Tuesday, June 30, 2009

SAYA TAK FAHAM APA MAKSUD KERAJAAN PERPADUAN

Sebenarnya saya tak faham apa itu kerajaan perpaduan. Apa kerajaan sekarang bukan kerajaan yang bersatu padu ke?

Saturday, June 27, 2009

... Dalam Botol

Dot dot dot ganti "Anu" Raja Azmi

Tajuk di atas ada dalam Pancaindera Mingguan Malaysia muka surat 4.

Dulu dalam blog ini saya minta "Anu Dalam Botol" supaya di tukar tajuknya. Alhamdulillah dah ditukar tajuk kepada "Botol Dalam Almari", maka saya pun tulis lagi dalam blog ini bahawa tajuk tersebut boleh diterima. Tapi minggu ini timbul lagi cerita ini iatu katanya Raja Azmi nak tukar ... Dalam Botol. Saya ingat cerita pasal tajuk ni dah habis.

Rupa-rupanya wartawan utusan (NIEZAM ABDULLAH) nak hangatkan semula soal tajuk dan pergi Interview semula Raja Azmi. Saya tau kerja wartawan ini memang nak menghangatkan keadaan biarlah hangatkan perkara yang berfaedah. Saya tak setuju Tajuk Filem ini "...Dalam Botol" sebab unsur ... lagi bahaya.

Segerombolan 12 ekor anjing berkeliaran di Jalan Genting Kelang

Pagi semalam iaitu kiria-kira jam 7.45 pagi ketika saya melalui jalan Genting Kelang iaitu di diseberang jalan iaitu setentang dengan RHB BANK PUBLIC BANK, saya terkejut kerana sekumpulan anjing (lebih kurang 12 ekor) berkeliaran untuk melintas jalan. Dalam hati saya (kalaulah anjing-anjing ini tiba-tiba terkam orang ramai yang sedang berjalan, mati orang tu):

Oleh itu saya mohon DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR supaya menangkap anjing-anjing yang berkeliaran itu. Ambil juga tindakan yang sama bagi anjing-anjing yang berkeliaran di Taman-taman perumahan.

Jangan tunggui bila dah ada kematian baru nak ambil tindakan

Wednesday, June 24, 2009

Sampah Sarap Memang Menyebabkan Air Bertakung

Dah tahu sampah sarap menyebab air bertakung, ngapa tak ada usaha gigih dari pihak berkuasa tempatan dan orang ramai untuk bantu halang sampah sarap dari berkeliaran?

Setiap kali hujan lebat, tempat yang sama sahaja air bertakung. Tapi pihak berkuasa tempatan tak buat apa-apa untuk elak ia bertakung lagi bila hujan lebat akan datang.

Cuba ambil terus tindakan, bukankah bagus. Lama kelamaan dah tiada kawasan bertakung di jalanraya.

Tuesday, June 23, 2009

Tak Setuju Kenyataan Omar Osman mengenai Rokok

Saya tidak setuju kenyataan seorang pegawai kerajaan yang berpengaruh menyatakan begini:

" Saya tidak setuju dengan cadangan itu. Lagipun, jika amalan tidak menaikkan pangkat dan tidak beri insentif tahunan ini dilakukan, ia akan mewujudkan diskriminasi di kalangan perokok. Pekerja yang juga individu itu mempunyai haknya untuk merokok. Jika mereka tidak diambil bekerja oleh majikan hanya kerana tabiat tersebut, ia tidak adil bagi mereka."

Kenyataan ini macam kenyataan orang merokok aje.

Sebenarnya orang yang merokok langsung tak hormat kepada orang yang tidak merokok. Orang yang tidak merokok akan rimas dan bau busuk bila ada orang yang merokok walau pun ditempat terbuka. Cadangan Datuk M. Saravanan tu adalah satu usaha murni untuk membudayakan amalan tidak merokok di kalangan penjawat awam atau pekerja swasta.

Lupakan Omar Osman punya Saranan.
Sokonglah cadangan Datuk M.Saravanan.

Minda Bistari bersetuju kepada yang baik-baik aje.

3 GURU 1 MURID

Tak sangka di Malaysia ada sekolah yang Nisbah Guru berbanding Murid ialah 3:1. Lihat Utusan Malaysia Muka Surat 14.

