Friday, January 1, 2010

Rumah INOVASI

Mengambil idea dari Puzzle/LEGO/IKEA atau seumpamanya saya rasa tibalah masanya satu industri di wujudkan untuk mengeluarkan produk inovasi yang kreatif. Contoh model produk yang berinovasi adalah seperti di bawah:

RUMAH BINA SENDIRI
Sebuah rumah seharusnya boleh dipusing 360 darjah. Ini bagi membolehkan kita memusing rumah kita bagi mengelakkan dari pancaran cahaya matahari.

Bilik-bilik di dalam rumah seharusnya boleh diubah supaya penghuni boleh mengubah mengikut cita rasanya. Kita boleh kurangkan bilik atau tambah bilik mengikut bilangan penghuni. Katakan kita tinggal 2 orang (suami/isteri) maka kita susun rumah kita jadi satu bilik tidur sahaja. Bila hujung minggu anak2 balik kita mula susun semula menjadi beberapa bilik.

Perabut rumah juga seharusnya boleh/sedang diubah (gunakan konsep transformers) ikut suka kita.

KERETA BOLEH UBAH
Saya membayangkan pada masa ini sudah ada satu model kereta yang boleh ditukar-tukar warnanya. Bagi membolehkan perkara ini menjadi, saya berharap ada satu industri yang merekabentuk body luaran kereta yang boleh ubah atau diganti oleh pemilik kereta. Bila saya nak kereta hijau maka saya pun tukar dinding kereta saya yang berwarna hijau. begitulah seterusnya.

Komputer Buka Terus Boleh Guna macam TV - Tidak perlu shutdown/start up. Hanya on/off button sahaja.

No comments:

Post a Comment