Friday, July 31, 2009

Mempelajari Islam Melalui Laman Web

Saya ingin mengingatkan pembaca semua supaya berhati-hati mempelajari Islam melalui Laman Web sembarangan. Saya dapati banyak laman web atau blog yang membandingkan antara satu agama dengan satu agama yang lain dibuat secara terbuka sedangkan kesahihan fakta yang diberikan diragui. Oleh itu rujuklah laman-laman yang diyakini sahaja.

MEMPOPOLARKAN (KRA & KPI) MENAIKKAN IMEJ NEGARA

KEY RESULT AREA (KRA) dan KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) merupakan istilah lama yang diberi nafas baru sebab dicetuskan semula oleh Pemimpin Utama Malaysia. Komitment yang ditunjuk oleh orang nombor satu Malaysia memberi semangat baru kepada rakyat untuk sama-sama menetapkan KRA dan KPI masing-masing. Kita di peringkat individu sekalipun mestilah turut merangka KRA dan KPI masing-masing. Sekurang-kurangnya kita KeRjA bukan borak di kedai KoPI.

Thursday, July 30, 2009

MARTABATKAN SUBJEK SEJARAH UNTUK 1MALAYSIA

Benarkanh subjek SEJARAH kian dilupakan. Pada pandangan saya bagi menghidupkan konsep 1Malaysia, salah satu caranya ialah memartabatkan Subjek Sejarah. Sejarah (HISTORY) merupakan rentetan peristiwa silam yang boleh diambil iktibar untuk masa sekarang dan masa akan datang. Pelajaran Sains sekalipun ada SEJARAHNYA sendiri. Oleh itu setiap sesuatu kejadian ada sejarahnya. Kereta yang canggih di zaman ini sebenarnya berasal dari model asal pada masa lalu.

1Orang,1Keluarga,1Kampung,1Daerah.1DewanUndanganNegeri,1Parlimen,1Malaysia, 1Asia, 1Dunia, 1Cakerawala dan Tuhan itu Satu.

Wednesday, July 29, 2009

H1NI MOHON KERAJAAN MINTA RAKYAT PAKAI MASK

Kenapa kerajaan tidak galakkan pemakaian topeng muka bagi mengelakkan sebaran meluas H1N1 terutamanya di sekolah dan Institut Pengajian. Tak payahlah tutup sekolah, arah aje pakai topeng.

Saturday, July 25, 2009

RUANG FORUM PPIM PERLU DITAPIS

Saya baru melayari laman Forum dari Laman Web PPIM. Saya dapati ada perbincangan-perbincangan yang tidak ditapis yang boleh menyebabkan kekeliruan bagi umat Islam.

Diantaranya ialah:

Author Post
krulayar
Sun Jul 12 2009, 11:42PM
Registered Member #12863
Joined: Sun Jul 12 2009, 11:41PM
Posts: 1


---------------------------!!!! (SAYA TERPAKSA TUTUP TAJUK INI SEBAB IA MENGELIRUKAN)

Tenang-tenangkan diri...
Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
Terima Kasih

Krulayar


Harap PPIM berhati-hati dalam mengeluarkan forum.

Saya cuba ke http://manatuhanallah.wordpress.com/ rupa-rupanya ia telah disekat oleh SKKM.

Friday, July 24, 2009

HORMATI KEPUTUSAN KERAJAAN

Rakyat seharusnya menghormati keputusan kerajaan sama ada keputusan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Dan saya sangat berharap semua kerajaan hendaklah membuat keputusan yang tepat dan berhemah demi kebaikan rakyat Malaysia. Rakyat DiDahulukan, Prestasi DiUtamakan.

Wednesday, July 22, 2009

Apabila Hilang Kepercayaan Kepada Pegawai Yang Diberi Amanah

Apbila kita memberi amanah kepada seseorang maka hendaklah kita mempercayainya 100%. Jika orang lain tidak percaya kepada orang yang kita amanahkan maka janganlah kita terpengaruh dengan orang tersebut. Biarlah orang yang kita amanahkan menjalankan tugas tersebut.