"Sekolah hanya ada seorang murid"

KERPAN - Kerusi Panas RADIO 24

Setiap hari saya meninggalkan pejabat antara jam 6 petang atau 6 suku. Saya pulang kerumah menaiki kenderaan. Saya sentiasa mendengar Radio 24. Saya suka dengar rancangan Kerusi Panas yang di hoskan oleh Azlan Idris. Rancangan tersebut disiarkan setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 7.00 malam. Entah mengapa hari ini baru terdetik saya nak tulis dalam blog ini mengenai KERPAN iaitu singkatan dari Kerusi Panas. Waktu tu tetamu ialah EFFA RAZIAH. Saya tertarik dengan kenyataannya iaitu "BERILAH PELUANG KEPADA ORANG YANG INGIN BERUBAH". Mungkin beliau bercakap mengikut pengalamannya. Ya Saya setuju dan kepada pembaca semua, Kita kena berfikiran Positif. Jika ada orang yang ingin berubah --- berilah galakan dan sokongan.

Friday, June 19, 2009

Kementerian Dalam Negeri perlu Pantau Majalah Lucah Keluaran Malaysia

Majalah yang berada di pasaran saya pasti telah diluluskan oleh KDN. Kalau tidak mana mungkin ia berada di pasaran dan dikedai berlesen. Petang tadi saya singgah di kedai 24 jam di present 8 putrajaya. Saya terlihat di bahagian majalah ada satu majalah keluaran dalam negara. Akan tetapi ia majalah versi English dan model-model didalamnya pun gambar bukan orang Malaysia. Keseluruhan gambar dalam Majalah tersebut terlebih seksi macam majalah yang diluar negara tu yang kita haramkan tu.Macam versi di negara sebelah. Saya tak bolehlah nak beritahu nama majalah itu nanti saya pulak kena saman.

Apa yang saya repekkan ini ialah kerana hati saya tak senang melihat majalah seperti itu berada di pasaran tempatan. Rosak anak-anak kita nanti.

Thursday, June 18, 2009

Pregnant women at high risk for H1N1 flu (UPI)

Pregnant women at high risk for H1N1 flu (UPI)

TORONTO, June 18 (UPI) — Pregnant women are at high risk of serious complications from the H1N1 A influenza virus, Japanese and Canadian researchers said.

Thu, 18 Jun 2009 19:43:32 GMT

Sumber: Rujuk http://vinnyswebsite.com/blog1/swine-flu-latest-news-real-time-updates

Jambatan Bengkok dan Jambatan Ketiga

Salam,

Saya bercakap dari minda. Sebenarnya saya tidak tahu berapa Jambatan kita ada ke Singapura. Yang saya tahu ialah Tambak Johor, Jambatan Yang Menghubungkan Malaysia-Singapura (yang saya tahu ada satu) & Jambatan Bengkok (buat sekerat jalan sahaja kemudian stop dan difahamkan kerajaan rugi kena bayar pampasan ratusan juta). Itu saja yang saya tau.

Kini nak buat Jambatan Ketiga. Dari buat Jambatan Ketiga lebih baik buat semula Jambatan Bengkok. Minta syarikat yang sama buat dan pampasan yang telah diberi dahulu dianggap pembayaran seterusnya. Itu saja dalam pemikiran saya.

Saya belum rujuk mana-mana fakta. Pandangan ini berasaskan pandangan peribadi.

Wassalam

Pentadbiran Bangunan Rumah Shop Lots Office Space

Di mana-mana pun kita pergi di seluruh Malaysia pasti kita akan melihat

i) banyak rumah/apartment yang siap tapi tidak diduduki
ii) banyak rumah/aparment yang terbengkalai
iii) banyak Rumah Kedai yang siap tapi terbiar (tiada aktiviti perniagaan)
iv) banyak Rumah Kedai yang terbengkalai
v) banyak Bangunan Pejabat yang siap tapi tak digunakan
vi) banyak bangunan Pejabat yang terbengkalai

Apa ertinya semua ini. Tidakkah ia membazir? Tidakkah ia menternak Nyamuk?. Tidakkah ia menjadi sarang penagihan dadah atau jenayah lain?


Yang sedihnya ---- dalam waktu yang sama banyak : sama ada rumah/apartment atau rumah kedai atau bangunan pejabat yang sedang pesat dibina dan sedang dirancang untuk dibangunkan. Pembangunan ini memerlukan WANG. Ya! Perlukan WANG.
Sumber wang ialah dari Bank, yang berhutang ialah pembeli. Yang membanyar hutang ialah pembeli. Yang untungnya Bank. Kalau orang tak bayar barulah bank rugi. Kalau tidak bank tak rugi apa-apa walaupuan rumah/bangunan terbengkalai.

