Saturday, October 2, 2010

Cara Meningkatkan Penggunaan Smart Tag atau Touch 'N' Go di Plaza TOL

Semalam saya melalui lebuhraya PLUS dari Ipoh menuju ke Tol Jalan Duta. Iaitu kira-kira jam 5 petang. MasyaAllah Jem (kenderaan Queue sepanjang 2 km untuk membayar Tol. Kenderaan yang beratur panjang itu telah menyekat pengguna di lorong kanan yang hendak menggunakan Smart Tag atau pun Touch 'N' Go. Saya menggunakan Smart tag/touch 'N' Go. Semasa saya tiba di Plaza Tol, saya dapati 2 lorong smart tag dan 3 lorong touch n go lengang. satu lorong touch n go tambah nilai queue panjang juga. Lorong Tunai amat panjang queue nya.

What in my mind?.

Rakyat Malaysia ni masih sukakan amalan biasa dan susah betul nak berubah. Bukankah menggunakan touch n go atau smart tag itu lebih baik dari tunai bila keadaan seperti di atas.

Atau mungkin, orang bukan tak mahu guna kemudahan tersebut tetapi lorong tambah nilai sangat jarang ada plaza tol. Kalau orang beli di kiosk kena bayar 50 sen. nak beli RM100 atau lebih tak ada duit. Kalau beli RM10 kena bayar RM10.50. Kalau beli 10 kali (RM100) dan tambah kos RM5.00. Jadi bila kredit habis, mereka tak reload.

Saya cadangkan.

Pemilik lebuhraya mengimplementasikan TIADA TUNAI DI PLAZA TOL. Semua lorong adalah TOUCH N GO atau SMART TAG. Disamping itu perbanyakkan lorong tambah nilai. Minimum Tambah Nilai RM5.00 berbanding sekarang RM10. Jangan fikir orang sentiasa banyak duit.

Dalam masa awareness ni (misalnya 3 bulan, beri diskaun pembelian kad permulaan touch n go, Kad berharga RM5.00 di jual RM4.50. Kad berharga RM10 di jual RM9.00. Kad berharga RM100 di jual RM90.00. Ini supaya memberi keuntungan kepada pengguna kerana mereka ingin berubah.

Saya percaya pengguna akan berpuashati sebab:

1. Senang reload di dalam perjalanan.
2. lebih cepat di lorong tol kerana hanya touch n go.

Kadar reload juga (kalau boleh beri diskaun kepada yang reload RM50 atau lebih. Diskaunnya RM5.00 sebab untuk mengurangkan kekerapan penggunaan lorong tambah nilai.
Pembelian reload di luar pula iaitu di kiosk tetap dikenakan caj tambahan.

Sekian, fikir2lah pelaksanaannya.

2 comments:

  1. Salam. nak tanya. di mana saya boleh beli smartTAG ni?

    ReplyDelete
  2. maaf. tanya lagi. biasanya berapa harga smartTAG paling murah?

    ReplyDelete