Saturday, February 27, 2010

ISLAM ADALAH AGAMA YANG BERSIH DAN SEMPURNA

Artikel ini ditujukan kepada orang-orang yang masih tercari-cari agama apa yang akan diikuti (orang yang masih tiada agama). Buatlah kajian sendiri, baik dari segi cara ibadat, rumah ibadat hingga kepada peraturan hidup yang ditetapkan. Anda akan dapati ISLAM ADALAH AGAMA YANG BERSIH DAN SEMPURNA. Oleh itu dekatkanlah diri anda dengan ISLAM.

Daripada anda tercari-cari ketenangan di Kelab Malam dengan arak dan asap rokok lebih baik anda mendekati orang-orang yang dekat dengan PENCIPTA manusia. Di situ lebih tenang yang menyenangkan (dengan Izin Allah).

Intipati dalam minda seorang wanita ialah cemburu

Perjalanan Jemaah Haji Bersama Nabi s.a.w.

Dalam perjalanan para jemaah itu telah berlakulah satu insiden kecil, bagi memperlihatkan agar para jemaah bersabar dari merasa kemarahan semasa mengerjakan umrah atau haji. Unta Safiyyah, isteri Nabi s.a.w. ketika itu yang sarat dengan barangan agak lambat, tidak mengikut jarak bersama-sama dengan para jemaah yang lainnya walaupun pemandunya cuba sedaya upaya mempercepatkan perjalanan unta tersebut. Unta Saidatina Aisyah pula agak laju kerana kurang barangan yang dibawanya.

Apabila Nabi s.a.w. melihatkan hal itu baginda s.a.w. telah meminta agar di antara barangan Safiyyah iti diletakkan bersama barang-barang di atas unta Saidatina Aisyah. Ini menyebabkan Saidatina Aisyah merasa kurang senang dan hilang sabar lalu berkata" "Buatlah apa yang kau suka Ya Nabi (sa.a.w.). Kenapa tidak lakukan seadilnya?". Apabila Saidina Abu bakar r.a. mendengar puterinya itu berkata sedemikian, tanpa berfikir panjang telah menampar anaknya, sambil berkata kepada Nabi s.a.w.: "Tidakkah tuan dengar apa katanya?"

"Ya," Jawab baginda, "tetapi seharusnya dia diberikan kemaafan. Intipati dalam minda seorang wanita ialah cemburu, dan apabila cemburu telah mengatasi beliau, dia tidak dapat lagi melihat ke arah manakah mengalirnya arus wadi!"

.....Petikan dari Buku LAHIRNYA CAHAYA KEBENARAN Sejarah Hidup Nabi Muhammad s.a.w. Keluaran AL-HIDAYAH Cetakan Pertama 2009

Friday, February 26, 2010

TAHNIAH KEPADA LEPASAN STPM

Saya mengucapkan tahniah kepada lepasan STPM yang telah lulus. Kepada yang tidak lulus anda bolehlah mengulanginya atau buat bisness kecil-kecilan. Sebenarnya untuk berjaya menjadi jutawan tidak semestinya ada ijazah. Ilmu STPM pun dah cukup matang. Janji anda ada semangat untuk maju. Jangan putus asa bangun dan berjuanglah mencari kurnia Allah.

Semoga Tuan Puan Maju dalam apa jua bidang yang diceburi asalkan bidang tersebut tidak melanggar batas-batas agama.

Wednesday, February 24, 2010

Setiap Keputusan Ada Yang Tidak Berpuashati

Telah menjadi kelaziman bahawa setiap keputusan pasti ada pihak yang tidak berpuashati. Contohnya dalam paper semalam ada yang mempertikaikan kumpulan MAMU dalam gelanggan raja lawak yang sepatutnya tersingkir mengikut undian penonton tetapi tidak disingkirkan. Dalam hati saya pula jika MAMU tersingkir pasti ada yang tidak berpuashati sebab sesetengah penonton akan menyatakan kumpulan MAMU lebih baik dari 2 pelawak single tu, kenapa dia disingkir?