Dari segi ekonomi memang tiada kesan sebab duit pasti beredar di pasaran walaupun rumah terbenkalai ke, rumah kedai tiada aktiviti niaga ke atau ruang pejabat dihuni oleh orang bunian.

Tapi dari segi Moralnya ialah manusia tidak pandai untuk Mentadbir Aset Tidak Alih.

Pandangan Minda Bistari

Lebih baik adakan syarat supaya rumah kediaman tidak boleh didirikan selagi di kawasan tersebut ada lagi rumah kediaman yang siap tapi tiada penghuni. Jika ada rumah kediaman yang terbengkalai hendaklah disiapkan dahulu kediaman tersebut sebelum boleh di;luluskan pembangunan lain ditempat tersebut.

Pentadbiran Rumah Kediaman, Rumah Kedai dan Ruang Pejabat

Di mana-mana pun kita pergi di seluruh Malaysia pasti kita akan melihat

i) banyak rumah/apartment yang siap tapi tidak diduduki
ii) banyak rumah/aparment yang terbengkalai
iii) banyak Rumah Kedai yang siap tapi terbiar (tiada aktiviti perniagaan)
iv) banyak Rumah Kedai yang terbengkalai
v) banyak Bangunan Pejabat yang siap tapi tak digunakan
vi) banyak bangunan Pejabat yang terbengkalai

Apa ertinya semua ini. Tidakkah ia membazir? Tidakkah ia menternak Nyamuk?. Tidakkah ia menjadi sarang penagihan dadah atau jenayah lain?


Yang sedihnya ---- dalam waktu yang sama

Banyak : sama ada rumah/apartment atau rumah kedai atau bangunan pejabat yang sedang pesat dibina dan sedang dirancang untuk dibangunkan. Pembangunan ini

Wednesday, June 17, 2009

Cuti Hujung Minggu Pembantu Rumah

Saya rasa ianya tidak perlu. Tetapi pembantu rumah boleh minta kepada Majikan untuk keluar siang hari di hari minggu (ahad. Keluar dengan tujuan tertentu dan perlu minta kebenaran Majikan. Jika majikan tidak mengizinkan beliau tidak boleh membantah tetapi beliau bolehlah mencatatkan di dlam diarinya bila majikan tidak memberi izin kepadanya. Tujuan catatan supaya ada bukti sekiranya pembantu rumah tersebut nak buat aduan kepada pihak2 tertentu.

Kenapa tida perlu beri cuti 1 hari dalam seminggu? . Bila mereka diberi cuti maka mereka bebas nak pergi kemana dan tak perlu beritahu majikan. Sedangkan majikan masih bertanggungjawan kwpada pergerakkannya. Kalau mereka kerja part time maka ia boleh dianggap tidak mematuhi perjanjian tujuan masuk ke Malaysia

Lagi pun Pembantu rumah dah banyak berehat semasa di rumah.

Rumusan :

Cuti Khas tidak perlu .

Tuesday, June 16, 2009

Paket Gula-Gula Menyamai Paket Ubat-Ubatan

Kerajaan atau Kementerian Kesihatan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri patut mengawal atau menyediakan garis panduan supaya pembungkusan gula-gula tidak sama dengan bungkusan ubat.

Saya pernah melihat anak saya membawa balik satu paket ubat. Bila ditanya dia beli di mana. Katanya dekat babu depan sekolah. Saya tanya apa tu. Katanya gula-gula.

Untuk pengetahuan semua, pada mulanya saya terfikir itu dadah. Rupanya gula-gula.

Sunday, June 14, 2009

PERMULAAN SENI BINA IALAH PEMBINAAN KAABAH

Seni bina bermula dengan pembinaan kaabah, masjid dan tali air. Pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah seni bina ini diperhebatkan, dengan tahap demi tahap mengikut perkembangan ilmu dan kota raya seperti kemudahan awam ( hospital, perpustakaan dan sekolah ), pusat pertahanan ( kota, benteng dan kubu) dan pusat ibadat seperti masjid. Pencapaian dan sumbangan seni bina pada zaman Abbasiyah pula menjadi semakin luas seperti kota tepi sungai, pembinaan pintu gerbang untuk keluar masuk,istana dan masjid serta universiti. Ia semakin berkembang apabila pembinaan universiti Nizamiyah dan gedung ilmu ‘Bait al Hikmah’. Perkembangan ilmu daripada institusi- institusi ilmu ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dari pelbagai bidang menyebabkan Tamadun Islam dalam aspek seni bina semakin berkembang luas. Sokongan dari pemerintah menyebabkan seni bina semakin mencapai puncak kegemilangan kerana ada hubungan dengan negara-negara luar kerana terdapat proses penyelidikan dan penterjemaham buku giat dilakukan

