Thursday, April 22, 2010

Kerajaan tidak perlu sediakan kemudahan komputer untuk penjawat awam

Komputer peribadi menjadi satu keperluan bagi kakitangan kerajaan. bagaimanapun ia merupakan bebanan kepada kerajaan kerana kos yang tinggi. ia juga merupakan bebanan kepada kakitangan kerajaan kerana terpaksa menjaga aset tersebut dari kehilangan. Kehilangan aset oleh kakitangan kerajaan boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib.Bagi mengatasi risiko kepada dua belah pihak, saya mencadangkan supaya kerajaan memberi pinjaman tanpa faedah untuk membolehkan kakitangan kerajaan memiliki komputer sendiri dan komputer tersebut digunakan untuk kegunaan pejabat atau kegunaan sendiri. harga komputer tersebut pula diberikan diskaun yang tinggi.

Sekiranya cadangan ini diterima, saya percaya semua kakitangan kerajaan akan mempunyai komputer, tidak seperti sekarang hanya segelintir kakitangan sahaja yang diberikan kemudahan komputer. Jika komputer hilang, kakitangan tersebut tidaklah dikenakan tindakan tatatertib sebab komputernya sendiri bukan kerajaan punya.

Harap pihak kerajaan yang membuat dasar ambil pandangan saya dengan serius.

2 comments: