Thursday, April 30, 2009

Bersetuju FAMA membeli runcit Hasil Tanaman Orang Kampung

Saya sangat menghargai tindakan Kementerian Pertanian dan Asas Tani melalui FAMA yang bercadang untuk membeli dan memasarkan produk (pertanian) kampung. Di dalam blog saya tahun lalu saya ada mencadangkan (yang mirip cadangan diatas) supaya konsep perkongsian dilaksanakan dikalangan:
1. Pemilik Beruk pemanjat kelapa
2. Pemilik Lori
3. Pemandu Lori
4. Peniaga

Keempat-empat individu ini berkongsi niaga menjual buah kelapa. Iaitu Pemandu Lori akan membawa pemilik beruk berkunjung dari kampung ke kampung untuk mengutip buah kelapa. Bila penuh lori, beri kepada peniaga supaya dapat dipasarkan. Saya percaya banyak buah kelapa yang terbiar diserata kampung sebab siapa yang larat panjat pokok kelapa yang tinggi itu? Daripada membazir baiklah mereka jual murah-murah kepada peraih ini.

Perkongsia Bijak Hasil Tanaman Tidak Membazir

No comments:

Post a Comment