Sunday, June 14, 2009

PERMULAAN SENI BINA IALAH PEMBINAAN KAABAH

Seni bina bermula dengan pembinaan kaabah, masjid dan tali air. Pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah seni bina ini diperhebatkan, dengan tahap demi tahap mengikut perkembangan ilmu dan kota raya seperti kemudahan awam ( hospital, perpustakaan dan sekolah ), pusat pertahanan ( kota, benteng dan kubu) dan pusat ibadat seperti masjid. Pencapaian dan sumbangan seni bina pada zaman Abbasiyah pula menjadi semakin luas seperti kota tepi sungai, pembinaan pintu gerbang untuk keluar masuk,istana dan masjid serta universiti. Ia semakin berkembang apabila pembinaan universiti Nizamiyah dan gedung ilmu ‘Bait al Hikmah’. Perkembangan ilmu daripada institusi- institusi ilmu ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dari pelbagai bidang menyebabkan Tamadun Islam dalam aspek seni bina semakin berkembang luas. Sokongan dari pemerintah menyebabkan seni bina semakin mencapai puncak kegemilangan kerana ada hubungan dengan negara-negara luar kerana terdapat proses penyelidikan dan penterjemaham buku giat dilakukan

Sumber: kandungan emel rakan

No comments:

Post a Comment