Saturday, October 30, 2010

Manusia Semakin Berani Mengutuk Manusia Lain

Bila saya search melalui google, saya dapati banyak perkataan-perkataan yang menyakitkan hati. Ada yang mengutuk para Nabi ada yang mengutuk Agama ada yang mengutuk orang-orang baik. Macam-macam perkataan buruk yang dilemparkan. Si Pengutuk tu pula jika diselidiki bukanlah orang kuat ugama pun. Bukan orang bersih pun. Jika dihitung2 si pengutuk itu bukanlah kelompok yang Pencipta Alam Semesta harus sukai perbuatannya.

Biar apa pun ugama anda.... anda hendaklah berkelakuan baik, tidak suka berbohong, tidak suka rasuah, tidak suka berjudi, tidak suka berzina, tidak suka ponteng kerja, tidak suka pergi night club, tidak suka mencuri dan tidak suka sebarang perkara negetif. Yaaa. Marilah kita cuba sedaya upaya membuat baik ssepanjang masa.

Jika anda resah gelisah dan berfikiran kusut, jangan hisap dadah, jangan pergi minum arak, jangan pergi night club. TETAPI pergilah ketempat ibadahmu.

Sebaik-baiknya carilah tempat ibadah yang paling Bersih iaitu "Green Tempat Ibadah".

No comments:

Post a Comment