain. Inilah yang merbahayakan diri saya. Maka Aku adalah seorang daripada Mangsa Wanita Melayu Berseluar Pendek.

Yang heran, bila bukan melayu berseluar pendek, saya tidaklah tengok berulang kali. Saya sangat2 minta pihak yang ada kuasa supaya tetapkan peraturan berpakaian bagi wanita melayu Malaysia. Wujudkan etika berpakaian wanita islam. denda jika langgar peraturan tersebut. Ingat! Pendedahan aurat wanita yang berleluasa adalah penyumbang kepada gejala seks yang tidak terkawal dan mungkin akan ramai lagi bayi-bayi yang dibuang diseluruh negara."

Itulah keluahan seorang sahabat.

Friday, December 24, 2010

Lorong Tambah Nilai Touch 'N' Go perlu ada sepanjang masa

Pada masa ini di Plaza Tol, Lorong Tambah Nilai Touch 'N' Go sangat jarang dibuka. Mereka lebih rela letak staf untuk beri kupon tol.
Untuk makluman ramai pemilik2 kenderaan sudah ada kad touch 'n' go. Tetapi disebabkan tol banyak sangat maka kredit dalam kad dah nak habis. Pemandu sangat berharap (macam saya) bila sampai di plaza tol hendaknya adalah lorong tambah nilai. Kebanyakannya hampa sebab tiada lorong tambah nilai.

Pemandu bukan tak nak tambah nilai di kiosk atau di stesen minyak TETAPI kad touch 'n' go tu biasanya diletakkan dalam kereta (dashboard) atau ditempat duit siling iaitu jarang dibawa keluar dari kereta. Kalau ada lorong tambah nilai, saya percaya ramai yang tambah nilai disitu.

Moral of the story " Perbanyakkan Lorong Tambah Nilai.

Friday, December 17, 2010

Empat (4) Perkara Yang Boleh dilakukan Oleh Semua Manusia

Sekiranya anda seorang yang inginkan ketenangan hati dan dilindungi Allah (InsyaAllah), sila lakukan 4 perkara berikut (semua orang boleh buat - senang aje)

1. Mengucap Salam Kepada Semua Orang yang anda temui
2. Memberi/menjamu makan kepada orang lain lebih-lebih lagi yang memerlukan
3. Mengeratkan Siratul Rahim (merapatkan hubungan sesama insan)
4. Solat Malam/mengingat Allah diketika ramai orang sedang tidur.

OK marilah kita sama-sama cuba termasuklah saya sendiri

Tuesday, December 14, 2010

KAYUHAN KESIHATAN PUTRAJAYA 2010

Program Kayuhan Kesihatan Putrajaya anjuran MyJICA yang telah berlangsung pada 12 Disember 2010 (Ahad) sangat ceria sehingga mendapat sambutan lebih daripada 220 peserta kayuhan. Syabas kepada pihak penganjur. Program tersebut telah mendapat sokongan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengar kata Yang Berhormat Menteri Kesihatan berharap sangat untuk merasmikan program tersebut tetapi oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan negara maka terpaksalah YB mewakilkan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) mewakilinya untuk pelepasan peserta Kayuhan Kesihatan Putrajaya.

Tinjauan rawak dari para peserta menunjukkan mereka sangat berpuashati dengan program tersebut dan berharap diadakan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil dari facebook peserta-peserta kayuhan.





Monday, December 6, 2010

TAHUN BARU AZAM BARU ZAMAN BARU

Sempena Awal Muharam 1432 ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah. Iaitu tahun Islam yang mula dikira tahun pertamanya ialah pada tahun Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Tidak lama lagi kita akan menyambut pula Tahun Baru Masehi 2011. Tahun Masehi ini dikira tahun pertama kelahiran Nabi Isa Ibnu Maryam.

Setiap awal tahun ramai orang menyimpan azam atau sasaran untuk dilaksanakan pada tahun tersebut. Kebanyakannya berazam untuk meningkatkan jati diri atau mendisiplinkan diri. Malangnya setiap orang ada 2 azam setiap tahun, sebabya misalkata orang Islam, tahun Hijrah dah buat azam, masuk tahun Masehi buat azam lagi. Orang Cina pun bila masuk tahun baru cina buat azam baru tapi bila masuk tahun masehi buat azam lagi. begitu juga orang2 lain.

SELAMAT TAHUN BARU DENGAN AZAM BARU UNTUK MENEMPUH ZAMAN BARU.

Wednesday, December 1, 2010

Saman Trafik : Diskaun lagi

Amalan memberi diskaun kepada Pesalah trafik tiada penghujungnya. Sekiranya amalan ini tidak dihentikan, saya bimbang pesalah-pesalah trafik tidak akan membayar segera saman-saman yang diterima kerana mereka akan tunggu kerajaan memberi diskaun. Kalau bayar segera MAHAL lebih baik tunggu tawaran diskaun. Dah banyak kali saya tulis dalam blog ini bahawa SAYA TIDAK SETUJU DISKAUN DIBERIKAN KEPADA PESALAH TRAFIK YANG LIAT NAK BAYAR SAMAN. SEPATUTNYA DISKAUN DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BAYAR CEPAT.

Saya rasa kerajaan perlu implement seperti kaedah berikut:

Katalah Saman yang dikenakan pada tarikh 1.1.2011 ialah sebanyak RM300.

Jika bayar sebelum 15.1.2011, hanya perlu bayar RM50.
Jika bayar antara 16.1.2011 hingga 28.2.2011, hanya perlu bayar RM100.
Jika bayar antara 1.3.2011 hingga 30.6.2011, perlu bayar RM150
Jika bayar antara 1.7.2011 hingga 31.12.2011, perlu bayar RM200
jika bayar selepas setahun di saman kenalah bayar Penuh RM300.

barulah adilkan.