Saturday, February 13, 2010

Bantuan Polis Trafik dipersimpangan Jalan Perlu di Musim Perayaan

Sepanjang perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke Melor, Kota Bharu, Kelantan pada 13 Februari 2010. Saya bertolak dari Kuala Lumpur jam 8.30 pagi dan tiba di Melor, Kota Bharu Kelantan jam 6.30 petang iaitu kira-kira 10 jam perjalanan. Saya dapati jalan sesak di beberapa tempat tetapi sebenarnya tempat-tempat yang sesak itu boleh diatasi jika ada bantuan dari polis trafik.

Sesak 1 iaitu di Plaza Tol Gombak. Kesesakan ini berlaku di lorong Touch 'N' Go dan Smart Tag. Di lorong tunai tidak pula sesak (masa tu jam 8.45 pagi). Agaknya terlalu ramai pemandu yang menggunakan kemudahan Touch 'N' Go dan Smart Tag di musim perayaan. Kesesakan berlaku kerana lorong tersebut hanya ada 3 lorong. Kesesakan berlaku sebab dari 6 lorong nak tuju 3 lorong maka berebut2lah.

Sesak 2. Persimpangan nak masuk ke Bandar Bentong. Tol Bentong Tidak Jem. Selepas Tol Bentong biasanya untuk ke Bandar Bentong kami masuk kekiri tetapi semasa saya lalu itu Polis Trafik Tutup Jalan itu (ini sudah abnormal) tetapi dalam hati saya mungkin Polis dah ambil kira supaya semua pemandu diarah untuk mengikut satu jalan sahaja iaitu mengikut persimpangan lagi satu untuk ke Bandar Bentong. Maka kami pemandu-pemandu yang dikira awal terpaksa mengikut apa yang diarah. Rupa2nya selepas pemandu-pemandu terawal ini mengikut persimpangan kedua, laluan yang ditutup tersebut dibuka semula. Orang yang mengikut laluan yang ditutup itu akan lebih beruntung sebab ia lebih dekat dan lebih mudah sebab ia laluan tanpa trafik light (susur kiri). Kami yang ikut arahan pertama (sebab semasa kami lalu ia ditutup) terpaksa bersesak selama 1 jam setengah untuk tiba ke persimpangan trafik light sebelum bandar Bentong. Apa yang nak saya maklum disini ialah kalau nak tutup jalan tu biarlah tutup terus. Jangan kejap tutup kejap buka. Yang teraniaya ialah orang2 tertentu. Keadaan demikian saya rasa tidak adil.

Sesak 3 - Di Persimpangan Kuala Krai. Sebelum simpang Kuala Krai, jalan raya di situ kadang-kadang satu lorong, kadang-kadang 2 lorong. Bila hampir di persimpangan lampu isyarat hanya satu lorong. Pemandu yang jujur atau yang tahu hanya satu lorong didepan hanya membuat satu barisan sahaja supaya masing-masing ikut giliran walaupun dijalan dua lorong. Tetapi ada pemandu bila nampak lorong kiri kosong mereka pun masuk. Bila seorang masuk maka yang lain pun masuk, Maka kedua-dua lorong penuh. Bila ada pergerakan sudah pasti lorong ditepi yang akan mudah memasuki lorong yang satu didepan. Maka kenderaan yang telah berbaris dilorong kanan terpaksa mengalah. Maka orang jujur dan ikut peraturan kecundang lagi. Sepatutnya ada polis trafik yang kawal keadaan ini.
Di trafik light itu pun tiada polis yang membuat kawalan (waktu itu jam 3.30 petang.

Sesak 4 - Di persimpangan Melor. Simpang tersebut betul-betul di depan Balai Polis TETAPI tiada polis yang mengawal lalu lintas. Kenderaan hanya perlu patuh TrafiC Light. Kenderaan dari arah Kuala Krai banyak sedang dari arah bertentangan tidak. Bila keadaan ini berlaku sepatutnya trafik light tak boleh digunakan. Ia perlu pengawasan polis supaya boleh melepas kenderaan bersesuaian dengan bilangannya.

PENGAWASAN POLIS AMAT PENTING DI PERSIMPANGAN JALAN SEMASA MUSIM PERAYAAN. JANGAN HANYA MELIHAT UNTUK MENYAMAN PEMANDU TETAPI HENDAKLAH MELIHAT UNTUK MEMBANTU MENGURANGKAN KESESAKAN.

Pemandu 'Tension' Penyebab Kemalangan.

"PENGAWASAN DIDAHULUKAN. KESELESAAN PEMANDU DIUTAMAKAN"

No comments:

Post a Comment