Monday, October 11, 2010

Sebarang Persidangan Berbentuk Kebangsaan Yang Dianjurkan di Malaysia SEBAIKNYA guna Bahasa Malaysia

Sebarang persidangan berbentuk ilmu dan pengetahuan yang bertaraf kebangsaan atau nasional saya cadangkan perlu disyaratkan menggunakan Bahasa Malaysia KECUALI ia dibentangkan oleh bukan warga Malaysia. Sebabnya ialah kebanyakan peserta yang hadir ialah warganegara Malaysia yang semuanya tahu Bahasa Malaysia. Saya kasihan tengok orang Melayu yang kebanyakan tahu Bahasa Inggeris tetapi sukar memahaminya seratus peratus hingga menusuk ke kalbu. Akibatnya ilmu yang disampaikan hanya sedikit yang terlekat di hati. Jika pembentang menggunakan Bahasa Malaysia, peserta sambil pejam mata pun boleh faham. MARTABATKAN BAHASA MALAYSIA sambil membantu orang Melayu supaya cepat dapat menimba berilmu.

Satu lagi faedahnya ialah kaedah ini dapat menarik lebih ramai lagi pembentang2 kertas kerja dari kalangan orang Melayu. Sekarang ini memang ada orang Melayu yang boleh bentang kertas kerja dalam bahasa Inggeris di persidangan terbuka TETAPI saya perhatikan bila ada persidangan hanya orang yang sama sahaja sebagai presenter.

Dengan tertulisnya pandangan ini, harap ada yang baca dan beri sokongan.

No comments:

Post a Comment