Friday, January 15, 2010

MESYUARAT DIBATAL/DITANGGUH : BANYAK IMPLIKASINYA

Satu fenomena yang memeningkan kepala urus setia - urus setia mesyuarat ialah arahan untuk membatalkan mesyuarat atau menunda mesyuarat kepada satu tarikh lain. Bagi mengadakan satu mesyuarat, banyak ground work yang perlu dilakukan. Ini termasuklah memaklumkan ahli, menempah bilik mesyuarat, prepare agenda, memastikan ahli available pada waktu itu dan banyak lagi. Apabila mendapat arahan mesyuarat di batalkan maka urusetia terpaksa memaklumkan ahli-ahli mesyuarat tentang penangguhan tersebut. Terpaksa pula cari tarikh lain dan tempah bilik sedang bilik2 telah ditempah oleh orang lain. Bila satu mesyuarat di peringkat tertinggi ditangguh, maka mesyuarat2 lain yang ahlinya juga menjadi ahli mesyuarat lain juga terpaksa ditangguh.

Bagi mengelakkan perkara ini cara cadangkan supaya:

TIADA PENGANGGUHAN MESYUARAT, untuk tujuan ini perlu melantik Timbalan Pengerusi Mesyuarat, Sekiranya Pengerusi dipanggil oleh orang atasan pada masa mesyuarat telah ditetapkan, maka Timbalan Pengerusi mestilah menggantikannya sebagai pengerusi.

Kebaikannya banyak: termasuklah, Takwim Meeting kekal relevan. Urus setia boleh buat kerja lain selain asyik2 urus mesyuarat.

So fikirkanlah........ Jangan BATALkan mesyuarat.

No comments:

Post a Comment