Saturday, April 10, 2010

Pancaindera dah mula kembali kepangkal Jalan

Minggu ini (11 April 2010) Pancaindera Mingguan Malaysia sudah tidak banyak lagi gambar seksi kecuali gambar Erin Res'2. Buat apa letak 2 gambar semasa Erin buat pesembahan tarian gelek tu. Jika 2 gambar itu tak ada, maka saya dah luluskan Pancaindera dalam penilaian saya.

Oklah.....

Di sini saya ingin pesan kepada semua manusia tak kiralah artis ke pekerja pejabat ke ATAU sesiapa sahaja yang masih bernyawa supaya dapat mencari rezeki yang baik-baik. Mempamirkan aurat untuk menagih rezeki Allah merupakan cara yang tidak betul. Lebih baik awak kutip kotak,kertas terpakai, botol atau besi buruk. Itu lebih mulia dari dedah tubuh.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment