Saturday, August 16, 2008

Pangkalan Data Penduduk Di Dewan Undangan Negeri

Saya ingin mencadangkan kepada sesiapa sahaja yang diberi mandat untuk mentadbir satu-satu Dewan Undangan Negeri supaya melaksanakan tugas dengan berkesan. Kalau tidak silap saya, mekanisma pentadbiran sekarang sudah lengkap dan mencukupi untuk mewujudkan Pangkalan Data Penduduk di Dewan Undangan Negeri masing-masing. Kita ada Wakil Rakyat, kemudian kita ada Ketua di setiap Bahagian, kemudian kita ada ketua disetiap cawangan, ketua di setiap daerah, ketua di setiap kampung dan seterusnya jawatankuasa kerja di kampung berkenaan. Jika mekanisme tersebut dilaksanakan dengan berkesan saya percaya kita mempunyai statistik berikut:
Berapa ramai penduduk kampung berkenaan?
Berapa ramai pendatang (orang luar yang menyewa) di kampung berkenaan?
Berapa ramai penduduk yang bekerja di luar kawasan & balik sesekali sahaja?
Berapa ramai yang masih bersekolah?
Berapa ramai yang ada kerja?
Berapa ramai yang tiada kerja?
Berama ramai yang terlibat kegiatan negetif;
Berapa ramai ibu tunggal?
Berapa ramai bapa tunggal;
Berapa ramai anak yatim?
Berapa ramai yang kita perlu bantu?
Adakah kampung ini ada koperasi penduduk?
Adakah mekanisme pembelian barang-barang keperluan yang durus secara berpusat atau sendiri-sendiri?
Adakah kampung ini mempunyai produk atau identiti sendiri?
Dan berbagai-bagai statistik yang boleh dibuat dan disimpan dalam pangkalan data.

Dari statistik ini, ketua-ketua berkaitan boleh mengambil tindakan bagi meningkatkan apasahaja yang negetif.

Adakan mesyuarat dengan penduduk kampung. Kalau boleh, kesemua penduduk berpeluang menghadiri mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang boleh meningkatkan taraf kehidupan masyarat kampung. Adakan pelan strategik dan execute pelan strategik berkenaan.

Akhir kata saya ucapkan selamat 'berkhidmat untuk masyarakat".

No comments:

Post a Comment