Wednesday, April 29, 2009

Pemimpin Turun Padang

Saya mengalu-alukan mana-mana pemimpin untuk turun padang. Tindakan YAB PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluangkan masa sehari untuk sama-sama merasa kesesakan di Puduraya dan berebut naik LRT sangat saya hargai. Kalau boleh biar kerap sikit turun padang.

Terlanjur pemimpin nak turun padang saya syorkan supaya jam 7 pagi, peminpin cuba bawa kereta sendiri dari lebuhraya karak pergi ke Sentul. Disitu cukup JEM. Tapi sebenarnya JEM tersebut boleh diatasi dengan mudah cuma perlu fikirlah sejenak. Yang saya hairan ada lebuhraya DUKE tidak membantu sebab saya panggil itu lebuhraya kedekut sebab tiada jalan keluar ke sentul. Jika dari lebuhraya karak melalui DUKE (RM2)kita hanya boleh keluar selepas bayar tol di Air Panas. Apalah salahnya buat susur ke Sentul jika ikhlas nak bantu pengguna jalanraya.

Pandangan peribadi saya lebuhraya tol ini saya panggil Lebuhraya Perdagangan. Buat jalan untuk keuntungan bukan untuk menyuraikan trafik. Sebabnya kebanyakan perjalanan selepas tol terus jem. Tapi tidaklah semua macam itu.

Oleh itu PBT perlu study.

No comments:

Post a Comment