Saturday, June 13, 2009

BOTOL DALAM ALMARI

Syukur Alhamdulillah, Tajuk 'Anu Dalam Botol" telah ditukar tajuk kepada "Botol Dalam Almari". Dalam Blog ini pada 1 Mac 2009, saya ada postkan pandangan seperti berikut:

Sunday, March 1, 2009
Tajuk Filem "Anu Dalam Botol" Perlu Di UBAH
Saya terbaca dalam Pancaindera (Mingguan Malaysia, 1 Mac), artikel "Terkejut pelakon bercium mulut". Lihat mukasurat 12. Rupanya sesi pemilihan pelakun 'Anu Dalam Botol'. Terus terang saya katakan bahawa tajuk filem ini perlu ditukar segera sebelum filem filem ini digam. Saya sebenarnya tidak suka filem melayu buat filem maknyah atau pondan. Filem sedemikian bukannya dapat menyedarkan orang malah ia akan menjadi ikutan pula. Budak-budak muda sekarang suka tiru perkara negetif. Kerajaan harus membuat penapisan yang lebih serius bagi filem-filem Melayu terutama Tajuknya.
Posted by Minda Bistari at 3:51 AM

Hari ini, 14 Jun 2009, walaupun mungkin mungkin tidak ada kena mengena dengan blog saya, tetapi saya bersyukur Tajuk filem tersebut telah di ubah kepada "Botol Dalam Almari" Lihat artikel dalam Pancaindera (Mingguan Malaysia, 14 Jun 2009) muka surat 8 dengan tajuk artikel Raja Azmi bubuh anu dalam almari? di antara teks yang saya baca ialah "Jakim dah lulus filem Kak Mi. Dia orang kata skrip itu tak ada masalah. Cuma dia orang minta tukar tajuk dari Anu Dalam Botol kepada Botol Dalam Almari."

No comments:

Post a Comment