Saturday, May 16, 2009

MALU JADI RAKYAT MALAYSIA JIKA IKLAN UBAT KUAT LELAKI DI MERATA-RATA

Saya memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya menanggalkan mana-mana iklan yang berkempen produk-produk ke arah menguatkan seks lelaki. Begitu juga Dewan Tempatan yang lain. Macam-macam saya lihat. Dengan Kopi hinggalah kepada ubat sapu. Gambir dan XXX. Jiwa saya sangat sakit melihat iklan-iklan begitu terutama apabila ditanya oleh anak-anak dan kenalan bukan orang Malaysia. Lagi pun perkara itu bukan utama di Malaysia kerana orang Malaysia memang sudah kuat.

Masalah utama kita sekarang ialah bagaimana nak mengawal nafsu kuat! Lihat disekeliling berapa banyak kejadian rogol, bersekedudukan dan sebagainya. Bagi pihak kerajaan saya cadangkan wujudkan polisi mengharamkan jual ubat sedemikian secara terbuka, Jadikan barang kawalan. Kementerian kesihatan (KKM atau MOH) pula mestilah mengeluarkan sijil kepada produk-produk demikian. Hee....Geramnya aku. Manalah tau produk tu - bila makan hasil sebaliknya.

Iklan yang saya suka tengok ialah Mari Belajar Berniaga, Bagaimana untuk menambah keharmonian keluarga. Belajar Menulis Buku. Persediaan masa Hadapan dan sebagainya yang boleh memajukan Dunia.

Di akhbar, majalah dan TV pun HARAMKANLAH produk sedemikian.

Hai fikir-fikirkan lah ya. Jangan jadikan saya malu mengaku rakyat malaysia.

No comments:

Post a Comment