Sumber: kandungan emel rakan

Saturday, June 13, 2009

BOTOL DALAM ALMARI

Syukur Alhamdulillah, Tajuk 'Anu Dalam Botol" telah ditukar tajuk kepada "Botol Dalam Almari". Dalam Blog ini pada 1 Mac 2009, saya ada postkan pandangan seperti berikut:

Sunday, March 1, 2009
Tajuk Filem "Anu Dalam Botol" Perlu Di UBAH
Saya terbaca dalam Pancaindera (Mingguan Malaysia, 1 Mac), artikel "Terkejut pelakon bercium mulut". Lihat mukasurat 12. Rupanya sesi pemilihan pelakun 'Anu Dalam Botol'. Terus terang saya katakan bahawa tajuk filem ini perlu ditukar segera sebelum filem filem ini digam. Saya sebenarnya tidak suka filem melayu buat filem maknyah atau pondan. Filem sedemikian bukannya dapat menyedarkan orang malah ia akan menjadi ikutan pula. Budak-budak muda sekarang suka tiru perkara negetif. Kerajaan harus membuat penapisan yang lebih serius bagi filem-filem Melayu terutama Tajuknya.
Posted by Minda Bistari at 3:51 AM

Hari ini, 14 Jun 2009, walaupun mungkin mungkin tidak ada kena mengena dengan blog saya, tetapi saya bersyukur Tajuk filem tersebut telah di ubah kepada "Botol Dalam Almari" Lihat artikel dalam Pancaindera (Mingguan Malaysia, 14 Jun 2009) muka surat 8 dengan tajuk artikel Raja Azmi bubuh anu dalam almari? di antara teks yang saya baca ialah "Jakim dah lulus filem Kak Mi. Dia orang kata skrip itu tak ada masalah. Cuma dia orang minta tukar tajuk dari Anu Dalam Botol kepada Botol Dalam Almari."

Friday, June 12, 2009

Satu Cara Untuk Rangsang Ekonomi Tahun 2010

Terlanjur kerajaan hendak buat atau cari strategi untuk rangsang ekonomi dalam bajet 2010, di sini saya ingin mencadangkan supaya pada bulan Januari 2010 kerajaan memperuntukkan satu dana untuk diberikan kepada setiap individu berusia 12 Tahun ke atas iaitu yang telah mempunyai MyKad.

Saya tidak tahu bilangan Warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas. Jabatan Pendaftaran Negara tahu exeact figure.

Saya cadangkan kerajaan beri sebanyak RM200 seorang kepada warganegara berusia 12 tahun ke atas dan mempunyai MyKad. saya percara dalam masa tak sampai sebulan ditangan individum duit tersebut telah digunakan untuk perkembangan ekonomi.

Sekiranya Warganegara Malaysia yang berusian 12 tahun ke atas berjumlah 20,000,000 (20 juta) maka kerajaan hanya perlu memperuntukkan sebanyak 200 x 20,000,000 iaitu sebanyak RM 4,000,000,000 iaitu RM 4 Billion sahaja.

Jika diberi bulan Januari saya pasti sebanyak RM4 Billion telah berada di pasaran pada bulan Februari 2010. Pastinya duit ini berlegar dalam negara.

Jika pakej rangsangan ekonomi berbentuk projek mega, maka kebanyakan duit tersebut akan mengalir ke luar negara sebab projek besar/mega biasanya memerlukan perunding luar negara peralatan luar negara, Maknanya duit akan mengalir keluar.

Cadangan saya di atas ada bagusnya. Rakyat pasti genbira lebih-lebih lagi yang kesempitan wang sebanyak RM200 untuk bayar hutang tertangguh.

Perancang ekonomi dan bajet ----- ambillah cadangan saya ni ya. saya cadang dari Minda bukan dari luar.

Wahai pembaca blog ini. berilah sedikit komen ya.

Tuesday, June 9, 2009

Pendapat Yang Perlu Di Ambil Perhatian

Pada 10 April lalu, saya ada post subjek "MEMBINA MODAL INSAN YANG UNGGUL"
Petikan berikut:

Bagi membina modal insan yang unggul, cara bekerja kita mestilah dikaji semula. Sekarang kita lihat orang berlumba-lumba untuk bekerja bagi memajukan agensi sehingga mengabaikan tanggungjawab membangun modal insan.

Maka ada seorang yang memberi pandangan. Saya rasa pandangan beliau perlu di beri perhatian oleh yang berkenaan.
Berikut saya salin pandangan beliau:

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan anda. Bukan berkira atau tidak sanggup bekerja lebih masa tetapi kerana setiap hari pulang lewat bukan sahaja tidak sempat untuk bermasyarakat tetapi juga berkeluarga. Bagi kami yang ada anak-anak dan masih dibangku sekolah serta meningkat remaja memerlukan perhatian dan didikan. Ini berbeza dengan bos yang berada di gred 54,jusa, senior manager di mana mereka tidak lagi mempunyai anak bersekolah (lainlah kalau mereka walaupun dah berumor tapi berkahwin lagi dan ada anak kecil.

Kita selalu cakap tentang masalah sosial, masalah penagihan dadah, pengambilan syabu, mat rempit dan macam-macam lagi, tetapi dimana ibu bapa mereka sebenarnya. Ada Jabatan hampir setiap minggu ada program luar pejabat dan mewajibkan pegawai pengurusan turut serta dan kalau tidak mengikutinya pasti mendapat memo tunjuk sebab. Bila ada cuti panjang, dirangka pula aktiviti jabatan seperti hari keluarga, walaupun baik tetapi bagaimana keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan saudara mara dikampong yang perlu diziarah. Hari keluarga bukan dipejabat sahaja, sebab setiap hari sememangnya telah bersua. Kami memerlukan hari dan masa untuk bersama keluarga dan sanak saudara. Ini belum lagi mohon cuti untuk sehari dua untuk disambung dengan cuti mingguan. Bos dah bagi amaran tidak boleh sambung cuti. Tapi bagi yang kampong jauh yang menuntut sehari perjalanan pergi dan sehari perjalanan balik sudah tentu memerlukan cuti panjang untuk balik ke kampong. Jadi bos ,fikir-fikirkanlah sebelum bercakap.

Sebagai ketua berlaku adillah kepada orang bawahan. Jangan kerana nak jaga prestasi sendiri di mata KSU dan Menteri, anak buah menjadi korban. Ingatlah anda dibayar gaji dan elaun, diberi kemudahan kenderaan, minyak dan tol, tetapi kami hanya mengharapkan gaji semata-mata dan kami mahukan doa dan restu ibu bapa kami dunia dan akhirat. Jangan sehingga kami mendapat berita ibu bapa sudah meninggal baru kami diberi cuti untuk balik ke kampong. Masa untuk membahagiakan ibu bapa adalah semasa mereka masih sihat bukan semasa mereka sudah terlantar atau di rumah baru 6'x3'.
April 20, 2009 6:19 AM

Malaysia Mewah Dgn Makanan

Pergilah kemana-mana pasti ada orang berjual beli kecuali dalam hutan rimba. Yang paling banyak ialah kedai makan. Di kota-kota besar kedai makan sampai 5 pagi atau ada kalanya 24 jam. Itu menunjukkan yang Malaysia ni memang kaya makanan.
Lihatlah sampai pagi pun orang Malaysia makan sebab itulah ramai yang kegemukan.

Jadi mana-mana individu yang agak kegemukan tu cuba-cubalah berpuasa ISNIN dan KHAMIS InsyaAllah akan slim jadinya.

Bila Lampu Isyarat Tidak Berfungsi

Semasa lampu isyarat berfungsi terkadang-kadang terdetik dihati kita menyatakan lampu isyarat ni lembablah. Sana tak ada kereta tapi kita tak boleh jalan. Tetapi tadi saya melalui simpang empat dari wangsa maju ke taman melati disitu lampu isyarat rosak. Kereta jem ditengah-tengah simpang empat sebab tak ada yang nak mengalah. Di depan kosong sebab kereta dah tersangkut di tengah-tengah. Tiada siapa yang nampak nak tolong. Semuanya terserah pada takdir.

Monday, June 8, 2009

Wajib Lulus Bahasa Inggeris bagi SPM disokong

Saya sangat menyokong kerajaan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris dalam SPM. Jika syarat ini dilaksanakan saya pasti usaha kearah mengajar murid BI akan dipertingkatkan. Dengan cara ini kita dapat meningkatkan penguasaan BI dikalangan murid-murid.