Ya betul buatlah keputusan yang terbaik. Biarkan jika ada yang tak berpuashati. Asal keputusan yang kita buat itulah yang terbaik mengikut penilaian kita.

Monday, February 22, 2010

Maklumat Yang Sebenar

"Maklumat yang sebenar adalah terkandung di dalam Kitab Allah."

"Perkataan yang terpenting untuk dipegang ialah patuh kepada ajaran agama."

"Ucapan yang terpuji ialah kata-kata yang mendekatkan diri kepada Allah."

"Ayat-ayat terbaik ialah dari al_Quran"


Sumber : Lahirnya CAHAYA Kebenaran (Sejarah Hidup Nabi Muhammad s.a.w.)--- Keluaran Al-Hidayah.

Saturday, February 20, 2010

Gejala Seks dan Buang Bayi

Setiap hari kita didedahkan dengan berita2 bersangkutan dengan seks. Ditangkap khalwat, dicekup ketika bersama pelacur, sumbang mahram. dirogol bapa kandung, bayi ditemui di tempat buang sampah, isteri curang bersekedudukan dengan lelaki bangla, pesta seks dengan 9 warga asing dan macam-macam lagi berita yang menyedihkan kita.

Peristiwa2 ini perlu dtangani secara bijaksana dan serius oleh semua pihak terutama yang telah diberi kuasa. Walaupun kes2 yang didedahkan di dada2 akhbar dan corong2 radio melibatkan banyak melibatkan orang Islam tetapi sebenarnya ia melibatkan juga orang bukan Islam dan pengaruh orang bukan Islam. Contohnya pelacur2 kebanyakan orang bukan Islam, pasangan2 gadis yang bersekedudukan ada di antaranya bukan Islam. Perogol juga ada yang bukan Islam. Yang mejual video seks atau pengeluar juga bukan Islam.

Gejala seks yang semakin parah ini perlu diselidiki dan dianalisis bagi mendapatkan root cause (punca sebenar) dan merangka strategi penyelesaian yang konkrit. Harapan saya pihak kerajaan perlu menubuhkan satu pasukan kerja atau jawatankuasa yang dianggotai oleh semua pihak bagi mencari penyelesaian yang terbaik. Gejala Seks ini hendaknya tidak berlaku lagi menjelang 2020.

Berikut adalah pandangan peribadi saya di antara faktor2 yang menyumbang kepada pertambahan gejala2 seks di Malaysia.

1. Tahap kepatuhan rakyat Malaysia kepada tuntutan agama amat rendah.
2. Sumber rangsangan Seks amat banyak diluar sana. Contonya: Video Seks mudah di perolehi (melalui internet, jualan meja ke meja, melalui e-mel, melalui sms), Majalah menyiarkan gambar memberahikan, Majalah menceritakan hal-hal seks yang boleh menaikkan nafsu, pakaian yang menampakkan paha dan dada wanita, iklan-iklan ubat kuat lelaki, gambar iklan yang memberahikan, artis seksi menjadi icon remaja) dan macam2 lagi.
3. Pengacara TV Islam yang skirt, seluar pendek dan mendedahkan alor payudara yang ditonton oleh jutaan rakyat terutama dalam rancangan hiburan.
4. Denda yang dikenakan ke atas pesalah amat ringan.
5. Sikap Liberal dan Hak-Asasi Manusia yang diperjuang sesetengah pihak

Perkara yang boleh di buat segera:

