Friday, June 11, 2010

AlQuran sebagai Polisi(Dasar)& Hadis Nabi sebagai Garis Panduan

Sesuatu produk telah ditetapkan polisinya supaya produk tersebut berfungsi dengan baik. Selepas polisi diwujudkan pemilik yang bertanggungjawab akan menyediakan garis panduan. Garis panduan ini ialah bagi memudahkan orang merujuk secara lebih jelas dan terperinci. Selepas garis panduan, (bergantung kepada kerumitan) dibuatnya metodologi atau kaedah dan seterusnya manual pengguna iaitu step by step proses bagi memastikan produk tersebut berfungsi dengan sempurna.

Misalnya kereta, polisi telah ditetapkan iaitu kereta mesti ada stering yang gunanya untuk memusingkan arah yang hendak dituju, tayar yang boleh bergolek untuk menggerakkan kereta, engine untuk menghidupkan mekanikal yang boleh menggerakkan skru-skru tertentu dan sebagainya. Engine contohnya, panduan yang diberi ialah kena servis selepas 5,000 km bagi kereta jenis tertentu dan 10,000 km bagi kereta jenis lain. Bagi membolehkan tayar bergolek pula, garis panduan dibuat seperti tayar mestilah bulat dan dibuat daripada getah bagi kereta persendirian dan menggunakan besi bagi streamroll. Kemudian Manual perlu disediakan bagi memberitahu bagaimana untuk memandu kereta.

Sekiranya polisi, garis panduan dan manual tidak dipatuhi maka kereta tersebut akan cepat rosak, malfunction, dan tak berfungsi sebagai fungsi kereta.

Begitu juga dengan manusia. Allah Yang Maha Kuasa yang menciptakan manusia telah menyediakan AlQuran sebagai Polisi(Dasar), Hadis Nabi sebagai Garis Panduan. Manual pula ditulis oleh alim ulamak sebagai manual berpandukan AlQuran dan hadis. Oleh sebab manusia tidak mengikut Polisi dan garispanduan yang telah ditetapkan Allah inilah yang menjadi punca MANUSIA banyak yang rosak hari ini.

Oleh itu semua manusia perlu memainkan peranan masing-masing supaya kita hidup mematuhi (comply) ALQuran dan Hadis. Dengar dan Taat. Jangan cuba nak ubah polisi tersebut.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment