Friday, February 27, 2009

Mermartabatkan Bahasa Melayu

Pada masa lalu, Bahasa Melayu merupakan di antara 5 Bahasa yang tersohor di dunia. Kini Bahasa Melayu telah jatuh. Puncanya kerana rumpun melayu sendiri sudah melupakan Bahasa Melayu. Sebabnya kebanyakan golongan yang berpendidikan tinggi dan orang-orang kaya pada masakini lebih selesa menggunakan bahasa asing seperti Inggeris, Cina dan Jepun.

Mulai sekarang marilah kita memartabatkan Bahasa Melayu atau setidak-tidaknya memartabatkan Bahasa Malaysia.

Tuesday, February 24, 2009

Mohon Dewan Bandaraya Perbanyakkan Menyedia Tempat Buang Sampah

Pergilah di mana-mana, kita dapati amat sukar untuk mendapatkan tempat buang sampah (tong sampah). Saya percaya ramai juga di antara kita yang hendak buang sampah tapi tiada tempatnya. Sampah yang kecil dan kering bolehlah kita simpan dalam pokek atau beg sampah, tetapi kalau sampah berupa plastik air atau sampah yang basah - takkan lah nak masuk pokek juga. Oleh itu fikir-fikir dan dewan bandaraya laksanakanlah di mana yang patut.

Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari 2009.

Memartabatkan Bahasa Malaysia

Sekali lagi saya ingin menyeru pihak kerajaan supaya mensyaratkan supaya semua mesyuarat dalam agensi kerajaan hendaklah dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia (kecuali melibatkan bukan warganegara Malaysia). Semua dokumen tender (kecuali tender antarabangsa) hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia. Semua perjanjian kontrak hendaklah dalam Bahasa Malaysia. Malaysia Boleh!

Apa susah sangat ke nak bercakap dalam Bahasa Malaysia?. Kalau ada yang warganegara Malaysia yang masih belum boleh bertutur Bahasa Malaysia silalah belajar. Bangla yang datang 3 bulan pun dah boleh bertutur. Mereka kata Bahasa Malaysia MUDAH.

Ya...Malaysia di bawah pucuk pimpinan baru Mac 2008 hendaklah menimbang secara serius cadangan ini.

Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari 2009.

Cadangan Bagi Memajukan Sukan

Pemilihan pemain dalam bagi mewakili negara mestilah telus dan tidak pilih kasih. Untuk tujuan itu pertandingan di peringkat sekolah, kemudian di peringkat universiti dan kemudian di peringkat zon, dan kemudian diperingkat negeri sehinggalah di peringkat kebangsaan. Begitulah modus operandinya.

Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari 2009.

Monday, February 23, 2009

Panduan Membeli Barang (untuk orang Islam sahaja)

Artikel ini hanya untuk orang Islam sahaja.

Melainkan terpaksa,
Janganlah anda membeli apa-apa di kedai-kedai yang ada menjual Arak, Permainan Judi, Mejual Rokok/Cigar, memperdagang tubuh wanita dan restoran-restoran yang tidak halal.

Membeli di Kedai Runcit MAMAK adalah pilihan yang baik. Biar mahal sikit asal tidak bersubahat dengan yang haram.

Hak Cipta Terpelihara @ Minda Bistari, 2009

Sunday, February 22, 2009

PERKIM perlu bantu Persatuan Muallaf

Persatuan Muallaf perlu juga dianggotai oleh orang Melayu. PERKIM perlu menghidupkan dan membiayai Persatuan Muallaf. Sebaik-baiknya persatuan muallaf dapat menghimpunkan kaum melayu, cina dan india dengan tujuan mewujudkan kasih sayang dan rasa kesamaan persaudaraan yang tidak berbelah bagi. Jika tiga kaum dikalangan muallaf ini dapat menunjukkan contoh perpaduan antara kaum, ia cukup cantik.

Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari 2009

Makanan, Bahasa dan Minat adalah Halangan Keakraban antara kaum

Saya perhatikan disekeliling sama ada di shopping complex, di ofis, di sekolah di tempat keramaian, di restoran dan dimana-mana sahaja kelihatan orang melayu berkawan dengan orang melayu, orang cina berkawan dengan orang cina, orang india berkawan dengan orang india, tetapi banyak juga orang india berkawan dengan orang cina. Lebih ketara ialah di tempat makan (restoran atau gerai).

