Thursday, June 18, 2009

Pentadbiran Bangunan Rumah Shop Lots Office Space

Di mana-mana pun kita pergi di seluruh Malaysia pasti kita akan melihat

i) banyak rumah/apartment yang siap tapi tidak diduduki
ii) banyak rumah/aparment yang terbengkalai
iii) banyak Rumah Kedai yang siap tapi terbiar (tiada aktiviti perniagaan)
iv) banyak Rumah Kedai yang terbengkalai
v) banyak Bangunan Pejabat yang siap tapi tak digunakan
vi) banyak bangunan Pejabat yang terbengkalai

Apa ertinya semua ini. Tidakkah ia membazir? Tidakkah ia menternak Nyamuk?. Tidakkah ia menjadi sarang penagihan dadah atau jenayah lain?


Yang sedihnya ---- dalam waktu yang sama banyak : sama ada rumah/apartment atau rumah kedai atau bangunan pejabat yang sedang pesat dibina dan sedang dirancang untuk dibangunkan. Pembangunan ini memerlukan WANG. Ya! Perlukan WANG.
Sumber wang ialah dari Bank, yang berhutang ialah pembeli. Yang membanyar hutang ialah pembeli. Yang untungnya Bank. Kalau orang tak bayar barulah bank rugi. Kalau tidak bank tak rugi apa-apa walaupuan rumah/bangunan terbengkalai.

Dari segi ekonomi memang tiada kesan sebab duit pasti beredar di pasaran walaupun rumah terbenkalai ke, rumah kedai tiada aktiviti niaga ke atau ruang pejabat dihuni oleh orang bunian.

Tapi dari segi Moralnya ialah manusia tidak pandai untuk Mentadbir Aset Tidak Alih.

Pandangan Minda Bistari

Lebih baik adakan syarat supaya rumah kediaman tidak boleh didirikan selagi di kawasan tersebut ada lagi rumah kediaman yang siap tapi tiada penghuni. Jika ada rumah kediaman yang terbengkalai hendaklah disiapkan dahulu kediaman tersebut sebelum boleh di;luluskan pembangunan lain ditempat tersebut.

No comments:

Post a Comment