Sunday, January 17, 2010

BACALAH DAN HAYATILAH USER MANUAL ATAU PANDUAN PENGGUNA

Saya ada seorang kawan yang bila bercakap mengenai satu-satu perkara, ia menerangkan secara detail mengenai perkara tersebut. Bila sebut pasal kereta, dia boleh menerang cara penggunaan atau penjagaan kereta dengan betul. Bila cerita pasal camera ia boleh menerang cara penggunaannya dengan terperinci dan rasionalnya. Cerita apa sahaja mengenai penggunaan sesuatu perkara (more on technical) beliau boleh menjelaskannya dengan yakin.

Saya bertanya macam mana beliau boleh tahu banyak perkara mengenai sesuatu perkara (subjek). Beliau kata "Saya baca Manual" Katanya "Saya pantang tengok manual". Dalam sembang-sembang tersebut saya mula terfikir "Ya betul juga sebab kebiasannya manual yang dikeluarkan oleh pengeluar produk merupakan teks yang paling baik untuk memahamkan pengguna. Maknanya bahasa yang digunakan mudah difaham oleh kita maka mudahlah kita mengetahui perkara tersebut.

OLEH ITU AMALKAN MEMBACA MANUAL APABILA ANDA MEMBELI SESUATU PRODUK. JADIKAN HOBI ANDA DIMASA LAPANG.

No comments:

Post a Comment