Friday, April 17, 2009

Pilihanraya Kecil

Saya merupakan salah seorang yang tidak begitu berkenan atau tidak menggalakkan ADUN maupun Ahli Parlimen meletak jawatan setelah ia dipilih dan dilantik sebagai ADUN atau Ahli Parlimen oleh pengundi dan Pemerintah.

Sebabnya ialah jika dia meletak jawatan maka Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan mengikut undang-undang semasa. Bila piliharaya kecil diadakan masa dan wang ringgit akan dibazirkan sedangkan sebenarnya ia tidak perlu. Masa yang sepatutnya digunakan untuk memakmurkan kehidupan rakyat dan negara terbuang begitu sahaja.

Satu lagi ialah: Menunjukkan Adun/Ahli Parlimen yang meletak jawatan tersebut tidak sanggup memikul amanah yang dijanjikan.

Biar sibuk sekalipun, apabila kita telah komited maka kita kena tanggung apa yang kita komited. Kita mesti berkorban untuk perkara yang lain untuk menunaikan amanah.

Sehubungan dengan itu saya mencadangkan satu denda hendaklah dikenakan kepada ADUN/Ahli Parlimen yang meletak jawatan iaitu dendanya ialah menanggung kos rasmi pilihanraya kecil.

No comments:

Post a Comment