Friday, January 9, 2009

Individu Cemerlang Membentuk Negara Gemilang

Jika semua individu dalam sebuah keluarga dapat mempertingkatkan diri masing-masing ke arah insan yang cemerlang secara lansung akan membentuk sebuah keluarga yang cemerlang.

Jika setiap keluarga cemerlang sudah pasti masyarakat juga akan cemerlang. Jika masyakat cemerlang, daerah juga akan cemerlang. Jika daerah cemerlang negeri juga akan cemerlang dan seterusnya negara akan gemilang.

Jadi apakah peranan kita?

Peranan kita sebagai individu iailah berusaha supaya dapat memperbaiki diri kita dengan cara meninggalkan perkara buruk dan mengamalkan perkara baik.

Sekiranya kita suka berpakaian seksi, maka mulakan supaya tidak berpakaian seksi. Berpakaian seksi akan meransang nafsu orang lain iaitu mempengaruhi orang lain untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Sekiranya kita meninggalkan sembahyang, maka mulai hari ini jangan kita tinggalkan sembahyang. Meninggalkan sembahyang menjauhkan kita dari Tuhan iaitu kita akan jauh dari pertolongan Tuhan.

Sekiranya kita suka berbohong, maka mulakan supaya jangan sesekali berbohong. Berbohong akan menyebabkan kita cenderung untuk berbohong lagi iaitu kita hidup di dalam kebohongan. Bayangkan jika semua orang berbohong apa akan jadi kepada negara.

Sekiranya kita merokok, maka hentikanlah. Merokok akan menyebabkan diri kita sakit dan orang yang berada disekeliling kita pun sakit. Berhenti merokok akan menjadikan negara kita bebas rokok.

Sekiranya kita seorang yang malas, maka rajin-rajinkanlah. Orang yang malas akan merasakan hidup ini membosankan dan diri dia tiada faedah kepada dunia. Orang yang rajin akan memanfaatkan masa dunia dengan menghasilkan produk-produk untuk kegunaan orang lain.

Sekiranya kita seorang pekerja, maka bekerjalah bersungguh-sungguh. Jika kita tidak bekerja bersungguh-sungguh kita sebenarnya menganiayai majikan kita. Majikan jadi serba salah nak buang kita ada akta buruh. Nak simpan kita, kita tidak berfaedah kepadanya.

Sekiranya kita Wakil Rakyat, mainkan peranan sebagai wakil rakyat sebenar. Jika kita seorang wakil rakyat yang hanya berusaha mengukuhkan kedudukan sampai tiada masa untuk mengukuhkan institusi masyarakat maka kita sebenarnya menempah satu tempat di neraka.

Jika kita seorang guru, maka didiklah anak murid sebaik-baiknya. Jangan pula jadi guru yang asyik fikirkan untuk cari potensi untuk mengajar tusyen. Jangan disekolah ajar sikit-sikit dan beritahu murid jika nak pandai masuk kelas tusyen. Jika ada sifat demikian hapuskanlah sifat itu.

dan ....banyak lagi.....

No comments:

Post a Comment