Kalau kita terpengaruh dan menerima cadangan mereka maka lebih baik minta orang yang kita beri amanah itu letak jawatan atau sekumpulan diberi amanah dibubarkan sebab kita sendiri pun tak yakin pada mereka (ya...kalau yakintakkan terima cadangan mereka)

Buat apa ditubuhkan badan lain (yang didakwa bebas) untuk siasat satu perkara sedangkan fungsi yang nak dilaksanakan itu ada dalam institusi sedia ada.

Lu fikirlah sendiri...

Sunday, July 19, 2009

BANTAHAN KEPADA KEPUTUSAN RASMI

Sejak kebelakangan ini ada satu trend iaitu tidak percaya kepada Keputusan Rasmi. Sebab itu banyak berlaku rayuan apabila sesuatu keputusan itu diumumkan.

Kebiasaannya keputusan pengadil adalah muktamad, surat menyurat tidak dilayani. Tapi sekarang lain pula tak boleh surat menyurat mereka bantah guna emel atau sms.Terpaksalah layan.

Apa yang saya nak simpulkan ialah Ramai Yang Mempertikaikan Keputusan Rasmi. Kenapa agaknya? Rasa saya ialh sebab orang sudah tidak ada keyakinan kepada pembuat keputusan. Kenapa jadi begini.?

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama saling percaya mempercayai antara satu sama lain terutama kepada pembuat keputusan. Orang terlibat dalam membuat keputusan pula, perlulah adil dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Sama-samalah kita perbetulkan kekurangan yang ada,

Saturday, July 18, 2009

Industri Pembantu Rumah Tempatan Perlu diwujudkan

Sudah tiba masanya kita mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada Pembantu Rumah warga asing. Sebenarnya di Malaysia ramai yang boleh bekerja sebagai Pembantu Rumah. Bagaimanapun rakyat Malaysia sebenarnya tak suka tinggal bersama majikan.

Oleh itu saya mengharapkan ada agensi pembantu rumah tempatan. Pembantu Rumah Tempatan ini berkerja seperti orang kerja pejabat juga tetapi masa kerjanya panjang sikit cuba mereka tidak tinggal di rumah majikan. Misalnya mula kerja Jam 8.30 pagi dan pulang jam 6 petang. Mereka tinggal di rumah sewa yang disediakan majikan dan ada kenderaan yang mengangkut mereka seperi pekerja kilang juga.

Saya percaya jika agensi ini ada, ramai anak tempatan yang ingin menjalan kerja seperti ini. Lama kelamaan kebergantungan kepada pembatu rumah asing dapat dikurangkan.

CUEPACS Perlu Tingkatkan Prestasi Staf Sokongan

Saya setuju sangat dengan pandangan Penjawat Awam Kecewa yang disiarkan oleh Berita Harian berarikh 17/7/2009 dengan tajuk CUEPACS PERLU UTAMAKAN DISIPLIN PENJAWAT AWAM, BUKAN GANJARAN.

Ya betul sejak dulu CUEPACS asyik tuntut kepada Kerajaan supaya menaikkan elaun itu dan ini. Langsung tidak bincang mengenai prestasi kerja penjawat awam terutama kumpulan sokongan termasuklah disiplin mereka. Oleh itu saya cadangkan pada masa akan datang CUEPACS mestilah menyediakan pelan peningkatan prestasi kerja dan displin selain tuntutan kewangan.

MAN U VS MALAYSIA - LAWAN KALI KE DUA?

Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana dapat memberi saingan kepada pasukan Machester United denga kekalahan tipis 2 berbalas 3. Tetapi saya tidak setuju jika di adakan perlawanan sekali lagi jika pasukan Malaysia orang yang sama.

Jika benar Malaysia nak lawan Man United pada Isnin nanti, saya harap ambil pemenang piala Malaysia sebelum ini. Jika Selangor menang dalam piala Malaysia sebelum ini maka Isnin nanti biarlah MU lawan Pasukan Selangorlah.

Keluhan Peniaga Di Pekan-Pekan (Pusat Bandar)

Sabtu lepas saya bersembang-sembang dengan seorang pengusaha kedai makan. Saya bertanya bagaimana berniaga?. Beliau kata sekarang ni teruk sikit sebab tak ramai yang datang dikawasan tersebut pada hal kawasan tersebut adalah khusus untuk gerai makan dan banyak kedai-kedai lain.

