Friday, April 3, 2009

TAHNIAH YAB DATO' SERI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK - TERIMA KASIH PAK LAH

Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam negara kita kerana Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah rasmi dilantik ke jawatan tersebut. Saya mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH!

Kepada PAK LAH, negara menghargai sumbangan beliau. Banyak jasa Pak Lah kepada negara dan partinya.

PAK LAH mempunyai kekuatan, YAB PM Ke-6 juga mempunyai kekuatan tersendiri. Saya doakan semuga negara Malaysia akan bertambah maju di bawah kepimpinan PM baru. Buang yang keruh ambil yang jernih. Saya doakan semuga Allah memberi YAB PM seorang penasihat dikalangan orang yang baik-baik dan berpegang teguh kepada agama Islam. Saya juga mendoakan semuga semua rakyat Malaysia cenderung untuk menyokong apa sahaja yang baik-baik dan menentang apa-apa sahaja yang buruk.

No comments:

Post a Comment