Wednesday, March 24, 2010

Coretan dari Facebook

AJK Surau/Masjid perlu ada pelbagai peringkat iaitu terdiri daripada 'pesara', 'melayu', ,'cina muslim', 'india muslim', remaja dan kanak2. Ini supaya masing-masing dapat menarik angkatannya.
------
Bagi mengelakkan anda buang bayi, buanglah sifat buruk yang ada pada anda. Dampingilah AlQuran dan AlHadis. Berkawanlah dengan orang yang baik budi pekertinya. Ingatlah, perbuatan yang keji akan diindahkah oleh Syaitan menyebabkan anda seronok melakukan perbuatan keji tersebut. Jika IMAN tidak kuat di DADA nescaya akan tewaslah anda. so kuatkan iman.
-------
Saya ingin cadangkan supaya Jabatan Keselamatan Jalanraya perkenalkan tanda Zon Kelajuan misalnya catkan warna hijau di benteng/penghadang jalan bagi kelajuan 60, warna kuning bagi kelajuan 70, warna oren bagi kelajuan 80 dan seterusnya supaya pemandu tidak teragak-agak. Teragak2 boleh menyebabkan kemalangan.

No comments:

Post a Comment