1. Tingkatkan pendidikan agama di peringkat sekolah rendah dan menengah.
2. Tapisan Internet di peringkat ISP iaitu gateway Internet ke Malaysia iaitu tidak membenarkan gambar atau sex video stream memasuki Malaysia.
3. Menguatkuasakan tapisan filem dan drama TV
4. Setiap penerbitan mesti mendapat kelulusan Kementerian dalam Negeri
5. Adakan etika berpakaian rakyat Malaysia di tempat2 tertentu. Contoh: Di Shopping Complex "Tidak di benarkan wanita memakai Skirt (yang menampakan paha) atau berseluar pendek"
6. Menguatkuasa undang-undang Islam atau menjadikan hukuman secara Islam sebagai Undang2 Sivil Malaysia.
7. Pejuang hak2 asasi manusia perlu berfikiran waras

Thursday, February 18, 2010

Elakkan Bersalam Dengan Bukan Mahram

Radio IKIM.fm sering memperdengarkan Hadis berikut:
Dari Jabir b Abdullah berkata, Rasulullah SAW bersabda :-
"Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, Allah akan mencukupkan baginya segala keperluannya; namun barangsiapa yang mencari marah Allah dengan redha manusia, maka Allah akan menyerahkan untung nasibnya kepada manusia.."


Saya perhatikan ramai wanita (atau lelaki) bersalam dengan lelaki (atau wanita) yang bukan mahramnya disebabkan takut pihak yang menghulur tangan berkecil hati.

Jika diteliti hadis di atas, perbuatan bersalam dengan bukan mahram adalah tidak disukai oleh Allah. Oleh itu eloklah kita jangan buat lagi. Biarlah manusia marah asal Allah tidak marah kepada kita. Harapkanlah Redha Allah.

Tuesday, February 16, 2010

Suhu Enjin Kereta Panas Apabila Jem

Saya baru pulang dari Kampung dan melalui Tol Bentong. Saya belum pernah terlibat dalam kesesakan seperti petang tadi (Jam 6.00 petang). Sebelum Tol Bentong (dari Kuantan ke KL) dah berkilometer Jem. Lepas Tol pulak Jem hampir tak bergerak. Saya tidak berhenti tetapi bergeraklah sikit-sikit. Saya dapati banyak kereta yang tersadai di tepi jalan. Kesihan saya tengok. tapi apakan daya tak boleh nak tolong pun.

Saya ingin pesan kepada pemilik2 kereta supaya periksa kereta bila nak buat perjalanan jauh terutamanya Air dalam tangki. Jangan berkurang. Servis kereta perlu ikut skedul yang disyorkan.
Senggara kenderaan anda supaya ia relevan walau ketika Jem. Dari tol bentong ke KL perjalanan saya ialah 2 jam. Dalam keadaan biasa hanya 30 minit.

Monday, February 15, 2010

Personaliti TV dan Artis (Beragama Islam) Yang Berskirt dan Berseluar Pendek Tak Patut dijadikan ICON

Terus terang saya katakan bahawa Personaliti TV atau Artis yang sanggup berseluar pendek ataupun memakai skirt tidak patut dijadikan ICON atau CONTOH atau IDOLA. Sebabnya, mereka sendiri pun perlu ditarbiah dan diberi tunjuk ajar. Pengusaha TV & pengiklan perlu kurangkan penglibatan golongan ini sekiranya pengusaha TV/pengiklan sayangkan kesucian Islam. Jika tidak sayang kepada Islam, ambillah ramai2 golongan tersebut.

Sunday, February 14, 2010

Sekat Iklan Judi Di Akhbar Harian

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa kerana menghalang iklan rokok dan iklan arak di akhbar-akhbar tempatan. Walau bagaimana pun pada masa ini IKLAN JUDI seperti keputusan Empat Nombor dan seumpamannya secara SMS terlalu banyak di akhbar-akhbar harian. Saya berharap iklan (yang menggalakkan) arak, judi,berhala dan bertenun nasib diharamkan disiar dalam akhbar harian mulai sekarang.

