Tuesday, January 12, 2010

Jalan Sempit Kerana Banyak Kenderaan Besar di Jalanraya

Trend masa kini ialah penggunaan kereta MPV atau kereta besar-besar. Cuba kita perhatikan semua pengeluar kereta telah mengeluarkan kereta MPV dan kereta bersaiz besar. Lihat sahaja di jalanraya banyak kenderaan berbentuk MPV, Van, 4WD TETAPI yang naik hanyalah seorang iaitu HANYA PEMANDU. dan amat jarang lebih dari 2 orang.

Pada pandangan saya rakyat Malaysia ini bermewah tak betul tempat. Buat apa pergi kerja guna MPV sedangkan hanya seorang. Cuba bayangkan kalau semua orang pergi kerja menggunakan kereta kecil seperti kancil atau smart for two - Alangkah luasnya jalanraya kita.

Secara tak langsung jalanraya tidak sesak lagi dan impaknya kesesakan atau jem dapat dikurangkan. Kepada pengeluar-pengeluar kereta, buatlah kereta kecil dan MURAHkanlah.

Wahai orang ramai.... Gunakanlah kereta kecil untuk ke tempat kerja atau round KL.

MENGGUNAKAN KERETA BESAR SEDANG HANYA NAIK SEORANG MENUNJUKKAN PEMBAZIRAN TERUTAMA PEMBAZIRAN BAHAN API (PETROL/DIESEL).

No comments:

Post a Comment