Tuesday, June 22, 2010

Anugerah Negara perlu merangkumi semua bidang

Saya berpendapat sesiapa yang terlibat dalam menentukan anugerah di peringkat negara supaya mengkaji dan mencari individu2 atau syarikat atau pertubuhan atau seumpamanya yang telah banyak berjasa dan menaikkan nama negara. Kadang-kadang sumbangan mereka tidak dihargai walaupun telah dikenali di peringkat global. Anugerah yang biasa kita dengar ialah anugerah kepada artis, ahli sukan, pendaki gunung dan sebagainya. Sedangkan bidang lain yang lebih menyumbang kepada pendapatan negara atau nama negara tidak dihiraukan dan tidak dipandang langsung. Saya teringat kepada masalah sistem komputer di KLIA pada masa nak mula dulu. Syarikat antarabangsa tak boleh selesaikan dan dengar kata syarikat tempatan dapat menyelesaikan masalah. Selepas itu syarikat tersebut terkenal di seluruh dunia. Difahamkan lebih dari 15 airport telah menggunakan khidmat warga tempatan ini. maknanya syarikat atau individu ini pastinya penyumbang kepada nama negara dan ekonomi negara (kerana mendapat wang dan dibawa pulang ke tanahair). Individu/syarikat berkenaan patut diberi anugerah di peringkat negara. Itu sebagai contoh sahaja.

Misalan yang saya berikan hanyalah untuk membuka minda Pemberi Anugerah supaya lebih perihatin untuk memajukan kesemua bidang.

No comments:

Post a Comment