Apa yang saya nak kongsikan ialah pandangan beliau yang saya sendiri pun tidak terfikir.

Iaitu katanya 'Sepatutnya kerajaan (dalam kes ini penguasa kerajaan tempatan) cuba lah hadkan gerai-gerai makan yang tumbuh seperti cendawan di tepi-tepi jalan supaya apabila orang yang makan di akan pergi ke tempat makan khas iaitu di gerai-gerai makan yang didirikan oleh kerajaan dan disewa oleh peniaga di pinggir bandar. Secara tak langsung peniaga bukan kedai makan juga akan maju."

Kalau semua kedai-kedai termasuk kedai makan dah ada dimerata tempat di tepi jalan, siapa yang nak pergi ke bandar? Akibatnya peniaga-peniaga di bandar hidup segan mati terhutang.

--------------------
Jika difikir dan dibuat kajian lanjut, saya rasa betul juga pandangan simamat ni. Barulah saya terfikir patutlah di bandar dah kurang orang.

Thursday, July 16, 2009

chedet.co.cc blog popular dengan idea mantap

Tahniah kepada Tun Mahathir kerana mempunyai blog yang ramai pengunjung. Saya dapati komen pun banyak bagi setiap isu yang diutarakannya. Pandangannya bukan omomg kosong. Itu pandangan saya aje.

Tuesday, July 14, 2009

Cadangan Supaya Kerajaan Tubuhkan Agensi yang Menguruskan Peneroka Ladang Lembu

Sebagaimana Ladang Kelapa Sawit, Ladang Getah, Ladang Nenas, Ladang Koko, Ladang Tembakau, ada agensi kerajaan khusus yang memajukkannya. Saya mencadangkan Kerajaan juga kena tubuhkan agensi yang memajukan Ladang Lembu, Ladang Kambing, Ladang Ayam dan seumpamanya supaya kita tidaklah mengimport haiwan-haiwan tersebut. Itu satu cadangan dari mindaku.

Bulan Ramadhan Kembali Lagi Eloklah berazam BERHENTI MEROKOK

Hari ini 14 Julai 2009. Ramadan dijangka 22 Ogos 2009 iaitu sebulan lagi. Kepada pembaca yang merokok tu eloklah beransur-ansur kurangkan merokok supaya boleh berhenti pada 22 Ogos 2009 dan berhenti seterusnya. Jangan tunggu 22 Ogos 2009 baru nak cuba berhenti. Maaf jika saranan ini sensitif.

SIAPA MENANG DI MANEK URAI?

Dengan adanya pilihanraya kecil maka penduduk di Manek Urai dikunjungi oleh ramai orang. Dan ramai yang sudah kenal Manek Urai. Elok lah Manek Urai buat Tahun Melawat Manek Urai. Biar apa pun keputusan pilihanraya kecil, dimaklumkan bahawa PENDUDUK Manek Urailah yang MENANG.

Sunday, July 12, 2009

Siaran Radio Kebanyakanmya Siar Lagu

Lagu dan muzik memang menghayalkan. Tetapi lagu dan muzik tak banyak boleh membantu perkembangan ilmu dan pengetahuan individu. Ia akan membentuk insan yang lebih glamour dan lalai walaupun kaya dengan wang dan rakan. Apa yang nak saya perkatakan disini ialah mengenai kebanyakan siaran radio menyiarkan lagu 90% dari masa siarannya. Kecuali Radio24 dan Radio IKIM. Tapi radio IKIM pula terikut-ikut menyiarkan hiburan kerana semasa saya mengalih siaran ke Radio JAKIM sering kali disiarkan Lagu Nasyid, Nasyid sekarang ni pula dah moden dan seakan-akan lagu biasa juga.

Saya ingin mengesyorkan supaya perbanyakan menyiarkan rancangan berbentuk berbicara tentang ilmu dan pengetahuan. Kurangkan lagu & muzik.

Islam's Base Economy relevant forever &indirectly protect the Muslim

Halal`s Food is most popular food in the world NOW AND SOON. Makanan Halal sepatutnya dikeluarkan oleh Orang Islam. Owner mestilah Islam. Jika tidak kesahihan Quality HALAL tersebut masih Questionable.