Sebenarnya orang melayu, cina, india berkawan tetapi tidak akrab. Keakraban ini adalah berpunca dari jenis makanan dan minat bagi kaum-kaun ini berbeza. Bagaimana mungkin orang melayu boleh makan di restoran cina atau direstoran india kecuali Restoran Cina Muslim atau India Muslim atau ada tanda Halal (yang diiktiraf). Sedang orang cina dan India suka dengan makanan mereka.

Selain makanan, bahasa juga akan menghalang orang melayu berkawan rapat dengan Cina dan India kerana secara puratanya orang cina dan india bertutur dalam bahasa Inggeris sedangkan orang melayu tetap dengan bahasa melayunya.

Oleh itu bagi mengurangkan jurang yang menghalang keakraban ini eloklah orang Malaysia bertutur dalam Bahasa Malaysia sahaja bukan bahasa Inggeris. Dan orang Malaysia makan makanan yang dibolehkan orang melayu memakannya.

Pihak yang berkuasa, kalau boleh cubalah hapuskan/kurangkan Judi, Arak & masakan berasaskan Daging Babi/Anjing dan seumpamanya di semua restoran/hotel seluruh negara.

HakCipta Terpelihara, Minda Bistari 2009.

Saturday, February 21, 2009

Rujuk books.google.com

Ada satu site http://books.google.com sangat sesuai untuk dilawati oleh pencari ilmu.

Wednesday, February 18, 2009

Tuhan Tahu & Ambil Hal Apa Yang Kita Lakukan

Biarlah orang mengenali kita melalui kebaikan yang kita lakukan. Jangan menjadi orang mengenali kita dengan kejahatan yang kita lakukan. Jika anda berkeyakinan penuh bahawa Tuhan sentiasa bersama anda maka sudah pasti anda tidak akan melakukan kejahatan.

Sebubungan dengan itu saya harap anda semua tidak melakukan kejahatan - baik kecil maupun besar. Ingat! Tuhan hampir dengan anda.

Hakcipta Terpelihara @Minda Bistari, 2009

Sunday, February 15, 2009

Pendapat Nurul Husna Mengenai Raja Lawak 3

Saya terbaca dalam Pancaindera bertarikh 15 Februari 2009 mengenai komen pembaca bernama Nurul Husna Mohamad, Simpang, Perak berkaitan Peserta Raja Lawak 3 Teruk. Saya setuju Lawak Spontan Zizan dan Johan lebih baik dari peserta lawak.

Walau bagaimana pun saya kurang setuju dengan kenyataan "Seperti Amir yang lawaknya boleh disingkirkan pada awal minggu lagi tetapi gara-gara undian, pengundi buta tentang bakat berbanding rupa".

Sebenarnya Nurul Husna lah yang buta tentang lawak. Saya harap lain kali Nurul Husna lebih berhati-hati dalam membuat komen, Jangan ikut suka nak kutuk sesiapa yang tidak disukainya sedangkan orang lain suka. Peserta dapat undi banyak sebab mereka suka. Nurul Husna yang tak beri undi baik duduk diam-diam.

AZIZAH MAHZAN - "SEKSI BUKAN TELANJANG"

Lihat petikan kata-kata Azizah Mahzan "Tak kisah la orang nak kritik atau tak. Selama ini orang kata yang baik ke, yang buruk ke, Akak tak pernah tahu. Tapi bila difikir-fikirkan kalau ada orang komen pasal kita, itu bermakna mereka ambil berat"

Ya Azizah, mereka semua ambil berat & saya pun ambil berat. Saya sendiri bila tengok Akak pakai seksi walaupun bukan telanjang, saya sangat sedih dan hiba. Dalam hati saya bilalah Akak nak sedar, Usia Akak dah petang. Lagi pun Akak seorang muslim. Saya juga muslim. Saya sayangkan muslim. Kalau kakak tak berubah bermakna Akak tak sayangkan agama Islam kita.

Akak, akak saya rayu ni,,,,,akak ubahlah ya.