Membaca Naskah AlQuran Ketika Mengimamkan Solat

Saya dapati pada masa ini ada imam yang membuka kitab AlQuran Besar dan membacanya semasa mengimamkan solat fardu 5 waktu. Sebelum ini saya lihat keadaan tersebut semasa solat sunat (tarawih). Semasa sunat tarawih tu saya tak terdetik nak persoalkan sebab itu solat sunat. Tapi bila amalan ini berjangkit ke Solat Fardu maka saya terdetik untuk mengetahui lanjut. Saya tulis di blog saya ini supaya ada usaha untuk insan yang berilmu diluar sana untuk mengupas isu ini.

Saturday, February 13, 2010

Bantuan Polis Trafik dipersimpangan Jalan Perlu di Musim Perayaan

Sepanjang perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke Melor, Kota Bharu, Kelantan pada 13 Februari 2010. Saya bertolak dari Kuala Lumpur jam 8.30 pagi dan tiba di Melor, Kota Bharu Kelantan jam 6.30 petang iaitu kira-kira 10 jam perjalanan. Saya dapati jalan sesak di beberapa tempat tetapi sebenarnya tempat-tempat yang sesak itu boleh diatasi jika ada bantuan dari polis trafik.

Sesak 1 iaitu di Plaza Tol Gombak. Kesesakan ini berlaku di lorong Touch 'N' Go dan Smart Tag. Di lorong tunai tidak pula sesak (masa tu jam 8.45 pagi). Agaknya terlalu ramai pemandu yang menggunakan kemudahan Touch 'N' Go dan Smart Tag di musim perayaan. Kesesakan berlaku kerana lorong tersebut hanya ada 3 lorong. Kesesakan berlaku sebab dari 6 lorong nak tuju 3 lorong maka berebut2lah.

Sesak 2. Persimpangan nak masuk ke Bandar Bentong. Tol Bentong Tidak Jem. Selepas Tol Bentong biasanya untuk ke Bandar Bentong kami masuk kekiri tetapi semasa saya lalu itu Polis Trafik Tutup Jalan itu (ini sudah abnormal) tetapi dalam hati saya mungkin Polis dah ambil kira supaya semua pemandu diarah untuk mengikut satu jalan sahaja iaitu mengikut persimpangan lagi satu untuk ke Bandar Bentong. Maka kami pemandu-pemandu yang dikira awal terpaksa mengikut apa yang diarah. Rupa2nya selepas pemandu-pemandu terawal ini mengikut persimpangan kedua, laluan yang ditutup tersebut dibuka semula. Orang yang mengikut laluan yang ditutup itu akan lebih beruntung sebab ia lebih dekat dan lebih mudah sebab ia laluan tanpa trafik light (susur kiri). Kami yang ikut arahan pertama (sebab semasa kami lalu ia ditutup) terpaksa bersesak selama 1 jam setengah untuk tiba ke persimpangan trafik light sebelum bandar Bentong. Apa yang nak saya maklum disini ialah kalau nak tutup jalan tu biarlah tutup terus. Jangan kejap tutup kejap buka. Yang teraniaya ialah orang2 tertentu. Keadaan demikian saya rasa tidak adil.

Sesak 3 - Di Persimpangan Kuala Krai. Sebelum simpang Kuala Krai, jalan raya di situ kadang-kadang satu lorong, kadang-kadang 2 lorong. Bila hampir di persimpangan lampu isyarat hanya satu lorong. Pemandu yang jujur atau yang tahu hanya satu lorong didepan hanya membuat satu barisan sahaja supaya masing-masing ikut giliran walaupun dijalan dua lorong. Tetapi ada pemandu bila nampak lorong kiri kosong mereka pun masuk. Bila seorang masuk maka yang lain pun masuk, Maka kedua-dua lorong penuh. Bila ada pergerakan sudah pasti lorong ditepi yang akan mudah memasuki lorong yang satu didepan. Maka kenderaan yang telah berbaris dilorong kanan terpaksa mengalah. Maka orang jujur dan ikut peraturan kecundang lagi. Sepatutnya ada polis trafik yang kawal keadaan ini.
Di trafik light itu pun tiada polis yang membuat kawalan (waktu itu jam 3.30 petang.

