Sunday, February 22, 2009

Makanan, Bahasa dan Minat adalah Halangan Keakraban antara kaum

Saya perhatikan disekeliling sama ada di shopping complex, di ofis, di sekolah di tempat keramaian, di restoran dan dimana-mana sahaja kelihatan orang melayu berkawan dengan orang melayu, orang cina berkawan dengan orang cina, orang india berkawan dengan orang india, tetapi banyak juga orang india berkawan dengan orang cina. Lebih ketara ialah di tempat makan (restoran atau gerai).

Sebenarnya orang melayu, cina, india berkawan tetapi tidak akrab. Keakraban ini adalah berpunca dari jenis makanan dan minat bagi kaum-kaun ini berbeza. Bagaimana mungkin orang melayu boleh makan di restoran cina atau direstoran india kecuali Restoran Cina Muslim atau India Muslim atau ada tanda Halal (yang diiktiraf). Sedang orang cina dan India suka dengan makanan mereka.

Selain makanan, bahasa juga akan menghalang orang melayu berkawan rapat dengan Cina dan India kerana secara puratanya orang cina dan india bertutur dalam bahasa Inggeris sedangkan orang melayu tetap dengan bahasa melayunya.

Oleh itu bagi mengurangkan jurang yang menghalang keakraban ini eloklah orang Malaysia bertutur dalam Bahasa Malaysia sahaja bukan bahasa Inggeris. Dan orang Malaysia makan makanan yang dibolehkan orang melayu memakannya.

Pihak yang berkuasa, kalau boleh cubalah hapuskan/kurangkan Judi, Arak & masakan berasaskan Daging Babi/Anjing dan seumpamanya di semua restoran/hotel seluruh negara.

HakCipta Terpelihara, Minda Bistari 2009.

No comments:

Post a Comment