Saturday, February 14, 2009

Pandangan Saya Mengenai Bazar Larut Malam

Bazar Larut Malam merupakan Pusat Jualan Keperluan Individu yang dijual bermula Jam 10 malam hingga 4 pagi. Kalau dilihat barang jualannya meliputi perkara-perkara aksesori iaitu seperti pakaian yang berfesyen santai, minyak wangi, tas tangan, sampul handphone, tuala, cermin mata, jelly bunga, jam, aksesori kereta, cenderamata, jam dinding, gelang tangan, gambar-gambar, penyepit rambut dan seumpamanya yang saya kira ianya berbentuk aksesori.

Oleh yang demikian saya berpandangan ianya perlu dikekalkan dan ditempatkan di persekitaran kedai-kedai yang banyak. Iaitu bukan di kawasan lapang yang tiada kedai disekelilingnya.

Mengenai Bazar Larut Malam di Danau Kota Setapak, ianya perlu dikekalkam tetapi masa jualannya dilewatkan iaitu dari jam 11 malam hingga 5 pagi. Ia tidak perlu dipindahkan. Sesungguhnya Bazar larut malam tersebut menyumbang kepada lakunya kedai-kedai disekitarnya. Jika Bazar itu tiada, kedai-kedai disekelilingnya tidak bermaya.

Bazar larut malam ini hanya sesuai di bandar-bandar besar bukan di bandar-bandar kecil.

Walaubagaimanapun, pihak penguasa tempatan mestilah dapat menyediakan tempat parking yang sesuai dan berusaha mendisiplinkan pengunjung supaya tidak membuang sampah merata-rata. Begitu juga di pasar malam, kalau boleh pengunjung boleh membuang sampah ditempat buang sampah khusus (yang perlu disediakan oleh penguasa tempatan).

Tuesday, February 10, 2009

ORANG ISLAM TIDAK DIBENARKAN MEMBELI NOMBOR EKOR

Saya lihat dimana-mana kedai judi (Empat Nombor atau OT OT) masih terdapat orang Melayu yang membelinya sedang ada tulis Orang Islam Tidak Dibenarkan Membeli.

Barang kali kena tulis ORANG MELAYU TIDAK DIBENARKAN MEMBELI.

Tulis BESAR-BESAR.

Oii orang ISLAM, Judi itu HARAM. Kalau menang duit tu pun tak kemana. Kalau Menang beli lagi banyak. Campur tolak hanya dapat dosa.

Pilihanraya Kecil Datang Lagi

Lepas ni pemimpin-pemimpin masyarakat berkampung lagi. Tugas-tugas yang urgent dulu tertangguh lagi. Duit banyak dilabur kepada perkara tak berdaya maju seperti cetak poster dan sebagainya. Hai nasib kaulah pilihanraya.

SYARIKAT BOLEH BANTU PUSAT DARAH NEGARA

Pada masa ini Pusat Darah Negara masih kekurangan darah. Oleh yang demikian rakyat digalakkan menderma darah.

Pada pandangan saya, kalau hendak mengharapkan sukarela menderma darah ianya amat susah. Jadi saya cadangkan supaya syarikat-syarikat di Malaysia membantu Pusat Darah Negara mendapatkan bekalan darah.

Caranya begini.

Sesebuah syarikat misalnya syarikat Petronas, Syarikat ini bolehlah memberi Baucer Petrol bernilai RM10/= kepada sesiapa yang menderma darah.

Setiap kali menderma darah dapat Baucer Syarikat RM10/=.

Dengan cara begitu saya pasti ramai individu akan menderma darah (atau menjual darah). Tak salah kan?

Friday, February 6, 2009

Saya Penimg Kepada Fikirkan SILVER STATE

Saya kurang faham kepada pertukaran kerajaan dalam sesuatu negeri boleh jadi dalam masa 1 hari disebabkan 2 tiga orang adun yang berpaling tadah. Apa kata kalau berlaku pula 3 adun lain dari kerajaan yang baru dibentuk pula berpaling tadah. Kerajaan baru lagi perlu dilantik. Tak habislah perkara ini beb.

Pihak Wenang perlulah fikirkan untuk jimat duit rakyat, jimat masa mentadbir dan dsb.