Sesak di Jalan Semarak ke Air Panas boleh diatasi

Tadi saya melalui Jalan Semarak menuju ke Air Panas (menghala Wangsa Maju). saya dapati jalan jem. Sebenarnya ia jem sebab dihadapan ada simpang 3. Di simpang 3 itu sebenarnya tidak sibuk tetapi kereta susah nak keluar kerana kereta yang dari Setapak Ria ke Air Panan atau sebaliknya laju.

Untuk mengatasi masalah ini saya mohon Dewan Bandaraya buat jalan sementara supaya kenderaan boleh susur ke kiri. Atau letak Polis Trafik untuk kawal lalulintas di situ. Tolong orang lain hidup berkat tau.

Friday, June 5, 2009

BUMI MALAYSIA SUBUR UNTUK MAKANAN

Malaysia mempunyai hasil bumi yang banyak. Untuk hidup di dunia ini, yang paling penting ialah makanan dan minuman. Pada pandangan saya Rakyat Malaysia tidak akan mendapat kesan yang ketara akibat kemelesetan ekonomi dunia sekiranya Rakyat Malaysia memanfaatkan hasil bumi Malaysia.

Makanan dan Minuman boleh dihasilkan secara banyak di Malaysia asal sahaja kerajaan boleh mentadbir secara bijak. Oleh yang demikian saya memberi pandangan supaya kerajaan memanfaatkan bumi Malaysia dengan merangka program yang membolehkan bumi di Malaysia mengeluarkan hasil bumi dengan banyak.

Kereta, perabut, landskap & hiasan tiada guna jika Makanan/Minuman tidak ada.

Oleh itu kerajaan perlu merangka program menghasilkan makanan secara bersistematik dan boleh disimpan selama 7 tahun.

Allah Maha Berkuasa - Stadium Runtuh Ketika Tiada Manusia di Dalamnya

Banyak kejadian-kejadian seperti tanah runtuh, puting beliung, bangunan runtuh, rumah setinggan terbakar dan seumpamanya berlaku ketika orang tiada atau tidak ramai berada di dalamnya. Kejadian sedemikian yang jumlah orang yang terlibat kebiasaannya kurang sering berlaku di Malaysia. Jika kejadian ditempatlain, bilangan mangsa kebiasaannya ramai.

Kenapa agaknya?. salah satu sebab pada pandangan saya ialah kerana di Malaysia masih ramai lagi yang taat perintah Allah. Amaran-amaran sedemikian merupakan peringatan kepada semua terutama yang LUPA DIRI. Oleh itu sama-samalah kita meningkatkan cara hidup kita dengan perkara-perkara yang baik.

Wednesday, June 3, 2009

KANAK-KANAK DAN MOTOSIKAL

Kerajaan, Polis dan Penguasa Tempatan wajib mengambil tindakan tegas terhadap kanak-kanak dan pejar sekolah berusia 16 tahun ke bawah yang menunggang motosikal. Se;ain hasa kepada dirinya, ia juga merbahaya kepada orang lain.

Tadi semasa saya berada di hospital, ada seorang budak yang terlantar di katil hospital lalu saya bertanya kepada bapanya kenapa dengan budak tersebut? Ayahnya kata eksiden. Saya tanya aksiden apa? Katanya aksiden motosikal. Saya terkejut lalu bertanya berapa umurnya. 11 tahun jawab bapanya selamba. Bapanya menambah 'biasalah di kampung, budak-budak menunggang waktu petang-petang.

TAHNIAH KEPADA HOSPITAL SULTAN AHMAD SHAH TEMERLOH

Pengalaman saya mendapatkan rawatan perubatan untuk ibu saya di Hospital Sultan Ahmad Shah amat meninggalkan kesan dihati saya. Keseluruhan anggota Hospital amat menjiwai slogan yang dipamirkan dimerata-rata iaitu Kami Sedia Membantu.

Walaupun rawatan bermula jam 10.10 pagi dan berakhir pada 1.45 petang (termasuk ubat) tetapi sepanjang masa rawatan anggota Hospital yang bertugas sering bertanya dan menegur membuatkan pelanggan tidak rasa lama berada di situ.

Suasana di Hospital tersebut sangat menarik. Kafeteria Hospital pula amat selesa dan mempunyai harga berpatutan.

Sekalung Tahniah juga kepada Dr. Zawawi yang kebetulan bertugas semasa saya mendapat rawatan untuk ibu saya. Saya percaya Dr lain pun sama berhemah seperti beliau.

Tahniah Kementerian Kesihatan.