Sunday, January 17, 2010

BUAT BISNES YANG MEMATUHI SYARIAH, INSYA ALLAH BERJAYA!

Saya percaya ramai individu atau kumpulan individu yang menjalankan perniagaan terutama yang melibatkan kontrak-kontrak besar takut untuk melaksanakan semua aktivitinya MEMATUHI SYARIAH ISLAM. Pelbagai alasan yang diberikan sehingga ada yang sanggup kata "Kalau kita tak buat begitu tak dapat projek nanti". Sekiranya ada yang berpandangan demikian maka rosaklah kefahaman Islamnya.

Saya percaya jika perniagaan kita bersih dan tiada unsur-unsur yang bertentangan dengan kehendak ALLAH, Insya Allah perniagaan kita akan mendapat keberkatan dari ILAHI.

Saya di maklumkan memang sudah ada syarikat demikian dan memang syarikat tersebut sedang meningkat maju. Syarikat ini mengamalkan solat berjemaah setiap ZOHOR dan ASAR. Lepas zohor siap ada tazkirah lagi. Dengar kata Bos besar sendiri yang menjadi IMAM dan memberi tazkirah. Syarikat ini tidak akan menjalankan aktiviti yang nampak bersyubahat dan bertentangan Syariah Islam.

Ketahuilah bahawa sanya yang memberi rezeki kepada kita ialah Allah. Allahlah menggerakkan hati pelanggan untuk berurusan dengan kita. Oleh itu jika kita mengikut ALLAH, logiknya tak kan ALLAH meninggalkan kita. Jika ada keputusan yang negetif kita terima, itu adalah ujian Allah kepada kita. Kita kena percaya bahawa akhirnya kejayaan jua yang kita dapat nanti.

JADI BUAT APA KITA BUAT URUSAN YANG BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK ALLAH? MARILAH KITA SAMA-SAMA BUAT PERKARA-PERKARA YANG BAIK-BAIK SAHAJA.

No comments:

Post a Comment