Tuesday, February 24, 2009

Memartabatkan Bahasa Malaysia

Sekali lagi saya ingin menyeru pihak kerajaan supaya mensyaratkan supaya semua mesyuarat dalam agensi kerajaan hendaklah dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia (kecuali melibatkan bukan warganegara Malaysia). Semua dokumen tender (kecuali tender antarabangsa) hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia. Semua perjanjian kontrak hendaklah dalam Bahasa Malaysia. Malaysia Boleh!

Apa susah sangat ke nak bercakap dalam Bahasa Malaysia?. Kalau ada yang warganegara Malaysia yang masih belum boleh bertutur Bahasa Malaysia silalah belajar. Bangla yang datang 3 bulan pun dah boleh bertutur. Mereka kata Bahasa Malaysia MUDAH.

Ya...Malaysia di bawah pucuk pimpinan baru Mac 2008 hendaklah menimbang secara serius cadangan ini.

Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari 2009.

No comments:

Post a Comment