Saturday, January 16, 2010

Masjid Cantik Tapi Jemaah Subuh Hanya 9 orang

Pada pandangan salah satu kriteria untuk mengekalkan insan sebagai IMAM masjid (imam surau tidak termasuk) ialah dengan mengukur bilangan purata jemaah subuh di masjidnya. Saya hairan kenapa kariah di satu-satu kawasan tidak pergi solat berjemaah di masjid berhampirannya. pagi tadi saya berpeluang solat di sebuah masjid yang agak cantik dan terletak di kawasan bukit.

Sekarang (17.1.2010) subuh jam 6.05 pagi. Saya sampai dimasjid tersebut jam 5.45 pagi tetapi saya dapati masjid masih gelap. Rupa-rupanya masjid tersebut mula dibuka jam 6.00 pagi. Semasa solat hanya 9 orang sahaja jemaah (termasuk saya dan imam). Saya heran sebab dikawasan tersebut ada Kuaters pekerja dan banyak sekali kereta yang parking dikawasan tersebut. Ini menunjukkan ramainya penghuni di situ. malangnya jemaah hanya 9 orang. semasa keluar dari masjid lebih kurang jam 6.30 pagi saya lihat ramai orang sedang bergegas untuk pergi kerja. Apalah salahnya bangun awal sikit dan terus bersiap dengan pakaian kerja, pergi masjid untuk jemaah dan kemudian habis solat baru pergi kerja. Korbankan sedikit waktu tidur itu. Lama kelamaan bila dah biasa....akan menjadi amalan. INSYAALLAH.

Saya ulangi ajakan untuk solat subuh jemaah ini ialah supaya umat Islam mendapat manfaat Solat Subuh Berjemaah dalam hidup ini.

No comments:

Post a Comment