Monday, July 5, 2010

Bangga dengan Keberanian Arja Lee

Saya terbaca Berita Harian Selasa 6 Julai 2010 halaman Nasional muka surat 13 mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri "Orang sudah membuat filem sejak beratus tahun, tak memerlukan kepada keadaan itu (berbogel) untuk memberikan pengajaran ..., (Tan sri) P Ramlee sudah banyak buat filem pun tak pernah buat"

Saya sangat menyokong arahan menteri berkenaan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak bertanggungjawab meneliti adegan bogel yang dilakonkan oleh seorang pelakon lelaki dalam sebuah filem tempatan.

------------------------
Akhbar tersebut juga mengatakan "dalam laporan sebuah akhbar kelmarin, seorang pelakon Arja Lee, 27 mengaku beliau berbogel dalam adegan filem bertajuk ... Dalam Botol yang mengisahkan mengenai seorang lelaki menukar jantina dengan melakukan pembedahan alat sulit.'

Kebetulan anak saya ada dan saya tanya anak saya, akhbar apa?. Beliau kata ada dalam Pancaindera Ahad 4 Julai 2010. Lalu beliau pun tunjuk pada saya. Saya kata pancaindera ini bagus juga menulis perkara macam tu sekurang-kurangnya ramai yang tahu. Tetapi bila saya tengok, rupanya pancaindera ini bersubahat juga sebab dia siarkan juga gambar bogel arja lee tersebut (walaupun kelabu tetapi gambar tersebut tetap gambar bogel). Apalah salahnya tulis sahaja tanpa sertakan gambar. ALQuran yang merupakan bahan peringatan dan pengajaran umpamanya sedikitpun tak ada gambar, tetapi boleh membentuk manusia jika manusia tersebut menghayati dan mengamalkannya.

Tahniah Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli (Laa melayu agaknya) dengan perlakuan dan pengakuan tersebut sekurang-kurangnya boleh menjadi ASAS KUKUH UNTUK MENGHARAMKAN TERUS FILEM TERSEBUT dan menggantung Arja Lee dari berlakun dan menghalang pengeluar filem tersebut bergiat aktif dalam bidang perfileman lagi.

daripada pemilihan tajuk lagi, filem ini menimbulkan kontroversi....masih tak serik-serik lagi.

SuperMind@MindaBistari mencadangkan supaya Filem tersebut dibatalkan.

2 comments:

  1. Hebat orang Melayu ni. Kita patut bangga kerana orang Melayu ada keberanian. Jadi bila ada yang mengatakan orang Melayu mundur, penakut silap besarlah orang tu. Tengoklah, berani mengaku bogel untuk menunjukkan betapa dia menghayati watak yang diberikan. Penerbitnya pun yang juga orang Melayu, bila dah kena komen, kena hentam mula nak sorok kepala. Cuba kalau ada yang memuji tentu dah menepuk dada.

    ReplyDelete
  2. Betul sdra/sdri Anonymous said (maaf ramai sangat orang bernama Anonymous said). Orang melayu memang hebat sebab dia Mandi di Sungai Besi atau Sungai Lembing. Makan pulak Pucuk Paku. Minum Air Jambu Batu. Hebat kan?

    ReplyDelete