Saturday, June 26, 2010

Menyediakan Kemudahan Untuk Keselesaan Pelanggan

Sesebuah agensi atau sesiapa sahaja yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan perlu mencari dan melaksanakan idea-idea baru untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. Di klinik misalnya, pelanggan-pelanggan adalah terdiri daripada orang yang sakit. Orang yang sakit ini perlukan tempat duduk yang selesa. Oleh itu klinik perlu menyediakan tempat duduk yang selesa. Sekarang ini teknologi paparan maklumat sudah moden, maka adalah baiknya setiap klinik memaparkan maklumat interaktif melalui skrin LCD atau TV. Sediakan bilik yang mempunyai katil yang boleh disewa mengikut jam misalnya (ini kemudahan bagi yang berkemampuan). Kemudahan surau dan toilet juga perlu selesa.

Di pejabat kerajaan pula, mana-mana pejabat pun mesti sediakan ruang menunggu untuk pelawat. Sediakan pamplet2 yang memberi maklumat kepada pelanggan. Pelawat tidak boleh sewenang-wenangnya berkeliaran dalam pejabat tanpa diiringi oleh staf pejabat. Mesti wujudkan mekanisme untuk kemasukkan pelawat atau vendor. Dan macam-macam lagi yang perlu difikirkan.

Di rumah persendirian juga mesti sediakan ruang tamu. Supaya bila tetamu datang ke rumah, mereka tahu di mana sepatutnya mereka duduk.

Selamat menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelanggan masing-masing.

No comments:

Post a Comment