Friday, June 12, 2009

Satu Cara Untuk Rangsang Ekonomi Tahun 2010

Terlanjur kerajaan hendak buat atau cari strategi untuk rangsang ekonomi dalam bajet 2010, di sini saya ingin mencadangkan supaya pada bulan Januari 2010 kerajaan memperuntukkan satu dana untuk diberikan kepada setiap individu berusia 12 Tahun ke atas iaitu yang telah mempunyai MyKad.

Saya tidak tahu bilangan Warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas. Jabatan Pendaftaran Negara tahu exeact figure.

Saya cadangkan kerajaan beri sebanyak RM200 seorang kepada warganegara berusia 12 tahun ke atas dan mempunyai MyKad. saya percara dalam masa tak sampai sebulan ditangan individum duit tersebut telah digunakan untuk perkembangan ekonomi.

Sekiranya Warganegara Malaysia yang berusian 12 tahun ke atas berjumlah 20,000,000 (20 juta) maka kerajaan hanya perlu memperuntukkan sebanyak 200 x 20,000,000 iaitu sebanyak RM 4,000,000,000 iaitu RM 4 Billion sahaja.

Jika diberi bulan Januari saya pasti sebanyak RM4 Billion telah berada di pasaran pada bulan Februari 2010. Pastinya duit ini berlegar dalam negara.

Jika pakej rangsangan ekonomi berbentuk projek mega, maka kebanyakan duit tersebut akan mengalir ke luar negara sebab projek besar/mega biasanya memerlukan perunding luar negara peralatan luar negara, Maknanya duit akan mengalir keluar.

Cadangan saya di atas ada bagusnya. Rakyat pasti genbira lebih-lebih lagi yang kesempitan wang sebanyak RM200 untuk bayar hutang tertangguh.

Perancang ekonomi dan bajet ----- ambillah cadangan saya ni ya. saya cadang dari Minda bukan dari luar.

Wahai pembaca blog ini. berilah sedikit komen ya.

1 comment: