Monday, November 8, 2010

Nasib Bahasa Kebangsaan di Gedung Beli Belah di One Utama atau The Garden

Salam

Sikap dan tabiat terhadap Bahasa Kebangsaan mendukacitakan.

"Perjuangan bahasa bukan perjuangan baru tetapi tidak akan pernah pudar. yang pudar ialah pelaksanaan dan penegasan dasarnya seolah-olah masih tidak menentu. Dimanakah silapnya?" itulah sebahagian cetusan gapena A.Aziz Deraman dalam Rencana Untusan Isnin 8 November 2010.

Baca artikel tersebut, saya teringat semasa saya berjalan di pusat beli belah One Utama dan The Garden baru-baru ini. Saya dapati bahasa Malaysia bukan bahasa utama. Bahasa utama ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Bahasa ketiga ialah bahasa Tamil. Bahasa ke empat baharulah bahasa Malaysia. Lihat sahaja di tiang-tiangnya tulisan apa yang ada di situ?. Sekiranya perkara ini tidak dipantau, lama-kelamaan bandar-bandar di Malaysia akan menjadi bandar-bandar di Hong Kong atau Shanghai bukan lagi Kuala Lumpur, Bukan lagiShah Alam, Bukan lagi Damansara. Sudahlah namanya nama barat, kandungannya pula banyak yang NON Halal.

Dulu saya pernah terbaca polisi bahawa papan tanda atau iklan tidak boleh bertulisan 100% bukan Bahasa Melayu (Malaysia). Ia mesti Utamakan Bahasa Malaysia dan barulah bahasa Inggeris. Lepas bahasa Inggeris baharulah bahasa Cina atau Tamil. Tetapi polisi tersebut seolah-olah dilupakan.

Pejuang-pejuang bahasa kebangsaan kenalah buat bising sikit dapat mengembalikan maruah Bahasa Malaysia di bumi Malaysia.

Wassalam

No comments:

Post a Comment