Saturday, June 27, 2009

Segerombolan 12 ekor anjing berkeliaran di Jalan Genting Kelang

Pagi semalam iaitu kiria-kira jam 7.45 pagi ketika saya melalui jalan Genting Kelang iaitu di diseberang jalan iaitu setentang dengan RHB BANK PUBLIC BANK, saya terkejut kerana sekumpulan anjing (lebih kurang 12 ekor) berkeliaran untuk melintas jalan. Dalam hati saya (kalaulah anjing-anjing ini tiba-tiba terkam orang ramai yang sedang berjalan, mati orang tu):

Oleh itu saya mohon DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR supaya menangkap anjing-anjing yang berkeliaran itu. Ambil juga tindakan yang sama bagi anjing-anjing yang berkeliaran di Taman-taman perumahan.

Jangan tunggui bila dah ada kematian baru nak ambil tindakan

No comments:

Post a Comment