Jika di dunia permintaan Makanan Halal bertambah maka pengeluaran Makanan Halal perlu dipertingkatkan. Apabila pengeluaran dipertingkatkan sudah pasti owner (pemilik makanan halal) akan kukuh ekonominya.

Dalam keadaan ekonomi merudum di seluruh dunia, dunia mula memandang kepada Bank Islam & sistem Pajak Gadai Islam.

Dinar Emas juga diakui menjadi satu pilihan untuk menggantikan mata wang kertas.

Friday, July 10, 2009

SEKOLAH 2 ALIRAN (BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MALAYSIA)

Apa pandangan tuan/puan mengenai saranan saya ini? IAITU:

Kita tetapkan supaya Sekolah di Malaysia hanya ada 2 Aliran iaitu
1. Aliran Bahasa Inggeris
2. Aliran Bahasa Malaysia

Tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Jenis Kebangsaan Tamil, Jenis Kebangsaan Melayu. Kecuali Sekolah Ugama/Sekolah Swadta.

Reason

1. Bahasa Inggeris adalah Bahasa Antarabangsa (Standard yang dipraktikkan)
2. Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan.

Jika kita ada 2 aliran maka TERPULANGLAH kepada Rakyat nak hantar anaknya di sekolah aliran apa.

Dalam hati kecil saya, saya yakin lama-kelamaan Rakyat akan menghantar anaknya ke Sekolah Aliran Inggeris.

Saranan saya elok dimulakan dari sekarang iaitu bermula tahun 2010 di Tahun 1 manakala Pelajar tahun 2 2010 masih guna sistem sekarang.

Pada tahun 2011, pelajar Tahun 1 dan Tahun 2
Pada tahun 2012, pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3
Pada tahun 2013, pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4,
Pada tahun 2014, pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5
Pada tahun 2015, pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6
(Tahun 6 akan perikasa UPSR (Bahas Malaysia) atau UPSR(Bahasa Inggeris))
Pada tahun 2016, Semua pelajar sekolah rendah & Pelajat Tingkatan 1,
Pada tahun 2017, Semua pelajar sekolah rendah & Pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2
Pada tahun 2018, Semua pelajar sekolah rensah * Pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
(Tahun 6 & Tingkatan 3 akan periksa (UPSR(BI@BM)& PMR(BI@BM))
dan begitulah seterusnya hinggalah kepada Universi pun ada 2 aliran.

BAHASA INGGERIS BAHASA PERHUBUNGAN ANTARABANGSA

Entah mengapa hari ini saya terdetik nak tukar fikiran mengenai penggunaan Bahasa di Malaysia. Baru-baru ini dalam blog ini saya sering menulis mengenai Martabatkan Bahasa Malaysia dengan memberi beberapa cadangan supaya Bahasa Malaysia di gunakan sepenuhnya dalam agensi kerajaan.

Kini apabila memikirkan masalah global, iaitu komunikasi tanpa sempadan MAKA kita seharusnya memilih SATU bahasa untuk dipraktikkan supaya bila kita bercakap orang lain boleh faham. Bila orang lain bercakap kita boleh faham. Kini Bahasa Inggeris adalah bahasa Standard yang digunakan diseluruh dunia apabila kita berkomunikasi. Misalnya jika kita pergi ke JEPUN dan bercakap dengan orang jepun kita guna Bahasa Inggeris. Bila kita ke Peramcis kita berbicara menggunakan Bahasa Inggeris. Kita ke Belanda ke Jerman ke Australia kita juga guna Bahasa Inggeris bila berbicara dengan mereka.

Rumusan saya ialah Sekarang kita cuma berjuang 2 bahasa sahaja iaitu: Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Bahasa2 lain tidak utama (hilang pun tiada masalah asalkan manusia boleh berhubung antara satu sama lain menggunakan bahasa yang semua orang tahu).

Oleh yang demikian saya syorkan supaya semua kaum menggunakan Bahasa Inggeris mulai sekarang supaya Rakyat Malaysia boleh berbahas, memberi pandangan, mengambil bahagian dalam perbincangan global dengan semua negara dalam dunia ini.

Itu pandangan saya. Lagi pun Bahasa Inggeris adalah Bahasa Perhubungan Antarabangsa.

