Wednesday, April 29, 2009

SELSEMA BABI dan Ternakan Babi

Selsema Babi merupakan satu penyakit baru yang nama virusnya ialah "H1N1" atau dalam bahasa inggerisnya Swine Flu.

Virus ini berasal ada hubungkaitnya dengan BABI. Ia boleh berjangkit kepada manusia. Dan dengar kata apabila ia bermutasi dalam manusia maka ia boleh berjangkit dari manusia kepada manusia. Saya tak berani nak bercerita panjang. Kalau nak tau sila lawat Portal KKM di http://www.moh.gov.my

Yang saya bimbang ialah negara kita ini banyak menternak babi. Boleh diekspot lagi. Sekarang kerajaan terpaksa membelanjakan wang untuk menyediakan vaksin H1N1 bagi disuntik kepada setiap ekor babi. Tengah-tengah ekonomi meleset ni ada pula malapetaka yang memerlukan kewangan.

Sebelum kerajaan membelanjakan wang yang banyak, saya cadangkan supaya penternak-penternak babi supaya tidak lagi menternak babi. Cukuplah setakat yang ada dan kalau boleh bunuhlah dan tanamlah babi tersebut beransur-ansur tanpa menunggu bantuan kerajaan.

Usaha anda menyelamatkan wang rakyat dan nyawa manusia.

@Hak Cipta Terpelihara, supermind, 2009

No comments:

Post a Comment