Wednesday, July 14, 2010

Adakah Program Hiburan Lebih Bermanfaat Berbanding Program Agama masakini?

Kebimbangan yang perlu diperbualkan sekarang ialah bagaimana untuk menukar persepsi masyarakat yang kebanyakannya menganggap program hiburan seperti Konsert Solo Penyanyi luar negara lebih berfaedah berbanding menghadiri program-program agama anjuran masjid/surau atau persatuan penduduk berhampiran. Konsert2 hiburan yang tiketnya mencecah RM400 hingga RM1000 seorang boleh mengumpul seramai 10,000 peminat berbanding Program Israk Mikraj anjuran masjid/surau berhampiran yang percuma hanya dapat mengumpul 60 orang jemaah. Senario ini menunjukkan Program Hiburan lebih berfaedah dari Program Agama. Umum tahu bahawa masyarakat Malaysia cerdik2 belaka kerana kebanyakkan adalah graduan-graduan Universiti. Mereka tahu menilai buruk baiknya. Sebab itulah mereka memilih hiburan.

Di manakah silapnya, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Pertingkatkan mutu program agama & perbanyakan saluran penyampaian program-program pembentukan jiwa. Kurangkan promosi hiburan, kawal bilangan anugerah2 hiburan atau banyakkan anugerah2 insan berkualiti seperti Pemidato Terbaik, Pembaca Doa Terbaik, Penceramah Agama Terbaik, Qari dan Qariah terbaik di pelbagai peringkat, Bilal (Pengazan) terbaik, Imam terbaik, Keluarga Bahagia dan macam-macam lagi termasuk anugera pencipta produk baru keluaran Malaysia . Bukannya membanyakakan anugerah Juara Lagu, Bintang Radio, Mentor Menti (Lagu), Artis Lelaki terbaik, Mak Nyah tercantik dan macam-macam lagi yang rosak lagi merosakkan.

Maaf dah gerammmmm sangat. sebab pengaruh2 hiburan juga membuatkan saya juga terikut2 terutama yang ditonjolkan dalam TV. Nasib baik setakat ini boleh di kawal dengan berbekalkan petunjuk Allah. kadang2 tersasul juga.

No comments:

Post a Comment