Wednesday, June 30, 2010

Bila Dah Sakit Sangat Baru Nak Buat Pemeriksaan Kesihatan

Kira2 jam 12 tengahari kami sekeluarga dalam perjalanan ke Segambut untuk menghadiri kenduri kahwin staf Perpustakaan Negara malaysia. Setibanya saya di Sentul, saya yang sedang memandu kereta terasa sakit perut yang amat sangat. Isteri saya mencadangkan saya singgah k eklinik berdekatan, saya dah tak larat memandu kereta maka saya pun bertukar pemandu. Isteri saya mengambil alih memandu dan terus menghantar saya ke Klinik di jalan Ipoh. Isteri dan anak-anak saya meneruskan perjalanan ke tempat kenduri dengan mengingatkan saya "Jika ada apa2 hal jangan lupa SMS tau".

Di Klinik tersebut saya mendaftar, mujurlah hanya seorang pesakit sebelum saya. kalau tidak tentu lama kena tunggu. Semasa saya menunggu giliran saya, saya rasa sakit berterusan dan saya ke tandas sebab macam nak buang air tapi tak keluarpun. Sakit saya tu bukan sakit perut biasa sebab biasanya saya sangat mudah menunaikan tanggungjawab tersebut. saya keluar toilet dan ke hulu ke hilir tahan sakit. Mujurlah tiba giliran saya cepat. Doktor panggil saya, saya jumpa doktor (lupa lak namanya)dan beliau memeriksa saya dan memaklumkan perut saya sebelah kiri banyak angin. Dan beliau akan beri ubat buang angin dan katanya jika kesakitan berulang walaupun dah makan ubat buang angin maka ada kemungkinan ada batu karang. Bila batu karang bergerak, ia akan sakit. Bila batu tersebut tak bergerak maka perut tak sakit. Sementara nak menunggu isteri datang (selepas kenduri) maka saya terfikir kalau ada katil untuk saya baring elok juga. Untuk itu kalau kena bayar pun tak apa asal saya boleh baring. Saya tanya doktor ada katil yang boleh sewa ikut jam tak sebab saya nak baring sementara menunggu isteri datang ambil sebab isteri saya pergi kenduri dan mungkin jam 3 baru balik. waktu semasa baru jam 1.00 ptg. Saya pun dibawa oleh misi ke katil sementara dan diberi makan ubat sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh doktor sebentar tadi.

Di atas katil tersebut saya dapatlah berehat (kononnya). Untuk makluman di katil tersebut saya bukan berehat tetapi berperang dengan kesakitan. Disitu serba tak kena untuk hilangkan sakit. saya meniarap, saya menonggeng, saya berbaring, saya duduk dan macam2 posing saya buat. Selang kira-kira sejam kemudian saya muntah2 (mujur ada sinky yang terletak hampir katil berkenaan). Agaknya mendengar bising, misi pun datang membawa air suam dan tisu.

Sebelum itu saya ada tanya misi, katil macam ini bayaran kira macam mana?. Beliau kata RM10 sejam. Baguslah saya kata sebab ada kemudahan bagi pesakit yang tak larat macam saya. cajnya pun tidaklah mahal. Selepas saya muntah, kesakitan sudah berkurangan. Tidak lagi sakit seperti sebelum muntah. Dalam hati saya memang anginlah tu. Kira2 setengah jam kemudian isteri saya sampai untuk membawa saya pulang. Kos yang terlibat termasuk sewa katil ialah RM61/= OK tu (ubat angin 2 jenis, ubat tahan sakit 1 jenis). Sepanjang Sabtu Ahad saya masih rasa sakit sekali sekala. sakit dan hilang. selang 2-3 jam.

Hari Isnin hari kerja seperti biasa saya solat di surau dalam keadaan sihat wal'afiat tidak sakit. Selepas solat saya mengenakan baju kerja untuk ke tempat kerja. Perut saya rasa senak2. Saya maklumkan kepada isteri dan anak saya terasa senak perut. Anak saya pesan sampai Putrajaya nanti jangan lupa pergi ke klinik putrajaya ayah!. Saya memang nekad nak pergi ke klinik putrajaya sebab bimbang ingatan doktor yang memberitahu jika sakit berulang kemungkinan ada batu karang.

Tetapi belum sampai putrajkaya, di jalan pahang saya rasa sakit perut yang teramat sangat sama seperti hari sabtu lalu dan saya terus pandu kereta ke Hospital yang ada di Jalan Tun Razak. saya daftar di unit Kecemasan. Doktor yang bertugas memeriksa saya dan mengambil sampel air kecing. Dia dapati didalamnya ada titisan darah yang tidak nampak oleh mata kasar. Lebih dari 100 molekul darah. maknanya ada something inside saluran. Dia kata mungkin batu karang. Doktor tersebut nasihatkan supaya buat ultra sound. Kata saya kenapa tak extray. Katanya Xtray tak akan nampak batu karang kecuali dah besar sangat. saya setuju buat ultrasound. maka saya pun buat ultrasound. Doktor imej memaklumkan bahawa tiada nampak batu karang kecuali saluran dekat buah pinggang kira bengkak dan ada satu titik putih yang tidak pasti apa dia. Katanya mungkin itu batu karang kecil.

saya tak puashati sebab doktor kata kemungkinan. maknanya tak pasti. saya kata macam mana kalau saya hendak tau betul2 dengan pasti?. Doktor kata kena buat CT Scan. saya tanya buat CT Scan mahal ke sebab saya tiada insuran. Ini kena bayar sendiri. Dokror kata dalam RM400. Ultrasound saja dah RM200 katanya. saya congak2 tak sampai RM1000 dan diakui katanya tak sampai.

Saya setuju buat CT Scan sebab dalam fikiran saya kenapa tidak sanggup sedangkan buat service kereta pun pernah sampai RM5000. Ini service diri sendiri. Tak kan tak sanggup?. mana priority kita?

YA.... SEMUA ORANG SANGGUP BELI INSURAN KERETA TAPI JARANG SANGGUP BELI INSURAN KESIHATAN DIRI. MARILAH KITA TUKAR PRIORITY KITA. BELILAH INSURAN KESIHATAN

SuperMind@MindaBistari nasihatkan supaya Semua Orang Membeli Insuran Kesihatan mulai sekarang.

2 comments:

  1. cammana nak beli insurans kesihatan?

    ReplyDelete
  2. Beli dengan syarikat insuranlah. Etiqa ada/Takaful Islam ada.

    ReplyDelete