Thursday, July 9, 2009

SIJIL HALAL KEMBALI KE JAKIM

Berita ini sangat menggembirakan ramai orang. Sejak HDC ambil alih SIJIL HALAL saya mula membayangkan bahawa HALAL tersebut hanya pada nama.
Saya mohon supaya tambahkan penguatkuasa JAKIM dan JAKIM pula hendaklah membangunkan satu sistem yang dapat menyimpan maklumat lengkap mengenai syarikat-syarikat yang diberi sijil HALAL dan yang tidak diluluskan sijil HALAL.

Buat pemantauan dengan lebih kerap.

Tak boleh ke jadikan Malaysia negara Makanan Halal? Saya rasa boleh...

Wednesday, July 8, 2009

RIBUT DALAM CAWAN

Saya dengar dalam Radio24, kenyataan MB Kedah, katanya Krisis DAP-PAS dah selesai sebab katanya kemelut tersebut umpama RIBUT DALAM CAWAN. Saya tertarik sebab selama saya hidup dalam dunia zahir ini saya belum pernah dengar RIBUT DALAM CAWAN. tak tau lah kalau saya ni buta simpulan bahasa.

teringat saya....akan

ANU DALAM BOTOL
bertukar kepada
BOTOL DALAM ALMARI

BOTOL DALAM ALMARI
bertukar kepada
DOT DOT DOT DALAM BOTOL

Rasanya elok Raja Azmi tukar pula DOT DOT DOT DALAM BOTOL kepada RIBUT DALAM CAWAN. lagi hangat
Tukarkan juga skrip supaya sesuai dengan tajuk RIBUT DALAM CAWAN.

Tuesday, July 7, 2009

429 MATI AKIBAT H1N1 SEHINGGA 6 JULAI 2009

SEHINGGA 6 JUL SUMBER***WHO >http://www.who.int/csr/don/

KES MATI DALAMASA24JAM
Argentina 2485 60 898 34
Australia 5298 10 730 1
Canada 7983 25 0
Chile 7376 14 0 0
China 2040 0 226 0
Japan 1790 0 344 0
Mexico 10262 119 0 0
New Zealand 1059 3 147 3
Philippines 1709 1 0 0
Singapore 1055 0 177 0
Thailand 2076 7 662 4
United Kingdom 7447 3 0 0
US America 33902 170 0 0

Grand Total 94512 429 4591 47

TAK SETUJU KOMPAUN DIBERI DISKAUN JIKA...

Saya cukup tidak berkenan mana-mana pihak yang memberi diskaun bagi kompaun atau denda lama. Sepatutnya kompaun/denda yang telah lama tidak dibayar oleh pesalah dinaikkan. Diskaun patut diberi kepada orang yang bayar awal.

Sekiranya diskaun diberi SEKARANG kepada pesalah yang membayar kompaun atau denda lama, MAKA untuk berlaku adil kepada pesalah yang telah membayar harga penuh pada masa lalu, saya mencadangkan supaya refund (pulangan) hendaklah diberi kepada orang yang membayar penuh.

Saya tidak suka orang yang lurus dan jujur selalu teraniaya. Orang yang degil dan tak bertanggungjawab selalu mendapat pembelaan.

Hang pikirlah sendiri

Monday, July 6, 2009

BERKEBUN DIBUKIT TINGGI

Kakau kita hendak berkebun, pilihlah ditempat yang tinggi. Dilereng-lereng bukit yang tinggi. Sebabnya ialah di tempat-tempat tinggi tersebut pastinya tanaman kita akan tumbuh segar walau pun tidak hujan.

Jika hujan hasilnya berlipat ganda. Jika tidak hujan EMBUN pun mencukupi untuk menumbuhkan tumbuhan.

Perkara ini ada disebut dalam AlQuran.

Saturday, July 4, 2009

Buku RAHSIA ISLAM DI CHINA oleh Ann Wan Seng

Saya tertarik dengan kandungan buku ini, saya syorkan anda membacanya.
Diantara petikan dari buku tersebut ialah
"Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Dalam tempoh itu, Islam berkembang dengan pesat dan tumbuh subur terutama di Wilayah-Wilayah yang terletak di sebelah barat China. Walaupun Umat Islam hidup di bawah pemerintahan pelbagai Dinasti, mereka masih mampu mempertahankan akidah mereka hingga ke hari ini."

