Sunday, January 10, 2010

SURAU MEDAN IDAMAN SENTIASA DIPENUHI JEMAAH SETIAP WAKTU SOLAT

Setiap kali waktu solat sama ada subuh, zohor, asar, maghrib atau isyak, surau Medan Idaman yang terletak berhampiran Sekolah Cina Lee Rubber dan bersebelahan taman tasik Medan Idaman, di Setapak Kuala Lumpur dipenuhi oleh Jemaah (tidak kurang dari 180 jemaah setiap kali solat (lelaki sahaja). Ada ketika hingga mencapai 300 orang. Surau ini di imamkan oleh orang Arab, bacaan surahnya amat baik sekali. Jemaahnya adalah terdiri dari berbilang bangsa. Bagaimanapun majoriti jemaahnya ialah Orang Arab dan Orang Afrika. Ada juga warga China, kaum India dan orang Melayu tapi ianya boleh dibilang dengan jari.

Saya menulis di sini sebenarnya saya membayangkan bahawa alangkah indahnya jika surau-surau lain juga mempunyai jemaah yang ramai seperti Surau Medan Idaman ini. Kalau kita dapat 50 orang jemaah bagi setiap waktu solat alangkah indahnya.

Bagi menjayakan hasrat memakmurkan surau atau masjid, marilah kita sama-sama pergi berjemaah setiap kali waktu solat. Jom Jemaah!.

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah, yang beriman kepada Allah dan hari akhir serta mendirikan shalat, mengeluarkan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. Lantaran itu mudah-mudahan mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk". (QS. At-Taubah:18)

No comments:

Post a Comment