Sesak 4 - Di persimpangan Melor. Simpang tersebut betul-betul di depan Balai Polis TETAPI tiada polis yang mengawal lalu lintas. Kenderaan hanya perlu patuh TrafiC Light. Kenderaan dari arah Kuala Krai banyak sedang dari arah bertentangan tidak. Bila keadaan ini berlaku sepatutnya trafik light tak boleh digunakan. Ia perlu pengawasan polis supaya boleh melepas kenderaan bersesuaian dengan bilangannya.

PENGAWASAN POLIS AMAT PENTING DI PERSIMPANGAN JALAN SEMASA MUSIM PERAYAAN. JANGAN HANYA MELIHAT UNTUK MENYAMAN PEMANDU TETAPI HENDAKLAH MELIHAT UNTUK MEMBANTU MENGURANGKAN KESESAKAN.

Pemandu 'Tension' Penyebab Kemalangan.

"PENGAWASAN DIDAHULUKAN. KESELESAAN PEMANDU DIUTAMAKAN"

Friday, February 12, 2010

PETUA BAGI MENGELAKKAN ANDA MEMBUANG BAYI

Jangan melakukan perkara berikut:

1. Ikutlah ajaran Islam dengan sempurna.
2. Tutuplah aurat anda.
3. Elakkan melihat perkara-perkara yang boleh merangsang nafsu.
4. Elakkan membaca artikel-artikel atau novel-novel yang berunsur tidak sihat.
5. Dengarlah Radio IKIM.fm
6. Tengoklah TV Astro OASIS
7. Jangan melakukan zina.
8. Jika anda telah diperkosa, cepat2 report polis & buat pemeriksaan doktor bagi mengelakkan kehamilan.
9. Usahalah supaya jadi orang yang baik-baik
10. Mohonlah pertolongan Allah supaya dilindungi dari hasutan Iblis dan Syaitan.

Amin

90 Peratus Kekayaan Datang Dari Perniagaan

Kepada Siswazah-siswazah yang masih tidak mempunyai pekerjaan (makan gaji) elok lupakan sahaja mencari pekerjaan makan gaji tu. Baik anda semua tumpukan bidang perniagaan. Bidang perniagaan ini sangat luas. Banyak lagi bidang (jenis) perniagaan yang belum diterokai oleh manusia. Baik niaga kecil maupun niaga besar. Sekarang ni zaman IT & internet. Manfaatkan kemudahan internet untuk perniagaan.

Dengan menceburkan diri di dalam perniagaan anda akan memperoleh rezeki yang tidak disangka2 sekiranya anda menjalankan perniagaan dengan jujur. Disamping itu secara tidak langsung anda telah juga menyediakan peluang kerja kepada orang lain (jika anda mempunyai pekerja) & anda membantu pengguna yang membeli barang anda sebab barang yang anda jual murah berbanding orang lain jual. dan banyak lagi faedah.......

Wednesday, February 10, 2010

Yang Menang Dan Yang Kalah

Dalam mana-mana pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang gembira di atas kemenangannya dan yang kalah akan kecewa dengan kekalahannya. Kedua-dua pihak yang bertanding seharusnya tidak bermusuhan dan perlu terima keputusan secara professional. Yang menang tidak seharusnya mengecilkan hati yang kalah dan yang kalah janganlah menuduh yang menang main tipu. Terimalah keputusan dengan redha sehingga pertandingan akan datang.