Untuk maklumat lanjut bacalah buku tersebut.

PENGACARA MELAYU ISLAM DI TV WAJIB SOPAN

Saya perhatikan masih ada pengacara di TV berbangsa Melayu dan BerAgama Islam memakai Mini Skirt yang menampakkan paha (atas sikit pada lutut) hingga ke pergelangan kaki. saya harap lain kali TIADA LAGI YA,

Anda (wahai pengacara) menjadi ikutan tau. Jadi biarlah orang ikut kita perkara yang baik.

Harap ada pengacara TV yang baca atau kawan-kawan dia yang baca kemudian beritahu personaliti berkenaan.

H1N1 - Hasrat 1 Negara 1

Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempopular SATU (1) NEGARA(MALAYSIA). Ya TEMA ini memang sesuai sebab kita berbilang bangsa dan mestilah bersatu di bawah 1 Hasrat 1 Negara.

Soalnya apakah Hasrat kita sama?. Jika hasrat kita tak sama maka carilah satu jalan supaya ianya menjadi sama.

Ugama? tak mungkin satu hasrat.
Ekonomi? boleh jadi
Perpaduan? boleh jadi
Keadilan? boleh jadi tapi bagi perkara-perkara tertentu sahaja.
Pangkat? boleh jadi, ikut kelayakan
Kejujuran? sukar untuk dibuat penilaian
Bangsa? tak mungkin bagi bangsa sedia ada, boleh jadi juga bila wujudkan Bangsa Malaysia.

Walau apapun marilah kita sama-sama MEMAJUKAN NEGARA KITA MALAYSIA.

Bersatulah kita semua. Jauhkan perasaan Hasad Dengki. Kuatkan semangat untuk bersaing. Amalkan perkara baik hindarilah perkara buruk.

Hisap Rokok Baik atau Buruk? Jika buruk tinggalkanlah.
Minum Arak Baik atau Buruk? Jika buruk tinggalkanlah.
Meragut Baik ke Buruk? Jika baik meragutlah hingga ke neraka.

1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


BAGUS SLOGAN INI - HARAP DIIMPLEMENTASIKAN OLEH SEMUA

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) YANG EFEKTIF

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah satu badan khas yang diberi peranan mentadbir satu kawasan sebagai kerajaan tempatan.

Kawasan tersebut biasanya adalah sebuah kawasan penempatan baru yang dirancang yang tidak sesuai untuk diklasifikasikan sebagai Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran.

PBT yang efektif ialah yang boleh memajukan dan memakmurkan kawasan kekuasaannya. Ini termasuklah memastikan tiada projek yang terbengkalai di situ. PBT ini juga mestilah mampu untuk membangunkan fasiliti seseuatu kawasan supaya menarik minat orang ramai untuk bermustautin di situ. PBT hendahlah memastikan kawasan bi bawah jajahannya sentiasa bersih dan aman.

PBT tidak boleh sewenang-wenengnya menyaman atau compaund penduduk tanpa terlebih dahulu berusaha untuk membantu penduduk di kawasan jajahannya. Jika ada apa-apa aduan, PBT hendaklah mengadakan musyawarah supaya tidak menganiayai mana-mana pihak.

Gejala rasuah dan duit kopi hendaklah 100% dihapuskan di kalangan anggotanya. Jangan jadikan saman sebagai pendapatan kerajaan. Saya cadangkan saman yang diperolehi di kawasan A atau di Taman A, hendaklah digunakan semula untuk pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut.

DUIT SAMAN TU PERLU DI PULANGKAN SEMULA UNTUK KEBAIKAN KAWASAN BERKENAAN.

Kalau tak faham tulisan saya boleh tulis dalam ruangan komen, biar saya terangkan.

Thursday, July 2, 2009

Terima Kasih Pembaca Blog Super Mind / Minda Bistari

maaf sebab sejak kebelakangan ini saya tak sempat nak meuahkan pandangan dan pendapat. Tapi boleh baca pandangan dan pendapat terdahulu. Sekarang ni internet di rumah saya terlalu slow. mungkin sebab virus di komputer saya. Insya Allah saya akan menulis lebih kerap lagi bila urusan kerja dan masalah internet dirumah dapat diselesaikan.

wassalam