Wednesday, November 17, 2010

SASARAN FILEM 2 ALAM RM40 JUTA TERLALU TINGGI

Saya rasa sasaran RM40 juta kutipan filem 2 Alam terlalu tinggi. Untuk mendapatkan RM40 juta dari 85 buah panggung maknanya 1 panggung perlu kutip RM471,000. Jika 1 hari main 3 tayangan maka 1 tayangan perlu kutip RM157,000.

Untuk kutip 1 hari tak mungkin. Tetapi jika 1 panggung tayang 7 hari berturut2. RM471,000 / 7 = RM67,300 sehari atau RM22,633 satu tayangan.

Dalam perkiraan saya 1 panggung hanya dapat kutip sehari hanya sebanyak RM7,200 sehari. Jika seminggu RM50,400. Oleh itu kalau 85 panggung, hanya dapat kutip sebanyak RM5 JUTA sahaja.

MAKA SAYA MERAMALKAN BAHAWA 2 ALAM HANYA DAPAT KUTIP RM5 juta sahaja (jika main 7 hari). Jika Main 2 Minggu iala akan dapat kutip sebanyak RM8 juta sahaja.

Lainlah kalau ada syarikat yang beli tiket secara bulk (pakej) dan disedekahkan kepada orang-ramai suruh pergi menonton.

Marilah kita lihat SIAPA YANG KENA...

1 comment:

  1. Dah tengok 2 Alam jam 12.30 tengahari tadi (18.11.2010). Pada pandangan saya cerita tersebut sesuai ditonton oleh orang yang suka berfoya2 di kelab malam dan bekerja memuaskan nafsu orang. Bagi insan lain tak sesuai langsung.

    Untuk dapat kutip RM40 juta? tidak mungkin sebab tayangan pertama pada hari pertama tadi di panggung yang saya tonton bersama tadi, saya bilang hanya ada lebih kurang 40-50 orang. Harga tiket RM11, maka 50x11 = RM550/=

    ReplyDelete