Sunday, February 7, 2010

Testimony - Bekas Perokok Menceritakan Bagaimana Beliau Boleh Berhenti Merokok

Namazron - Bukan nama sebenar. Beliau mula merokok ketika berusia 12 Tahun (Tahun 1974). Semasa di sekolah Menengah beliau merokok di perjalanan pulang dari sekolah. Beliau membeli rokok di restoran yang terletak di dalam perjalanan dari sekolah ke rumah. Namazron pergi dan balik sekolah berjalan kaki sebab itulah boleh singgah membeli rokok di perjalanan. Beliau mendapat lesen hisap rokok ketika di tingkatan tiga (dapat lesen disini bermaksud dia boleh hisap rokok depan ayahnya). Namazron bukanlah budak nakal, tetapi perokok tegar. Beliau masuk matrikulasi (1980) di Sekolah Berasrama Penuh di Ibukota Kuala Lumpur. Di Sekolah berasrama Penuh itu beliau menghisap rokok selepas 'Prep' malam bersama kawan-kawan yang lain.

Pendek Kata Namazron memang seorang perokok tegar. Beliau pernah mencari-cari puntung rokok apabila keputusan wang untuk membeli rokok. Namazron berkahwin pada tahun 1989. Isteri beliau mendesak supaya berhenti...tetapi beliau tetap tidak berhenti. Bila dapat anak pada tahun 1990., beliau pada mulanya cuba untuk tidak merokok tetapi tidak berhasil. Bila dapat anak kedua dalam tahun 1992 beliau nasih merokok. Pada tahun 1995, selain isteri, anak-anak beliau (7 dan 5 tahun) pula mendesak supaya ayanhnya berhenti. Pada saat ini, menurut namazron beliau mula berpura-pura berhenti merokok (pada hal tidak). Beliau hanya tidak merokok didepan anak2. Tapi di luar sana atau ketika berjalan dengan isteri beliau masih merokok.

Walau bagaimanpun menurut Namazron ketika semasa beliau sebagai perokok, badan beliau adalah kurus. Beliau selalu juga batuk. Dan kadang-kadang berkumur keluar darah. Tapi beliau selalu menyedapkan hatinya. Beliau berkata dalam hati...ah cuma gusi berdarah bukan dari dalam dada. Namazron juga sering merasakan dadanya sakit. Masa terus berlaku, kira-kira 10 tahun namazron memaklumkan kepada anak2 bahawa beliau dah berhenti tetapi hakikatnya tidak. Pada tahun 2002 beliau pernah cuba tidak membeli rokok tetapi hanya hisap rokok kawan yang offer atau kadang-kadang minta. Akhirnya pada tahun 2004 beliau beli juga dan makin banyak pulak rokok dihisapnya (20 batang sehari).

Menurut Namazron, seseorang tidak mungkin boleh berhenti merokok sekiranya individu tersebut beranggapan jika nak berhenti merokok perlu usaha kurangkan bilangan rokok yang dihisap dari semasa ke semasa. Beliau berpendapat demikian kerana beliau dah cuba kurangkan sedikit2 tapi tak juga berjaya.

Apa yang perlu katanya ialah BERHENTI TERUS - JANGAN HISAP LANGSUNG MULAI SAAT YANG KITA NAK BERHENTI. katakan kita nak berhenti 1 mac maka pada mulai 1 mac itu kita jangan hisap terus. Insya Allah kita boleh berhenti. Kuatkan semangat. Pujuk hati katakan Buat Apa saya Beli Rokok. Duit tu baiklah saya masukan ke dalam tabung Masjid. Moga-moga dapat redha ALLAH.

Friday, February 5, 2010

Untung Sabut Timbul Untung Batu Tenggelam

Cerita Sex, Cerita Hantu, Cerita Kemalangan, Cerita Luar Tabii, Cerita Dedah Sana Dedah Situ, Cerita Mati Dibunuh, Cerita Ragut, Cerita Rogol adalah cerita-cerita NEGETIF dan merupakan bahan-bahan yang dapat melariskan akhbar-akhbar. Dengan larisnya akhbar maka pastinya keuntungan berlipat ganda kepada syarikat akhbar.

Cerita kejayaan, kecemerlangan dan nilai murni tidak mendapat tempat di dada-dada akhbar sebab ia adalah cerita POSITIF dan merupakan bahan-bahan biasa yang boleh melembabkan jualan akhbar dan sudah pasti mengurangkan keuntungan syarikat akhbar.

Pada pandangan saya lebih baik kita banyak bercerita tentang kejayaan berbanding bercerita tentang keburukan. Dengan bercerita tentang kejayaan, membolehkan kejayaan yang lebih lagi akan tercapai.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya ada syarikat yang mengeluarkan akhbar yang menceritakan kejayaan-kejayaan terkini (semasa/semalam) supaya menjadi saingan kepada akhbar2 berunsur sensasi.

Thursday, February 4, 2010

Kebolehan Berkomunikasi Amat Penting

Kebolehan berkomunikasi secara lisan dengan berkesan membolehkan seseorang berjaya dalam kerjaya. Saya juga meminati orang yang boleh memberi pandangan sehingga dapat mempengaruhi orang lain untuk menerima pandangannya.

Orang yang petah dalam bicaranya boleh diketengahkan. Jangan sia-siakan kebolehan tersebut. Saya juga ingin menggalakkan sekiranya para pembaca ada kebolehan berkomunikasi, lihat-lihatlah 'Call For Paper' dalam seminar-seminar antarabangsa atau tempatan. Jadilah speaker atau pembentang kertas kerja dalam seminar/persidangan dan seumpamanya. Jika jadi speaker, dapatlah berjalan-jalan ke tempat orang.

Jangan lupa ketengahkan kebolehan anda!

Wednesday, February 3, 2010

Rebutlah Saf Pertama

Saya rasa sudah sampai masanya rakyat Malaysia menukar sikap yang suka duduk di bahagian belakang-belakang sahaja. Praktis sekarang, kalau kita pergi Seminar atau persidangan atau mesyuarat (yang tidak ditetapkan kerusinya, kita dapati orang yang datang awal akan duduk di bahagian belakang atau tengah-tengah. Begitu juga di Masjid atau surau. Jemaah yang datang awal akan mengerjakan solat sunat (jika buat) di ruang tengah atau ruang hampir belakang.

Marilah kita tukar sikap kita. Mulai hari ini, jika kita masuk masjid atau surau, kita pergilah dan duduklah di baris pertama iaitu di belakang imam. Jika dah penuh row pertama maka kita penuhkan row kedua pula. Jika ini berlaku, maka keadaan dimana jemaah baru sampai akan melangkah jemaah sampai awal mungkin dapat dikurangkan

Begitu juga hadir seminar/persidangan/, maka penuhkanlah kerusi depan dahulu.

SIKAP yang +ve membawa berkah

TAHNIAH POLIS KERANA MENERIMA KENAIKAN GAJI

Syukur Alhamdulillah kerana Kerajaan menaikkan Gaji Polis maka mulai saat ini dapatlah anggota polis menjalankan tugas dengan lebih berkesan tanpa gangguan ketidakcukupan belanja bulanan.

Harapan saya supaya anggota polis bertugas dengan lebih berdidikasi dan dapat menjaga keselamatan sekitar supaya rakyat bebas bergerak tanpa rasa takut.

Monday, February 1, 2010

Tarikh Pengambilan Sample Pada 15.2.2010 - Hari Cuti Tahun Baru Cina

Mujur Ibu saya minta saya semak sebab dalam kad temujanjinya (dengan pusat perubatan) tertulis:

Pengambilan sample : 15.2.2010 (perlu puasa)
Temujanji dengan Doktor : 22.2.2010 (Ahad)

Bila saya semak, betul pusat perubatan tersebut tutup pada 15.2.2010 & 16.2.2010 sempena Tahun Baru Cina JADI saya pun tukar pada 17.2.2010.

Bayangkan jika kami tidak semak? Tidak ke teraniaya Ibu saya apabila beliau pergi untuk mengambil sample pada hari Cuti?